Showing posts with label ingatan untuk teman si jelita. Show all posts
Showing posts with label ingatan untuk teman si jelita. Show all posts

Thursday, September 30, 2010

Bye Bye

1213 AM

im going back home tomorrow. and this time its for good. tak tau la rasa ape. arini sangat penat. awal pagi bangun g interview. balik before 1 then g lunch. after zuhur terus keluar untuk berjumpa lecturer2. haruslah berterima kasih atas segala tunjuk ajar dan macam2 lagi they had done so far. a very very much thank you all the lecturers. and i become quite emosional tetibe masa jumpe dr prachi. tetibe kan padahal bukanlah baik sangat pun dengan dia. but somehow dia yang amik myak.  long case. so haruslah terharu boleh pass even merapu je banyak. ok esok2 pagi dah kena ready nak balik plak. alhamdulillah dah siap packing barang. esok tinggal nak angkat masuk keta je. xtau la muat ke x. iwa cakap barang punyalah banyak macam balik naik lori je. haha. ok dah sakit belakang dah ni x larat sangat dah. till we meet again blog. take care. im gonna miss u!!






~seronoknye ltak gabr byk2 n besar2. haha~






nota kaki: akan merindui budak2 kecik shida, sara and naufa. thanks shida and sara for the gift!






~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Sunday, September 26, 2010

A Big Phewww!!

1030 AM

alhamdulillah. now u can officially call me a doctor!! thanks Allah. sangat relieve. even i didnt study as much as others. like Am who deserve it more but still i really want it too. Am ko memang hebat but maybe Allah nak suruh ko bertambah hebat lagi. dun give up. we will grad together next year k. Am haruslah terharu aku tulis begini di sini.



~mood menghabiskan d last moment in malacca~


xtau nak describe macam man this feeling. sangat2 bersyukur. thanks a lot to my mom especially coz i know her prayers that bring me here. without her im not sure if i can ever get thru dis. all my sisters and brothers. di atas sumbangan dari pelbagai sudut kewangan terutamanya. kalau x pass kali ni xtau la cmne nk minta duit lagi utk byr fee lagi. huhu. frens yang dekat jauh. all geng etok, taayah's and even frens from primary school. thanks a lot guys! tidak dilupakan juga my special thanks goes to my study grupmate - bayani, rahim, pakwan, kay, man, am, afie, intan, shydee and jijul u guys rox! for my housemate too kak dina, cik nat n kak fyd. terima kasih menemani jalan2 payah ini bersama. owh sgt emosional. gedik sungguh. chow!!






nota kaki: congratulations to all my fellow frens in batch 17!! we r the best!!






~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Saturday, July 24, 2010

1 Out Of 7

123 PM

alhamdulillah semalam pergi talk ustaz hasrizal. sapa x kenal beliau memang saja la tu. sangat besh even stat lambat sket n habis pun dah pukul 12. tajuknya 7 langkah kecemerlangan diri. alaa macam steven covey punye tu but this one gabung dengan imam ghazali skali. memang besh. tapi ustaz cuma sempat cakap pasal first habit je which was have controlled of your ownself. banyak sangat benda dia cakap. nak tulis pun xtau nak tulis apa. so apa2 yang ingat je la nak share k.

  1. kecemerlangan = effectiveness = berjaya berperanan
  2. bila dah berperanan maka kita akan "mengecilkan sesuatu yang sebenarnya kecil dan membesarkan sesuatu yang sebenarnya besar"
  3. kita adalah apa yang kita percaya
  4. mengecewakan adalah lebih teruk dari dikecewakan
  5. berusahalah untuk menjadi daripada mencari
  6. memberi adalah lebih bermakna daripada menerima

sekian. tak ingat dah apa. kalau ada lagi program macam ni memang nak pergi lagi. konfim!!





nota kaki: ustaz pesan "jangan ditangisi apa yang sudah hilang, syukurilah apa yang masih ada"





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Wednesday, July 14, 2010

ok im so overwhelmed!!

301 PM

x pasal2 ptg ni aku hyper. tgk punye la hyper title pun aku x caps.ni suma salah si noni. xleh nak bayangkan keciknye dunia ni. haha. dulu aku pernah masuk ukm amik pharm.hons untuk 2 weeks before fly g india. and believe it or not i still have frens there. start with deelyn as my rumate sekejap (1 week kot) masa orientation and as (1 week gak) as supposed-to-be-roomate-for-whole-sem. but neway deelyn sama matrik n dia kawan aleng so mmg dah kenal. siap ada rahsia2 lagi. haha. but back then mereka yang paling rapat dengan saya adalah budak2 gang netball. x caya wei aku main netball wakil kolej tun syed nasir. yeah betul itu nama dia. hahaa. gang netball adalah paling besh.

but since aku dengan diorang juz 2 weeks je macam nak lepak2 bersama tu kurang la. lagipun aku pk ntah2 diorang dh x igt kat aku.huhu. rupenye TIDAK!! nur nadia mohd arifin atau lebih aku kenali dengan nama noni sebab nama tu aku yang bagi.sampai skang aku x tau nama panggilan dia yg btol apa. haha. dia kawan war yang merupakan besh gurlfren aku gak from kmpp. diorang lagi la kenal sejak kecik kot. dah boleh jumpe plak dlm fb. n jumpa plak huda. owh huda i really mishhhhhhhhh u. memang saya close dengan gang2 netball tapi paling rapat adalah dengan huda. rela je dia layan lawak bebal aku. haha.

korang jom la jumpe aku nak paw gaji korang yang beribu2 tu. kata huda dah jadi lecturer kan. hehe. seriusly aku terus jadi hyper jumpe korang kat fb. tolong la terharu dengan aku.sila tunggu aku habis exam mari kite berpeleseran.





nota kaki: once a friend will forever be a friend. xoxo





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Friday, July 2, 2010

36:9

106 PM

Albert (bukan nama sebenar) seorang lelaki keturunan kadazan. beliau bercinta dengan Mei Ying (bukan nama sebenar) seorang gadis berbangsa cina dan beragama buddha. Albert sebenarnya x percaya pada agama dan tanpa beliau mengetahui sebenarnya Mei Ying senyap2 masuk Islam kerana khuatir akan penerimaan Albert. So, di suatu hari yang agak2 hening Mei Ying bagi sepucuk surat dekat Albert. pendek, ringkas dan padat je surat tu. lebih kurang macam ni la bunyi surat tu kalau dibaca.

" Dan Kami adakan satu tutup di hadapan mereka dan satu tutup di belakangnya, lalu Kami tutup mata mereka, sehingga mereka tiada melihat suatu apapun"

Maka nak dijadikan cerita suatu hari rumah Albert di masukki pencuri. tapi sebelum pencuri tu masuk Albert dah nampak diorang kat luar rumah dengan parang pedang dsb. Albert dah terketar2 ketakutan. ada 3 orang pencuri bersenjata tu macam mana dia nak lawan sedangkan silat pun dia x belajar dulu. Dan tak semena2nya Albert tetibe teringat akan surat Mei Ying bagi hari tu. dalam duk terketar2 dia pun bertinggung kat tepi tingkap sambil baca surat tu banyak2 kali. Pelik bin ajaib. Albert terkejut teramat seorang pencuri pun x perasan yang dia duk kat tepi tingkap tu padahal ada sorang tu berdiri sebelah dia je. Maka terselamat la Albert pada malam itu dengan rasa kagum beliau. sejak hari itu Albert asyik tertanya2 dalam hati ayat apa la tu sampai boleh wat magik camtu. So, dia sangat bersemangat nak tanya Mei Ying pasal benda tu.


Kasihan Albert. tak sempat jumpe n tanya Mei Ying lagi Mei ying accident dan meninggal di tempat kejadian. dariNya kita datang dariNya juga kita kembali. Albert sangat sedih kerana beliau sangat cintakan Mei Ying. Dan di waktu2 dia sedih ni datanglah seorang ustaz mendekati Albert. Lalu Albert pun menceritakan apa yang berlaku. Ustaz pun bertanya kepada Albert


U: betulkah kamu betul2 sayangkan Mei Ying?
A: betul ustaz. saya nak hidup dengan dia sampai bila2.
U: mahukah kamu bersama dengannya di akhirat kelak.
A: sudah tentu ustaz
U: kamu akan masuk syurga. Mei Ying juga akan masuk syurga. tapi syurga kamu berdua tidak sama kerana syurga Mei Ying adalah untuk orang2 islam sahaja. mahukah kamu masuk syurga bersama Mei Ying? 
A: mahu ustaz.



dan sejak dari hari itu Albert memeluk Islam dan mula yakin Islam itu adalah agama yang benar. malah beliau juga menemui sendiri apakah sebenarnya ayat yang diberikan Mei Ying kepadanya dulu. Sesungguhnya Hidayah Allah itu adalah hadiah.Dan bersyukurlah mereka yang menjadi manusia terpilih untuk menerima hadiah paling berharga itu. Allahua'lam.







nota kaki: perlukah kita berdoa supaya rakan2 non muslim kita yang menghina Islam supaya menerima balasan atau haruskah kita berdoa agar mereka turut diberikan hidayah Allah. Sesungguhnya hati yang gelap itu takkan dapat melihat kebenaran.





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Monday, June 7, 2010

Lelaki Semakin Sikit?

544 PM

sudah tersilap mengepost entry. dah la panjang plak tu entry sebelum ni padahal nak tulis pasal bende lain. ok sebenarnye saya nak post benda ni ye kawan2. hee~

Daripada Anas r.a. berkata, "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku.

Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus limapuluh orang perempuan."

H.R. Bukhari Muslim



sekian~

Saturday, June 5, 2010

Wealth or Wisdom?

745 PM

hati kita makin gelap tanpa kita sedar apabila kita semakin jauh dengan ilmu. diri sendiri bole rasa akan kegelapan tu. belajar susah nak masuk dalam otak. baca buku rasa sangat mencabar. hubungan dengan manusia dan Allah pun semakin jauh. apatah aku membebel kat sini. sigh~

Suatu hari Syaidina Ali a.s ditanya tentang perbezaan antara ilmu dengan harta, lalu beliau menjawab seperti berikut:-

1. Ilmu adalah warisan dari nabi-nabi sedangkan harta adalah warisan dari Firaun, Syidad dan Namrud.

2. Orang yang berilmu banyak mempunyai kawan , sedangkan orang yang berharta akan banyak musuh.

3. Ilmu kalau di berikan kepada orang lain ia akan bertambah, harta jika diberikan kepada orang lain pasti akan berkurang.

4. Orang berilmu disebut "kariim" (mulia), sedangkan orang kaya disebut "bakhil"(kedekut)

5. Harta mesti dijaga takut dicuri atau hilang, Ilmu dia akan menjaga kita.

6. Orang yang berharta akan dihisab, sedangkan orang berilmu mendapat syafaat.

7. Harta pasti akan rosak dimakan zaman, sedangkan ilmu tidak.

8. Harta akan mengeraskan hati, ilmu akan melembutkan hati.

9.Orang berharta akan mengaku sebagi tuhan, orang berilmu pasti akan mengakui dirinya hamba Allah SWT.







drama sebabak (depan hospimart)


Abdul : assalamualaikum doctor.
Doc : waalaikummussalam.
Abdul : apa khabar doc? lama x nampak
Doc : badan sihat cuma iman je lemah. (subhanallah) ingatlah bahawa mati itu pasti. ini perkara benar bukan main2 tau.






~EVERYODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Sunday, May 23, 2010

Kalau Sudah Tiada Jodoh

akhirnya hujan yang diharap hingga ke petang rupanya berhenti sebelum asar. hehe. peribahasa sendiri. setelah seminggu laptopku ditinggalkan kepada encik S maka semalam beliau memberikan khabar berita sedih. ajalnya sudah tiba. beliau sudah berusaha dengan gigih namun dia tidak dapat diselamatkan. dan dengan itu saya juga ingin mengumumkan permergian saya secara rasminya dari blog tercinta. biarlah ku membawa hati yang luka ini wahai blog. maafkan daku kerana terpaksa terus mengabaikan kamu. tapi aku yakin jodoh kau dan aku masih panjang. satu hari aku pasti kembali kepadamu wahai blog.

dan di kesempatan yang x seberapa kerana curi2 guna laptop bayani ini aku juga ingin menyampaikan setinggi2 ucapan tahniah kepada sahabatku dunia akhirat SHAIRA FARHANNA IDRIS di atas perkahwinan beliau semalam. walaupun terpaksa meredah negeri sembilan dan selangor untuk sampai dari melaka ke perak aku harungi jua demi kamu shaira. kamu sangat cantik semalam seperti kamu yang selalunya cantik. moga kamu berjaya membawa cinta kamu hingga ke syurga. InsyaAllah. semalam diriku juga sungguh terharu kerana adik2 kamu shaira nani dan diklin masih mengingati diriku apatah lagi makcik minah otromen. malah sempat beliau membisikkan ke telinga ku "shaira tu x abih belajar lagi dah gatal nak kahwin. dua2 pun gatal nak kahwin" aku hanya mampu tersenyum manis. owh makcik minah aku rindu sungguh mendengar bicara jenakamu. haha.

tak ku sangka panjang pula aku menaip untuk entry kali terakhir ini. mungkin x berapa akhir lagi la bak kata orang jawa last but not least kan. sekian untuk kamu blog yang semakin dilupakan. relakan pemergianku ini.


nota kaki: entry ini sangat berunsur gedik. sila jangan muntah di sini.



~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Friday, April 30, 2010

Cari Makan

937 PM

dulu x lama dulu orang cakap aku banyak duit. asyik bershopping saja kerjanya. aku xde la plak rasa aku banyak duit tapi at least aku rasa duit aku mencukupi even kalau nak bagi org pinjam seratus 2 ke. tapi sekarang aku langsung x bershopping dah. even shopping makanan pun tidak (tapi makin gemuk apakah?). yang lagi pelik sekarang aku rasa duit aku asyik x mencukupi. pelik binti ajaib. setelah ku berfikir dan berfikir aku still xtau jugak kenapa sekarang duit makin kurang. every month masuk duit rm650 tu rasa macam dah x mencukupi. segala otak fikiran aku yang x jumpe jawapan tu tetibe macam jumpe jawapan petang tadi lepas tgk Al-Kuliyyah. tajuknye cari makan. ustaz Abdullah tu cakap ade 3 cara kite nak tau bahawa rezeki yang kita dapat tu berkat.

  1. rezeki tu memberikan ketenangan kepada kita. aku musykil gak apsal dah masuk duit pun aku cam x tenang gak. duit tu macam dah tau2 je xkn cukup punye. ustaz bagi contoh seorang pakcik di sebuah kampung hanya bekerja memetik kacang (betul ke ni?) gaji pun x seberapa dahtu anak ramai plak tu. 16 orang sume anaknya. tapi dia dapat ketenangan dengan rezeki yang bagi kite x seberapa tu. alhamdulillah anak2 die yang 16 orang tu pun semuanya jadi manusia2 berguna. berkat sungguh rezeki pakcik tu.
  2. rezeki itu sentiasa mencukupi. kalau kite rasa rezeki kita tu x mencukupi mungkin kurang berkat di mana2. kata ustaz mungkin sebab itulah ramai orang kaya yang merasakan rezeki diorang x cukup2. sibuk cari duot siang malam. mungkin kena check balik. mana la tau kan kurang berkatnya di mana. jadi haruslah berasa syukur dengan rezeki yang ada. yang tuhan beri pada kita tu dah mencukupi utk kite pada waktu dan ketika ini mungkin. ini yang perlu kita fikirkan.
  3. dengan rezeki itu kite semakin dekat dengan Allah. even rezeki yang kita dapat tu x seberapa kite berasa seronok untuk bersedekah. seronok nak buat kenduri2 ajak kawan2 makan. dengan rezeki tu badan kita sihat dan kita dapat mengerjakan ibadah. ustaz jugak cakap rezeki2 yang berkat ni manalah tau akan bawak kite tunaikan haji atau bina masjid. ramai manusia zaman sekarang makin banyak duit makin jauh dengan masjid. dan kita cakap rezeki yang dicari itu halal. ya betul tapi adakah cukup keberkatannya. ustaz fahmi last week berpesan "ramai orang yang berjaya mengharungi ujian kesusahan tetapi sangat sedikit orang yang berjaya mengharungi ujian kesenangan" moga kita tidak termasuk di dalam golongan yang lupa diri.



Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “ Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.”
(Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)


 nota kaki: dakwah itu satu tanggungjawab bukan satu pilihan.





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Monday, April 19, 2010

Paeds Again

828 PM

dr shinde cakap "noor asiah, u have to speak. even if u give a crap at least u speak. dont think other student are better than u. they are juz as stupid as u"

ok die panggil saya dengan nama penuh. bagus bukan macam beliau memanggil " cahaya penawar" lalu saya hanya memandang kosong. donno want to take it to the heart or not.

" what else u want to check in general examination?" me answer "......"
and he said "see, when u speak u actually can give a correct answer"


but this behaviour didnt last long. last friday with dr Ng session. i become silent again.
dalam hati " simple diffusion, terminal bronchioles...." tapi dalam hati jela.

"OMG. in 6 months people will call u dr Asiah and u didnt remember physiology of respiration" damn i did it again. and i guess dr shinde is right about me being silent in class. i didnt remember since when i become this silent but obviously paeds have change me into someone else. it better be good.



drama swasta : sedang si gadis berjalan sopan pulang dari kelas
pakcik surau "dah tahun berapa dah nak?"
gadis " dah tahun 5 dah pakcik. tahun akhir dah (ayat berlagakkah ini?)
pakcik surau " owh cucu pakcik baru pergi india tahun lepas. baru nak masuk tahun kedua ni"
gadis " owh yeke (kebingungan tiada jawapan)
pakcik surau " good luck la ek. jadi doktor baik nanti"
gadis "terima kasih pakcik (dalam hati ada rasa terharu)






~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Wednesday, March 31, 2010

Cantik ke?







thanks sabri for the award. memang bertepatan la. haha..

Tuesday, March 30, 2010

Berat Padi Berisi

8:00 PM

tiada kaitan langsung pun title tu. just wondering which one is better. sila buat pilihan anda

  1. diri bijak pandai tapi bongkak dan sombong malah sering memandang rendah terhadap orang lain
  2. tidak berapa pandai tapi suka berbuat baik dan tidak sombong diri sebab xde bende nak disombongkan malah tidak memandang serong kepada insan lain
  3. memang x pandai pun tapi sangat suka menolong orang malah tidak kisah dikritik dan dihina. yakin rezeki tuhan ada di mana2.
dan janganlah kamu menjadi seperti firaun dan qarun yang terus hidup di dalam kesenangan tanpa menyedari bahawa kesenangan itu adalah tanda hilangnya kasih sayang Allah terhadap hambanya.




nota kaki: Oh God please save my soul and heart.



~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Thursday, March 18, 2010

At Last

934 AM

yeah. at last balik rumah arini. dengan diiringi oleh bebudak mmmc ni. merancang untuk konvoi ke rumah kak dina. and stop untuk bermalam di my safe heaven. sangat excited untuk kesekian kalinya tapi sedih coz sume orang dah xde kat umah. apsal la cuti selalu x sama ngn cuti sekolah kan. kalau x boleh jumpe kanak2 ribena. rindunya bebudak. entry ini sangat tidak bermotif malah tidak berperasaan juga. owh kak dina bakal menjadi isteri orang malam ni. wahh. semoga mahligai yang dibina sentiasa berada di dalam rahmat Allah. im so happy for u sis. tiada lagi berpelesaran cari makan pusing melaka selepas ni. uhuk. and kak tasnim too is going back for good. wah dah xde orang untuk dikacau di kala kebosanan. yesterday pergi membawa masa2 terakhir bersama kak tas di tempat mungkar. haha. sorry kak tas. tidak berniat mengajak orang baik buat bende jahat. ni cik nat la ni. wateva it is we gonna mish both of u. eh kak dina masih bersama cuma maybe hujung minggu je dia xde. hehe. tetibe entry ni telah ada perasaan. mata tetibe diplopia. stop now.


 ~selamat pengantin baru kak dina~


~bye2 kak tasnim nanti jumpe lagi~



nota kaki: aim to go to kmpp. rindu dia punya char keow tiau.





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Monday, March 8, 2010

Petua PCM

1230 AM

setelah beberapa hari berposting PCM di Jasin, saya rasa saya seorang yang malas nak ambik proper history coz most of the time akan habis dengan sesi membina rapport (konon2 jela) bersama patient which is good i guess. and makcik2 and pakcik2 kat sini memang baek2. even saya macam malas2 je tanya diorang soklan tapi diorang bercerita dengan semangat dari hal anak hinggalah hal pokok2 di kebun. tidakkah saya sangat baek melayan kerenah mereka. and makcik2 and pakcik2 ini juga telah menurunkan beberapa petua kepada kami2 budak2 baru belajar.

  • kepada sesiapa yang ada penyakit gout boleh try petua ni. bila kena attack gout tu means masa tetibe sakit tu datang ( u noe wat i mean?) boleh sapu minyak tanah atau nama lain minyak gas. agaknye la. tapi haruslah menggunakan minyak tanah yang telah digunakan. maksudnya minyak yang korang dah letak dalam pelita and pelita tu dah korang nyalakan. macam tu la lebih kurang. sapukan je minyak tu kat tempat yang sakit.
  • today 1 makcik cakap her husband ada sakit gout. so i thot at first nak share la petua di atas tapi bila dia cakap pakcik tu dah ok maka saya batalkan je hasrat murni tu. then dia yang bagi petua kat saya. makcik cakap kalau nak mata yang sihat dan elok rajin2 la baca quran setiap kali selepas subuh. (tersenyum kambing diriku sebentar di situ) coz mata makcik tu memang still elok. i think better than mine. and she is 62 years old compare to me yang baru 12 kan. hehe. makcik pesan baca la everyday even sikit pun cukup la. akan berusaha kelak.

so renung2kan dan selamat beramal.



nota kaki: i just haven't met you yet.




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Sunday, March 7, 2010

Busuk Biar Bertempat (BBB)

4:11 PM

Courtesy Of  UstazMelaka.Net

Waktu haram bagi wanita berwangi-wangian

Waktu-waktu yang dilarang ialah ketika keluar rumah untuk ke majlis yang dibenarkan oleh syarak, di hadapan lelaki ajnabi, bertujuan untuk memikat lelaki dan ketika ke masjid untuk solat berjemaah. Keterangan yang berkaitan waktu-waktu itu ialah seperti berikut:

i-   Rasulullah saw bersabda “….seseorang wanita apabila memakai bau-bauan, kemudian melewati (melintasi) di hadapan orang ramai dalam sesuatu majlis (yang ada lelaki dan bukan muhram dengannya), maka wanita itu dikira sama (dosanya) dengan zina” (Riwayat Ahmad dan al-Tamizi)

ii-   Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur “Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa Allah swt tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi ……” (abu Daud, an-Nasaie,Ibnu Majah dan al-Baihaqi)

iii-   Dari Zainab as-Saqafi, katanya Rasulullah saw bersabda “Apabila salah seorang daripada kamu hendak ke masjid, maka janganlah memakai bau-bauan” (Riwayat Muslim dan Abu Awwanah)

iv-   Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda “Mana-mana wanita yang memakai bau-bauan, janganlah ke masjid bersolat isyak” (Riwayat Muslim dan Abu Awwanah serta Ashabussunah)
Hadis ini menyebut waktu Isyak, tetapi perawinya sepakat menyatakan bahawa larangan itu meliputi seluruh waktu solat dan Isyak dijadikan sebagai contoh kerana ketika itu paling banyak fitnah bagi wanita.
Imam Nawawi pula tidak menyebut mana-mana waktu solat bahkan dihukumkan haram bagi mana-mana wanita yang ke masjid memakai wangi-wangian.

vi-   Rasulullah saw bersabda “Setiap wanita yang memakai bau-bauan, kemudian melewati di hadapan orang ramai (yang ada lelaki bukan mahram dengannya) dengan niat supaya mereka mencium baunya, maka wanita itu dikira (berdosa) sama dengan melakukan zina”

vii-   Ibnu Hajar dalam kitabnya al-Zawajir berkata “Apabila wanita keluar rumah memakai bau-bauan dan berhias, maka itu termasuk dosa besar walaupun diizinkan oleh suaminya”

viii-   Bagi wanita yang kematian suami, ketika ia masih dalam iddah, maka haram baginya berwangi-wangian. Satu fatwa daripada Imam Syafie “wanita yang kematian suami dan masih dalam iddah (4 bulan, 10 hari), maka dia dilarang daripada memakai bau-bauan”
 
Qaliyubi pula menyatakan “Bagi wanita yang kematian suami,  semasa iddah, maka haram baginya memakai bau-bauan”




nota kaki : “Akan ada pada akhir umatku nanti wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, kepala mereka bagaikan bonggol unta, laknatlah mereka kerana mereka adalah wanita-wanita yang layak dilaknat.”




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Saturday, March 6, 2010

Moody Itu Apa?

1;24 AM


saya rasa macam arini saya moody tapi takde sorang pun yang terjejas dengan kemoodyan saya. maka saya confuse. betul ke saya moody arini. malah walaupun saya moody saya masih bisa keluar bergosip dengan cik bayani. and sume kasut bayani pilih saya x bagi harapan kat dia suh beli. mungkin itu disebabkan saya moody?

saya rasa memang saya moody arini sebab dalam hati ada taman rasa sebak. cam nak nangis pun ada. tetibe rasa rindu gile dengan sume geng etok terutamanya dilah dan shera juga mon and fara. ye x tahu kenapa. jadi saya rasa memang saya moody pun arini. jupe orang yang x disangka2 arini tapi saya layan orang macam biasa je. xde moody2 pun. macam mana ek rasa moody tu? malah saya rasa happy arini dengar cerita2 bahagia cik bayani. bukankah itu maksudnya saya sebenarnya x moody.

~ni bukan gambar malam ini. ini dari arkib~



nota kaki: saya rasa saya seorang yang x reti marah. dan berharap saya akan senang memaafkan jua.



~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Thursday, February 4, 2010

Geng Pengembaraan Bermula

751 PM

tomorrow is the last day for ortho posting but jelita officially declare hari ni. haha. suka2 ati je kan. and as it was meant to be d last day, i wonder why macam banyak plak procedure yang houseman nak bagi kitorang wat. diorang memang sempoi. and bila dah nak dekat pukul 1230. d journey begin. x larat nak cerita so lets d pictures do the talking. if they can la. haha. and im really glad we did that. penat but it was fun. mesti dah tua nanti akan ingat balik perangai x senonoh kitorang ni. hee~

so the journey begin.........














 ~marie cakap che'ah yang x tahan dengan pencemaran dekat muar~





~spot my face yang dah penat~




nota kaki: lessons for today - when people hungry, they get angry and buat baik biar bertempat. hee~




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Friday, January 29, 2010

Masjid Fat'hur Rahman

1204 PM

semalam, tersinggah dekat masjid fat'hur rahman untuk solat maghrib. and sempat menangkap sebaris ayat dari kuliah maghrib yang sedang berlangsung.

"seringan-ringan azab di neraka adalah diletakkan bara api neraka di bawah kedua tapak kaki hingga menggelegak otak mereka. sehinggakan mereka yang terseksa itu menyangkakan bahawa merekalah manusia yang mendapat azab paling teruk di neraka sedangkan itulah seringan-ringan azab di neraka"

renung2kan dan selamat beramal.


nota kaki:






~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Wednesday, December 30, 2009

The Last Entry

1212 AM

entry ni adalah entry yang terakhir. untuk tahun ini. heh. since last week macam2 nak cerita kat cni tapi diri ini tersangatlah busy sampai kadang2 rasa cam nak mengamuk ngn semua org. x pasal2 kot. start last week dengan night posting 12 hours tu ditambah dengan common programme yang wat pening kepala je. and boleh plak diorang nak add on end posting exam plak. memang terbaek.

and now dah masuk poting psychiatry. lega rasa rilek sket. tapi everyday ade game la plak. monday futsal then netball selasa. siap lebam2 la kaki. dah macam budak kena dera dah ni. suppose arini ade volley. sebab hujan so kena posponed ke next week. haish x abih lagi la game ni. penat den. sakit2 satu badan dibuatnya.

but teringt last week sangat besh. mak baru balik dari mekah. bufday celebration anak2 and sis yang dah menjadikan rumah tu cam kfc cawangan sungkai. haha. hari2 celebrate bufday lagi la terbaek.and last weekend jgak g kenduri zipang kawen. ni pun terbaek gak. gila besh jumpe member2 taayah yang rasa cam ada la gak dekat 7 tahun x jumpe. gila terharu ramai lagi yang boleh cam n ingat wajah ayu ini. haha. and otw nak ablik emalak boleh plak jumpe nuoi kat bus station. rupenye die pun nak g melaka and bus yang sama. apalagi kitorang pun wat cam bas sndiri la kan. sian gila makcik seblah tu konfim xleh tido dengar gelak tawa kitorang. haha. and tomorrow im going back to subang. lepak2 before g block exam isnin depan. haha terbaek betul merosakkan mood cuti new year.

and lately my laptop dah menunjukkan symptoms2 keuzurannya. xtau la kena virus ke ape cam dah bengong menyebabkan bertambah malas rasa nak online. so rasanya akan bertambah berhabuk lagi la blog ni. hehe. orry entry ni xde gambar coz x transfer pun lagi gbr dr cam. malas teramat.





nota kaki: bilikku macam tongkang pecah malas and busy punya pasal




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Friday, November 20, 2009

Please Please

2:40 PM

dah almost a week start new sem. yeah. and guess what nex monday dah ada block test. yeah bravo2 syabas bete. tersangat kagum dengan kesungguhan kolej ni memperbanyakkan test sejak dua mejak ni. ok la tu je nak bagi tau. and tetibe kan rasa cam nak menujukan lagu kepada kak aima. kak aima sila terharu. (mesti kak aima baca ni sambil confuse apsal nak tujukan lagu kat aku plak. haha.) jawapannya saja2 dah tetibe tertaip nama kak aima nak buat cmne kan. hehe.






Remember all the things we wanted
Now all our memories they're haunted
We were always meant to say goodbye
Even with our fists held high
It never would've worked out right
We were never meant for do or die
I didn't want us to burn out
I didn't come here to hold you, now I can't stop
I want you to know that it doesn't matter
Where we take this road someone's gotta go
And I want you to know you couldn't have loved me better
But I want you to move on so I'm already gone
Looking at you makes it harder
But I know that you'll find another
That doesn't always make you want to cry
Started with a perfect kiss then we could feel the poison set in
Perfect couldn't keep this love alive
You know that I love you so, I love you enough to let you go
I'm already gone, already gone
You can't make it feel right when you know that it's wrong
I'm already gone, already gone
There's no moving on so I'm already gone





nota kaki: i just want you to know that im moving on.




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~
Blog Widget by LinkWithin

~The Prayer~

"Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah,
Dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil,
Dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang"

~Oath Of A Muslim Doctor~

"I swear by God,the Great,to regard God in carrying out my profession.To protect human life in all stages and under all circumtances,doing my utmost to rescue it from death,malady,pain and anxiety.To keep peoples' dignity,cover their privacies,and look up their secrets.To be,all the way,the instruments of God's mercy,extending my medical care to near and far,virtous and sinner,friend and enemy.To strive in the pursuit of knowledge and harness it for benefit,but not the harm,of Mankind.To revere my teacher,teach my junior,and be brother to members of medical profession.to join in piety and charity.to live my faith in private and in public,avoiding whatever blemishes me in the eyes of God,His apostie and my fellow faithful.And may God be witness to this oath"

~10 Muwasafat Tarbiyah~

~ Aqidah Yang Sejahtera
~ Ibadah Yang Sahih
~ Akhlak Yang Mantap
~ Luas Pengetahuan
~ Sihat Tubuh Badan
~ Mampu Berdikari
~ Melawan Nafsu
~ Sangat Menjaga Masa
~ Tersusun Urusannya
~ Bermanfaat Pada Orang Lain