Showing posts with label jelita transform henshin. Show all posts
Showing posts with label jelita transform henshin. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

Saja Gedik

ntah zaman bila last time tulis kat cni. ni saja je nak testdrive sket. kot2 boleh jadi rajin balik cm dulu. even macam x berapa nampak harapan di situ. huhu

Thursday, September 23, 2010

yuhuu!!

150 PM

wow. sila kira sudah berapa lama diri ini tidak menulis di sini. ye saya buat2 bz walaupun memang sepatutnya saya bz. ok now saya dah habis exam. alhamdulillah dah habis. tapi result x keluar lagi so kena tunggu dengan berdebar lagi. dan banyak cerita besh nak cerita dulu dah jadi basi maka dah jadi x besh. bulan ni cam biasa sume org cerita pasal raya. ok raya xde cerita nak cerita pun. kesedihan di malam raya berperasaan seperti anak yatim piatu walaupun hakikatnye saya cuma anak yatim saja.

tapi bulan ni jugak banyak bende berlaku selain dari final mbbs i yang menyebabkan i macam preoccupied gila dengan study sampai cam xde life dah. bajet je ko rajin study. selain dari itu

11hb sept: dapat lagi sorang anak buah. asyik keje tambah anak buah je. anak sendiri bila lagi. ni orang lain yang suke tanya malas nak layan. kali ni my sister dapat baby boy. ridza shaheem bin ridza affendi. dah dapat sepasang korang.



 ~bersyukur sempat berjumpa tokwan di raya pertama~

13hb sept: tokwan my only tokwan yang i berkesempatan untuk berjumpa kembali ke rahmatullah pada umur 89 tahun. sedih. coz x sempat berbakti kat tokwan. i went back to melaka on 12th. d next morning my sis call bagi tau tokwan meninggal. nyesal balik awal sgt ke melaka. tapi tula kan sebab kite ni org biasa mmg xtau apa yg akan terjadi. moga roh tokwan tenang di sana.

~ini gbr gedik dalam masjid~


ok daa. saja nak update sebab kesian kat blog ni. kang lepas ni dah stat cuti makin lama la x jenguk dia. kang dah stat keje lagi lama la dia akan diabaikan. so sementara mereka masih ada berbaktilah dan hargailah mereka. pesanan khidmat masyarakat.



nota kaki: mimpi saya tentang long case betul2 jadi real. kak fyd memang terharu dengan i. ramai yang x sangka tuhan pemurah dengan hamba dia yang pemalas ni.






~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Monday, June 7, 2010

Lelaki Semakin Sikit?

544 PM

sudah tersilap mengepost entry. dah la panjang plak tu entry sebelum ni padahal nak tulis pasal bende lain. ok sebenarnye saya nak post benda ni ye kawan2. hee~

Daripada Anas r.a. berkata, "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku.

Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus limapuluh orang perempuan."

H.R. Bukhari Muslim



sekian~

Saturday, June 5, 2010

Wealth or Wisdom?

745 PM

hati kita makin gelap tanpa kita sedar apabila kita semakin jauh dengan ilmu. diri sendiri bole rasa akan kegelapan tu. belajar susah nak masuk dalam otak. baca buku rasa sangat mencabar. hubungan dengan manusia dan Allah pun semakin jauh. apatah aku membebel kat sini. sigh~

Suatu hari Syaidina Ali a.s ditanya tentang perbezaan antara ilmu dengan harta, lalu beliau menjawab seperti berikut:-

1. Ilmu adalah warisan dari nabi-nabi sedangkan harta adalah warisan dari Firaun, Syidad dan Namrud.

2. Orang yang berilmu banyak mempunyai kawan , sedangkan orang yang berharta akan banyak musuh.

3. Ilmu kalau di berikan kepada orang lain ia akan bertambah, harta jika diberikan kepada orang lain pasti akan berkurang.

4. Orang berilmu disebut "kariim" (mulia), sedangkan orang kaya disebut "bakhil"(kedekut)

5. Harta mesti dijaga takut dicuri atau hilang, Ilmu dia akan menjaga kita.

6. Orang yang berharta akan dihisab, sedangkan orang berilmu mendapat syafaat.

7. Harta pasti akan rosak dimakan zaman, sedangkan ilmu tidak.

8. Harta akan mengeraskan hati, ilmu akan melembutkan hati.

9.Orang berharta akan mengaku sebagi tuhan, orang berilmu pasti akan mengakui dirinya hamba Allah SWT.







drama sebabak (depan hospimart)


Abdul : assalamualaikum doctor.
Doc : waalaikummussalam.
Abdul : apa khabar doc? lama x nampak
Doc : badan sihat cuma iman je lemah. (subhanallah) ingatlah bahawa mati itu pasti. ini perkara benar bukan main2 tau.






~EVERYODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Monday, April 19, 2010

Paeds Again

828 PM

dr shinde cakap "noor asiah, u have to speak. even if u give a crap at least u speak. dont think other student are better than u. they are juz as stupid as u"

ok die panggil saya dengan nama penuh. bagus bukan macam beliau memanggil " cahaya penawar" lalu saya hanya memandang kosong. donno want to take it to the heart or not.

" what else u want to check in general examination?" me answer "......"
and he said "see, when u speak u actually can give a correct answer"


but this behaviour didnt last long. last friday with dr Ng session. i become silent again.
dalam hati " simple diffusion, terminal bronchioles...." tapi dalam hati jela.

"OMG. in 6 months people will call u dr Asiah and u didnt remember physiology of respiration" damn i did it again. and i guess dr shinde is right about me being silent in class. i didnt remember since when i become this silent but obviously paeds have change me into someone else. it better be good.



drama swasta : sedang si gadis berjalan sopan pulang dari kelas
pakcik surau "dah tahun berapa dah nak?"
gadis " dah tahun 5 dah pakcik. tahun akhir dah (ayat berlagakkah ini?)
pakcik surau " owh cucu pakcik baru pergi india tahun lepas. baru nak masuk tahun kedua ni"
gadis " owh yeke (kebingungan tiada jawapan)
pakcik surau " good luck la ek. jadi doktor baik nanti"
gadis "terima kasih pakcik (dalam hati ada rasa terharu)






~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Tuesday, April 13, 2010

Seriously

1253 am

So long since the last time merapu di sini. and this will be short entry since i am so rindu tu write but got no time like seriously please believe me. sedang cuba merajinkan diri supaya diri layak untuk dipanggil exam going med student. gotta go. please blog behave when im not around. haha. till then. xoxo.




nota kaki : what didnt kill makes you stronger. i have to believe this



~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Tuesday, March 30, 2010

Berat Padi Berisi

8:00 PM

tiada kaitan langsung pun title tu. just wondering which one is better. sila buat pilihan anda

  1. diri bijak pandai tapi bongkak dan sombong malah sering memandang rendah terhadap orang lain
  2. tidak berapa pandai tapi suka berbuat baik dan tidak sombong diri sebab xde bende nak disombongkan malah tidak memandang serong kepada insan lain
  3. memang x pandai pun tapi sangat suka menolong orang malah tidak kisah dikritik dan dihina. yakin rezeki tuhan ada di mana2.
dan janganlah kamu menjadi seperti firaun dan qarun yang terus hidup di dalam kesenangan tanpa menyedari bahawa kesenangan itu adalah tanda hilangnya kasih sayang Allah terhadap hambanya.




nota kaki: Oh God please save my soul and heart.



~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Sunday, March 7, 2010

Busuk Biar Bertempat (BBB)

4:11 PM

Courtesy Of  UstazMelaka.Net

Waktu haram bagi wanita berwangi-wangian

Waktu-waktu yang dilarang ialah ketika keluar rumah untuk ke majlis yang dibenarkan oleh syarak, di hadapan lelaki ajnabi, bertujuan untuk memikat lelaki dan ketika ke masjid untuk solat berjemaah. Keterangan yang berkaitan waktu-waktu itu ialah seperti berikut:

i-   Rasulullah saw bersabda “….seseorang wanita apabila memakai bau-bauan, kemudian melewati (melintasi) di hadapan orang ramai dalam sesuatu majlis (yang ada lelaki dan bukan muhram dengannya), maka wanita itu dikira sama (dosanya) dengan zina” (Riwayat Ahmad dan al-Tamizi)

ii-   Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur “Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa Allah swt tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi ……” (abu Daud, an-Nasaie,Ibnu Majah dan al-Baihaqi)

iii-   Dari Zainab as-Saqafi, katanya Rasulullah saw bersabda “Apabila salah seorang daripada kamu hendak ke masjid, maka janganlah memakai bau-bauan” (Riwayat Muslim dan Abu Awwanah)

iv-   Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda “Mana-mana wanita yang memakai bau-bauan, janganlah ke masjid bersolat isyak” (Riwayat Muslim dan Abu Awwanah serta Ashabussunah)
Hadis ini menyebut waktu Isyak, tetapi perawinya sepakat menyatakan bahawa larangan itu meliputi seluruh waktu solat dan Isyak dijadikan sebagai contoh kerana ketika itu paling banyak fitnah bagi wanita.
Imam Nawawi pula tidak menyebut mana-mana waktu solat bahkan dihukumkan haram bagi mana-mana wanita yang ke masjid memakai wangi-wangian.

vi-   Rasulullah saw bersabda “Setiap wanita yang memakai bau-bauan, kemudian melewati di hadapan orang ramai (yang ada lelaki bukan mahram dengannya) dengan niat supaya mereka mencium baunya, maka wanita itu dikira (berdosa) sama dengan melakukan zina”

vii-   Ibnu Hajar dalam kitabnya al-Zawajir berkata “Apabila wanita keluar rumah memakai bau-bauan dan berhias, maka itu termasuk dosa besar walaupun diizinkan oleh suaminya”

viii-   Bagi wanita yang kematian suami, ketika ia masih dalam iddah, maka haram baginya berwangi-wangian. Satu fatwa daripada Imam Syafie “wanita yang kematian suami dan masih dalam iddah (4 bulan, 10 hari), maka dia dilarang daripada memakai bau-bauan”
 
Qaliyubi pula menyatakan “Bagi wanita yang kematian suami,  semasa iddah, maka haram baginya memakai bau-bauan”




nota kaki : “Akan ada pada akhir umatku nanti wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, kepala mereka bagaikan bonggol unta, laknatlah mereka kerana mereka adalah wanita-wanita yang layak dilaknat.”




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Wednesday, February 17, 2010

Sekali Bah Sekali Pantai Berubah

1;08 AM

itulah perumpamaannya. sekali dr fadhly masuk sekali engkau kena heart attack. padahla dia baek je kot. haha. gabra terlebih je minah sorang ni. ya Allah banyaknya kerja dia bagi untuk esok. x siap2 lagi ni.
" tomorrow we'll do recap of today topics. i dont want any errr err. i want you to vomit it out. bila nak jawab soklan tu kena ghairah sket. bila orang tanya tu kena yakin macam tahu even x tahu pun. you all ni tulis ke x apa saya cakap ni?"

x cukup kelakar lagi tu. ada yang lebih kelakar.

" you all nak pergi mana ni?"
" nak balik sembahyang (dup dap dalam hati)"
"you all sembahyang kat masjid ke?"

haha. seb baek dpat control nak tergelak depan dia. kalau x konfim langsung x dapat balik. huhu.




nota kaki: tinggal less than 200 days to P2S2. rajin la diri..




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Tuesday, February 9, 2010

Special Thanks

1142 PM

a few minutes left before habisnya celebration of my bufday today. it was a nice day. and here saja gedik cam nak ucapkan terima kasih secara istimewa kepada orang2 yang berkenaan. hehe. gambar x sempat la nak amik dari cik nat. so d very special thanks goes to

  1. MAK. actually i had a plan to call mak dis morning but end up buat2 bz dekat A&E and terlupa. luckily mak yang call around 11 am. yeah still in A&E but sure la boleh jawab call kan. kan dah cakap buat2 bz je. and all my sisters and brother in laws too. thanks a lot.
  2. pakcik. u noe who u are. thanks coz macam x ikhlas buat super saving (ke apa ntah namamya) untuk call aku selama sejam walaupun sebenarnya aku patut tido awal. ko yang bersalah ko tau x.dah la penat gila ade ECG course pagi tu. memang ko la yang bersalah. sory2 tersilap actually nak cakap terima kasih.
  3. azrul mitsubishi coz belanja i makan dinner dekat simply fish. dah lama nak makan di situ sambil menunggu siapa la yang layak untuk dipow. terima kasih kerana membenarkan diri anda membelanja saya di malam hari jadi saya. hee~
  4. my housemates~tasnim, cik nat, iwa and dina. u guys are awesome. thanks for d cake even ada nama tasnim jugak kat atas tu. hehe. tapi sedap2. mekacih bebanyak ek korang.
  5. to all my friends yang wish through sms and facebook. melaratkan diri balas mesej secara private coz nanti rasa macam diri x dihargai kalau balas mesej secara lari berjemaah. kurang nikmat dunia orang cakap. hehe.

~thanks kak tas for d present~

everything going smoothly today. and it even raining to reduce the heat. x pasal2 cerita pasal cuaca x sesuai langsung kot. ok everybody once again arigato gozaimasu.




nota kaki: and im officially 24 years old gorgeous lady




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Sunday, January 31, 2010

Pindah Randah

1035AM

bersempena dengan masuknya bulan february means bulan yang saya paling suka dalam banyak2 bulan. so saya rasa cam gedik nak tukar background lagi. ouh sory la coz masih ada kaler pink. bukanlah kerana saya seorang peminat tegar pink tapi sebab white template always come with pink. please excuse me for that. hehe.



nota kaki: terasa banyak sangat masa ke sampai rajin sangat pindah randah ni?




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~
Blog Widget by LinkWithin

~The Prayer~

"Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah,
Dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil,
Dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang"

~Oath Of A Muslim Doctor~

"I swear by God,the Great,to regard God in carrying out my profession.To protect human life in all stages and under all circumtances,doing my utmost to rescue it from death,malady,pain and anxiety.To keep peoples' dignity,cover their privacies,and look up their secrets.To be,all the way,the instruments of God's mercy,extending my medical care to near and far,virtous and sinner,friend and enemy.To strive in the pursuit of knowledge and harness it for benefit,but not the harm,of Mankind.To revere my teacher,teach my junior,and be brother to members of medical profession.to join in piety and charity.to live my faith in private and in public,avoiding whatever blemishes me in the eyes of God,His apostie and my fellow faithful.And may God be witness to this oath"

~10 Muwasafat Tarbiyah~

~ Aqidah Yang Sejahtera
~ Ibadah Yang Sahih
~ Akhlak Yang Mantap
~ Luas Pengetahuan
~ Sihat Tubuh Badan
~ Mampu Berdikari
~ Melawan Nafsu
~ Sangat Menjaga Masa
~ Tersusun Urusannya
~ Bermanfaat Pada Orang Lain