Showing posts with label jelita rindu mak. bajet2 pemalu. Show all posts
Showing posts with label jelita rindu mak. bajet2 pemalu. Show all posts

Thursday, September 23, 2010

yuhuu!!

150 PM

wow. sila kira sudah berapa lama diri ini tidak menulis di sini. ye saya buat2 bz walaupun memang sepatutnya saya bz. ok now saya dah habis exam. alhamdulillah dah habis. tapi result x keluar lagi so kena tunggu dengan berdebar lagi. dan banyak cerita besh nak cerita dulu dah jadi basi maka dah jadi x besh. bulan ni cam biasa sume org cerita pasal raya. ok raya xde cerita nak cerita pun. kesedihan di malam raya berperasaan seperti anak yatim piatu walaupun hakikatnye saya cuma anak yatim saja.

tapi bulan ni jugak banyak bende berlaku selain dari final mbbs i yang menyebabkan i macam preoccupied gila dengan study sampai cam xde life dah. bajet je ko rajin study. selain dari itu

11hb sept: dapat lagi sorang anak buah. asyik keje tambah anak buah je. anak sendiri bila lagi. ni orang lain yang suke tanya malas nak layan. kali ni my sister dapat baby boy. ridza shaheem bin ridza affendi. dah dapat sepasang korang.



 ~bersyukur sempat berjumpa tokwan di raya pertama~

13hb sept: tokwan my only tokwan yang i berkesempatan untuk berjumpa kembali ke rahmatullah pada umur 89 tahun. sedih. coz x sempat berbakti kat tokwan. i went back to melaka on 12th. d next morning my sis call bagi tau tokwan meninggal. nyesal balik awal sgt ke melaka. tapi tula kan sebab kite ni org biasa mmg xtau apa yg akan terjadi. moga roh tokwan tenang di sana.

~ini gbr gedik dalam masjid~


ok daa. saja nak update sebab kesian kat blog ni. kang lepas ni dah stat cuti makin lama la x jenguk dia. kang dah stat keje lagi lama la dia akan diabaikan. so sementara mereka masih ada berbaktilah dan hargailah mereka. pesanan khidmat masyarakat.



nota kaki: mimpi saya tentang long case betul2 jadi real. kak fyd memang terharu dengan i. ramai yang x sangka tuhan pemurah dengan hamba dia yang pemalas ni.






~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Wednesday, July 14, 2010

Everytime

818 AM

setiap kali nak balik rumah berdebar2
sampai rumah terus happy hilang berdebar2
nanti nak balik melaka balik berdebar2 lagi
sebab apa?
sebab setiap kali naik bas berdebar2
cam cautious gila
takut tersalah naik bas la
takut tetiba tiket bas dah abih ke apa
takut tersesat otw nak g stesen bas
dah camne skang
balik awal la
lagipun dah x boleh study duk melaka
kelas pun malas nak pergi dah
so decided
balik rumah petang ni jugak.
sorry kengkawan saya memang pemalas tahap gaban skang
harap2 lepas balik rumah jadi rajin balik
sekian.






nota kaki: teruja untuk berjumpa kanak2





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Monday, June 21, 2010

Kamu Tahu Tak

810 PM

maunye ada orang bunuh aku kalau aku habiskan soalan kat atas tu. kamu tahu tak balik kampung jumpe mak seronok? haha. yeah lagi2 kalau dah 3 bulan kamu x balik jumpe mak. mak pun macam tertunggu je kamu balik. seronok bukan. haha.

so last week nak dijadikan cerita saya balik dengan berpandukan maklumat yang saya telah google. gila engkau nak balik kampung pun nak kena google ke. apa x pernah balik kampung naik bas ke sebelum ni. luckily i google tau. sekali type "melaka bukit jalil tg malim" keluar yang tak diingini. "jalan hang tuah" ambik engkau dah la aku ni membesarkan kat perak mana tau jalan2 kat kl tu. setelah digoogle lagi maka dapatlah idea untuk naik bus ke seremban dulu then baru ambik bus kl aka jalan hang tuah. ok dari melaka kul 9 sampai seremban kul 1030. bengang betol aku. bukannye jauh sgt pun kan sejam setengah ni patut dah sampai kl dah pun. tapi xpe bersabar coz dah cuak x pernah aku sampai kat terminal 2 ni. sudahnya nak bali tiket kat mana pun xtau.

xtahu la nasib baik ke x ade sorang brother ni tetibe muncul jaul tiket nak g kl. aku pun ok kan je beli tiket tu. yang aku x boleh blah dgn brother ni dia bukan main lagi suh aku cepat."cepat dik buas nak jalan dah ni. turun je tangga ni tunggu je kat pintu depan tu" ok la aku pun terkocoh kacah (sendiri punya ayat) turun escelator keluar pintu. haprak satu bus pun xde. aku dah cuak dah. eh salah pintu ke aku ni. ok g tgk pintu blkg plak xde jugak bus sks ni. ok aku g balik kat pintu depan tggu punya tggu sampai kul 11. panas btol aku. mana busnye tadi bukan main suh aku cepat. aku pun g naik balik tny kat brother tu. "mana bas tiket ni bang" masa tu dah bergenang2 dah airmata. xkan la nak sesat kat seremban ni kot. aku rasa brother tu pun dah nampak muka aku bengang dan cam nak nangis dah die pun call driver tny kat mana. rupenye bus x sampai lagi. banyak kali la jugak die minta maaf ngan aku. sapa suh ko suh aku cepat2 td.

sekali x abih lagi nasib malang. dari seremban kul 1110 sampai kl kul 1. ok terus pakcik tg malim panggil " bus kul 1" banyak la kau kul 1 setengah jam aku tunggu dalam bas siap tahan nak terkencing 140 baru gerak. panas hati betol aku. dahnye last2 kul 4 baru aku sampai umah tercinta. korang sila bayngkan sekarang. haha dari awal citer xde satu pun yang besh lagi kan.

masuk part besh. sabtu bercucuk tanam dengan mak. ok i bangga dengan diri berjaya tanam 20 batang pokok. x ingat la apa nama pokok tu. then ikut mak pergi kenduri macam kecik2 dulu. masa kat kenduri tu tengah2 makan aku terdengar2 la orang sebut2 azian. banyak kali la jugak tapi aku x pandang la kan coz nama aku bukannya azian pun. tapi dah lama sangat aku geram aku pun pandang la makcik tu. die terus tanya aku "azian ek?" hehe aku senyum je. "bukan, itu akak saya" sekali makcik sebelah aku nak tunjukkan ketereran dia plak "ni edah kan?" hehe aku senyum lagi "bukan, itu kakak saya. saya adik bawah edah" makcik2 berkata " muka korang ni sama je adik beradik. huhu.makcik kenal azian je" rupanya aku paling x glemer dalam ramai2 adik beradik. ciss. haha. banyak lagi nak cerita tapi aku pun dah larat nak taip korang lagi la x larat nak baca kan. so daa. chow chin chow~


 ~azian berbaju hijau dan edah bertdung hitam putih. ada sama ke?~






nota kaki: kak laila tegur saya di ward tadi padahal aku cube nak lari. haha.tetibe terasa glemer balik.





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Thursday, June 17, 2010

Lesson No 5

635 PM

medicine posting done! welcome to hell. surgery here i come. semakin dekat dengan p2s2 semakin i realized im not ready yet to be a doctor. mungkin untuk menjadi final year medic student juga tidak layak. otak kosong. like Prof Choo said "u all are like cartoon." did u get wat he meant by that. kitorang ni lebih sesuai masuk raja lawak dari masuk medic school coz lawak sgt. wat examination pun bleh jadi lawak ke. haish. after all, i think i like medicine posting eventhou at first macam menyampah gila dengan dr yashodara. but at last die macam sangat fun. ok la maybe x sefun lecturer lain but he is still nice. and i had decided to balik kampung tomorrow. yeah at last eventhou not sure apakah motif utama untuk pulang pun. huhu. yet im already so excited now. harap esok tidak sesat di mana2 kerana sudah lama tidak balik umah sampaikan bus station pun dah tukar tempat sekarang.



drama dua babak
take 1 : main actor - Prof Choo
" i think we should take video during examination then we can see how pale the student is. noor, u already pale now. how much is your Hb? or are u usually this fair all the time?"
~ tq sir i take it as a compliment the latter part. haha

take 2 : main actress - Dr Lakshmi
" i think u are doing good. u pick up the cyanosis but u said he is not in distress when he already had cyanosis. but afterall i think u and s------ are the most cool during presentation. and i think u did better on systemic examination. i borrow u this cd but u have to return it tomorrow"
~ im so encouraged by the fact that im cool during presentation which i really doubt it. and vikram jealous i got the cd. haha.






~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Tuesday, June 15, 2010

My Lifesaver

1240 PM

used to hate myself to the max. sedih to the max because of that. im learning to love myself again. but the most hardest thing is when u start to feel bad without knowing why and how. mahu pulang kampung atau tidak weekend ini. serba salah plak dibuatnye.

I’m overboard and I need your love
Pull me up
I cant swim on my own
Its too much
Feels like I’m drowning without your love
So throw yourself out to me
My lifesaver


nota kaki: pulanglah kepangkuan-Nya.





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~ 

Thursday, March 18, 2010

At Last

934 AM

yeah. at last balik rumah arini. dengan diiringi oleh bebudak mmmc ni. merancang untuk konvoi ke rumah kak dina. and stop untuk bermalam di my safe heaven. sangat excited untuk kesekian kalinya tapi sedih coz sume orang dah xde kat umah. apsal la cuti selalu x sama ngn cuti sekolah kan. kalau x boleh jumpe kanak2 ribena. rindunya bebudak. entry ini sangat tidak bermotif malah tidak berperasaan juga. owh kak dina bakal menjadi isteri orang malam ni. wahh. semoga mahligai yang dibina sentiasa berada di dalam rahmat Allah. im so happy for u sis. tiada lagi berpelesaran cari makan pusing melaka selepas ni. uhuk. and kak tasnim too is going back for good. wah dah xde orang untuk dikacau di kala kebosanan. yesterday pergi membawa masa2 terakhir bersama kak tas di tempat mungkar. haha. sorry kak tas. tidak berniat mengajak orang baik buat bende jahat. ni cik nat la ni. wateva it is we gonna mish both of u. eh kak dina masih bersama cuma maybe hujung minggu je dia xde. hehe. tetibe entry ni telah ada perasaan. mata tetibe diplopia. stop now.


 ~selamat pengantin baru kak dina~


~bye2 kak tasnim nanti jumpe lagi~



nota kaki: aim to go to kmpp. rindu dia punya char keow tiau.





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Thursday, March 11, 2010

DariNya Kita Datang

749 PM


dari Nya kita datang kepada Nya kita kembali. today dah genap 2 tahun dia pergi. the pain cant never be replaced. trying to be strong. marilah sedekahkan sekurang2nya Al-Fatihah untuk roh beliau. you will always live in out heart. tahap emosi pada ketika ini tidak tentu arah. and petang tadi terlajak tidur. macam penat sangat sampai x boleh nak bangun. dapatlah mimpi yang menyedihkan tu. everything was so clear like it really happen in front of me. it was so real that i can even feel the touch at my hands. but i regret that i dun get a chance to read what were written there before i woke up. mimpi itu adalah mainan syaian. istighfar banyak2. astaghfirullah hal aazim.





nota kaki: moga roh ayah di tempatkan bersama orang yang beriman.





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Thursday, December 3, 2009

Kenapa Lambat Nak Panas?

8:55 PM

esok ada presentation OnG dengan Dr Sacschi. ye saya memang x suka. dan saya tak siapkan lagi slide nak present esok sebab saya ala-ala pening apa yang patut saya letak dalam slide tu nanti. saya malas memang. salah. saya memang malas. next week dah x payah pergi muar selama 3 weeks but isnin depan ada lagi 1 block test. saya makin malas. kenapa susah sangat nak dapat momentum untuk start study. kata kak eza dan marie "selerakkanlah bilik tu. bilik kemas sangat x boleh study kot. haha" hebat2 penangan kekemasan bilik hingga tidak boleh study rasa cam terus nak mengemas bilik. yela tu. baik g wat slide cepat kang sampai pagi x tido kang.




nota kaki: apsal tetibe saya membahasakan diri saya-saya (rasa seperti budak baik)





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Tuesday, November 17, 2009

I Thought Im Gonna Cry II

5:54PM


gambar2 berikut adalah sepanjang malam menunggu mak naik flight ke mekah.














time ni paling sayu



and like i said, i thought im gonna cry tapi x. menangis dalam hati je sebab selalu jelita yang tinggalkan mak. baru padan muka ko rasakan bila mak plak yang tinggalkan ko. haha. but my sis cakap abang yang menangis. cisss abang dah curi babak tu dari jelita.



eh eh tertinggal azaim pun ada anta tok malam (dah pagi sebenarnye) tu








nota kaki: sedihnya bila kena tinggal. nak raya kat mana nanti?







~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALY KNOWS~
Blog Widget by LinkWithin

~The Prayer~

"Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah,
Dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil,
Dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang"

~Oath Of A Muslim Doctor~

"I swear by God,the Great,to regard God in carrying out my profession.To protect human life in all stages and under all circumtances,doing my utmost to rescue it from death,malady,pain and anxiety.To keep peoples' dignity,cover their privacies,and look up their secrets.To be,all the way,the instruments of God's mercy,extending my medical care to near and far,virtous and sinner,friend and enemy.To strive in the pursuit of knowledge and harness it for benefit,but not the harm,of Mankind.To revere my teacher,teach my junior,and be brother to members of medical profession.to join in piety and charity.to live my faith in private and in public,avoiding whatever blemishes me in the eyes of God,His apostie and my fellow faithful.And may God be witness to this oath"

~10 Muwasafat Tarbiyah~

~ Aqidah Yang Sejahtera
~ Ibadah Yang Sahih
~ Akhlak Yang Mantap
~ Luas Pengetahuan
~ Sihat Tubuh Badan
~ Mampu Berdikari
~ Melawan Nafsu
~ Sangat Menjaga Masa
~ Tersusun Urusannya
~ Bermanfaat Pada Orang Lain