taknak cakap banyak. nanti orang menyampah. dah lama tiada gambar2 di blog ni. pentingkah. ntah. apa yang nak disampaikan kat cni adalah hasil ikut suka hati aku nak tulis apa. rasa cam nak membebel sini la jadi mangsanya. sedang berfikir apakah tindakan yang harus diambil pada minggu ini.
1. sangat rindu dan mahu pergi kenduri safiyyah. aku sayang engkau sampai mati piyah. piyah la kawan sebenar2 kawan. hanya piyah yang rela putus kawan dengan aku demi nak tegur tentang agamaku. betapa ku rasakan kasih sayang piyah selalu dekat dengan aku walaupun sudah bertahun x bertemu. masih ku ingat surat yang piyah kirimkan ke rumahku kerana bimbangnye beliau akan hidupku yang makin jauh hanyut di laut duniawi. terima kasih piyah. aku memang nak pergi kenduri ko tapi aku x janji. macam ade bende yang menghalang.
2. kenduri nebby pun hari yang sama dengan piyah. hari sabtu. walaupun aku tidak la rapat mana dengan cik nebby kerana berkenalan pun secara tak sengaja mengikut rakan intec yang lain. tapi seperti tidak senonoh la pula kalau tak pergi kenduri beliau sebab kendurinye kat melaka je. 30 min pun x sampai takat nak pergi rumah nebby tu. serba salah dibuatnye. hati nak pergi kenduri piyah tapi akal cakap rumah nebby cukup la.
3. kenduri kak lun. beliau ni senior setahun di sekolah rendah. yang ni aku konfim dia x mengharapkan sgt pun aku dtg. tapi jika aku berniat pergi ke kenduri beliau maka dapat la aku buat alasan pada diri sendiri nak balik kampung yang dah dekat 3 bulan aku x balik. dahsyat bukan. itu bermakna sudah hampir 3 bulan jugak la aku x jumpe mak adik dan kakak2 yang lain except epah. mujur duk subang je bleh g lepak sana.
4. next week aku ade end posting medicine yang aku rasa mcam ada harapan nak fai lsebab kemungkinan besar prof choo tak pun dr yashodara yang akan ambik. dan aku punye short case sangat la lemau sket pun x crispy. macam mana ni. aku tension. siap buat alasan tidak mahu mengikut kursus kahwin kononnye nak study. tapi serius macam x jalan je. sama la macam menolak undangan untuk pergi majlis bertunang kak mira last week konon untuk study padahal satu haprak pun aku tak study. sorry kak mira.
nota kaki: tahniah dan ucap selamat kepada semua member2 yang kahwen, tunang dan sebagainya sepanajng tahun ni. aku sampai naik pokai nak g kenduri semua orang.
~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~