Courtesy Of UstazMelaka.Net
Waktu haram bagi wanita berwangi-wangian
Waktu-waktu yang dilarang ialah ketika keluar rumah untuk ke majlis yang dibenarkan oleh syarak, di hadapan lelaki ajnabi, bertujuan untuk memikat lelaki dan ketika ke masjid untuk solat berjemaah. Keterangan yang berkaitan waktu-waktu itu ialah seperti berikut:
i- Rasulullah saw bersabda “….seseorang wanita apabila memakai bau-bauan, kemudian melewati (melintasi) di hadapan orang ramai dalam sesuatu majlis (yang ada lelaki dan bukan muhram dengannya), maka wanita itu dikira sama (dosanya) dengan zina” (Riwayat Ahmad dan al-Tamizi)
ii- Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur “Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa Allah swt tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi ……” (abu Daud, an-Nasaie,Ibnu Majah dan al-Baihaqi)
iii- Dari Zainab as-Saqafi, katanya Rasulullah saw bersabda “Apabila salah seorang daripada kamu hendak ke masjid, maka janganlah memakai bau-bauan” (Riwayat Muslim dan Abu Awwanah)
iv- Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda “Mana-mana wanita yang memakai bau-bauan, janganlah ke masjid bersolat isyak” (Riwayat Muslim dan Abu Awwanah serta Ashabussunah)
Hadis ini menyebut waktu Isyak, tetapi perawinya sepakat menyatakan bahawa larangan itu meliputi seluruh waktu solat dan Isyak dijadikan sebagai contoh kerana ketika itu paling banyak fitnah bagi wanita.
Imam Nawawi pula tidak menyebut mana-mana waktu solat bahkan dihukumkan haram bagi mana-mana wanita yang ke masjid memakai wangi-wangian.
vi- Rasulullah saw bersabda “Setiap wanita yang memakai bau-bauan, kemudian melewati di hadapan orang ramai (yang ada lelaki bukan mahram dengannya) dengan niat supaya mereka mencium baunya, maka wanita itu dikira (berdosa) sama dengan melakukan zina”
vii- Ibnu Hajar dalam kitabnya al-Zawajir berkata “Apabila wanita keluar rumah memakai bau-bauan dan berhias, maka itu termasuk dosa besar walaupun diizinkan oleh suaminya”
viii- Bagi wanita yang kematian suami, ketika ia masih dalam iddah, maka haram baginya berwangi-wangian. Satu fatwa daripada Imam Syafie “wanita yang kematian suami dan masih dalam iddah (4 bulan, 10 hari), maka dia dilarang daripada memakai bau-bauan”
Qaliyubi pula menyatakan “Bagi wanita yang kematian suami, semasa iddah, maka haram baginya memakai bau-bauan”
nota kaki : “Akan ada pada akhir umatku nanti wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, kepala mereka bagaikan bonggol unta, laknatlah mereka kerana mereka adalah wanita-wanita yang layak dilaknat.”
~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~