Monday, June 21, 2010

Kamu Tahu Tak

810 PM

maunye ada orang bunuh aku kalau aku habiskan soalan kat atas tu. kamu tahu tak balik kampung jumpe mak seronok? haha. yeah lagi2 kalau dah 3 bulan kamu x balik jumpe mak. mak pun macam tertunggu je kamu balik. seronok bukan. haha.

so last week nak dijadikan cerita saya balik dengan berpandukan maklumat yang saya telah google. gila engkau nak balik kampung pun nak kena google ke. apa x pernah balik kampung naik bas ke sebelum ni. luckily i google tau. sekali type "melaka bukit jalil tg malim" keluar yang tak diingini. "jalan hang tuah" ambik engkau dah la aku ni membesarkan kat perak mana tau jalan2 kat kl tu. setelah digoogle lagi maka dapatlah idea untuk naik bus ke seremban dulu then baru ambik bus kl aka jalan hang tuah. ok dari melaka kul 9 sampai seremban kul 1030. bengang betol aku. bukannye jauh sgt pun kan sejam setengah ni patut dah sampai kl dah pun. tapi xpe bersabar coz dah cuak x pernah aku sampai kat terminal 2 ni. sudahnya nak bali tiket kat mana pun xtau.

xtahu la nasib baik ke x ade sorang brother ni tetibe muncul jaul tiket nak g kl. aku pun ok kan je beli tiket tu. yang aku x boleh blah dgn brother ni dia bukan main lagi suh aku cepat."cepat dik buas nak jalan dah ni. turun je tangga ni tunggu je kat pintu depan tu" ok la aku pun terkocoh kacah (sendiri punya ayat) turun escelator keluar pintu. haprak satu bus pun xde. aku dah cuak dah. eh salah pintu ke aku ni. ok g tgk pintu blkg plak xde jugak bus sks ni. ok aku g balik kat pintu depan tggu punya tggu sampai kul 11. panas btol aku. mana busnye tadi bukan main suh aku cepat. aku pun g naik balik tny kat brother tu. "mana bas tiket ni bang" masa tu dah bergenang2 dah airmata. xkan la nak sesat kat seremban ni kot. aku rasa brother tu pun dah nampak muka aku bengang dan cam nak nangis dah die pun call driver tny kat mana. rupenye bus x sampai lagi. banyak kali la jugak die minta maaf ngan aku. sapa suh ko suh aku cepat2 td.

sekali x abih lagi nasib malang. dari seremban kul 1110 sampai kl kul 1. ok terus pakcik tg malim panggil " bus kul 1" banyak la kau kul 1 setengah jam aku tunggu dalam bas siap tahan nak terkencing 140 baru gerak. panas hati betol aku. dahnye last2 kul 4 baru aku sampai umah tercinta. korang sila bayngkan sekarang. haha dari awal citer xde satu pun yang besh lagi kan.

masuk part besh. sabtu bercucuk tanam dengan mak. ok i bangga dengan diri berjaya tanam 20 batang pokok. x ingat la apa nama pokok tu. then ikut mak pergi kenduri macam kecik2 dulu. masa kat kenduri tu tengah2 makan aku terdengar2 la orang sebut2 azian. banyak kali la jugak tapi aku x pandang la kan coz nama aku bukannya azian pun. tapi dah lama sangat aku geram aku pun pandang la makcik tu. die terus tanya aku "azian ek?" hehe aku senyum je. "bukan, itu akak saya" sekali makcik sebelah aku nak tunjukkan ketereran dia plak "ni edah kan?" hehe aku senyum lagi "bukan, itu kakak saya. saya adik bawah edah" makcik2 berkata " muka korang ni sama je adik beradik. huhu.makcik kenal azian je" rupanya aku paling x glemer dalam ramai2 adik beradik. ciss. haha. banyak lagi nak cerita tapi aku pun dah larat nak taip korang lagi la x larat nak baca kan. so daa. chow chin chow~


 ~azian berbaju hijau dan edah bertdung hitam putih. ada sama ke?~






nota kaki: kak laila tegur saya di ward tadi padahal aku cube nak lari. haha.tetibe terasa glemer balik.





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~
blog comments powered by Disqus
Blog Widget by LinkWithin

~The Prayer~

"Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah,
Dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil,
Dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang"

~Oath Of A Muslim Doctor~

"I swear by God,the Great,to regard God in carrying out my profession.To protect human life in all stages and under all circumtances,doing my utmost to rescue it from death,malady,pain and anxiety.To keep peoples' dignity,cover their privacies,and look up their secrets.To be,all the way,the instruments of God's mercy,extending my medical care to near and far,virtous and sinner,friend and enemy.To strive in the pursuit of knowledge and harness it for benefit,but not the harm,of Mankind.To revere my teacher,teach my junior,and be brother to members of medical profession.to join in piety and charity.to live my faith in private and in public,avoiding whatever blemishes me in the eyes of God,His apostie and my fellow faithful.And may God be witness to this oath"

~10 Muwasafat Tarbiyah~

~ Aqidah Yang Sejahtera
~ Ibadah Yang Sahih
~ Akhlak Yang Mantap
~ Luas Pengetahuan
~ Sihat Tubuh Badan
~ Mampu Berdikari
~ Melawan Nafsu
~ Sangat Menjaga Masa
~ Tersusun Urusannya
~ Bermanfaat Pada Orang Lain