Showing posts with label si jelita berfikir sejenak. Show all posts
Showing posts with label si jelita berfikir sejenak. Show all posts

Saturday, July 24, 2010

1 Out Of 7

123 PM

alhamdulillah semalam pergi talk ustaz hasrizal. sapa x kenal beliau memang saja la tu. sangat besh even stat lambat sket n habis pun dah pukul 12. tajuknya 7 langkah kecemerlangan diri. alaa macam steven covey punye tu but this one gabung dengan imam ghazali skali. memang besh. tapi ustaz cuma sempat cakap pasal first habit je which was have controlled of your ownself. banyak sangat benda dia cakap. nak tulis pun xtau nak tulis apa. so apa2 yang ingat je la nak share k.

  1. kecemerlangan = effectiveness = berjaya berperanan
  2. bila dah berperanan maka kita akan "mengecilkan sesuatu yang sebenarnya kecil dan membesarkan sesuatu yang sebenarnya besar"
  3. kita adalah apa yang kita percaya
  4. mengecewakan adalah lebih teruk dari dikecewakan
  5. berusahalah untuk menjadi daripada mencari
  6. memberi adalah lebih bermakna daripada menerima

sekian. tak ingat dah apa. kalau ada lagi program macam ni memang nak pergi lagi. konfim!!





nota kaki: ustaz pesan "jangan ditangisi apa yang sudah hilang, syukurilah apa yang masih ada"





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Saturday, June 12, 2010

Terus Hanyut

900 PM

pernah x kite dengar lagu apa2 pun kita translatekan lagu tu dari sudut ketuhanan. lagu cintan jiwang tangkap leleh semua pakai sapu korang view macam lagu nasyid. pernah x?..kalau x pernah nah amik lirik ni cube try define in islamic way. kalau korang berjaya sila belanja diri sendiri. kalau x berjaya sila denda diri sendiri macam kat Taayah dulu2 siapa lambat solat denda solat sunat rawatib setiap kali solat. itu denda korang xde orang nak check pun tapi ikut kejujuran korang sendiri. so pandai2 la ek.


Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa


Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja


~gambar gedik santai nebby kawen~





nota kaki: selamat pengantin baru nebby. kamu sangat santek tadi~




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Friday, April 30, 2010

Cari Makan

937 PM

dulu x lama dulu orang cakap aku banyak duit. asyik bershopping saja kerjanya. aku xde la plak rasa aku banyak duit tapi at least aku rasa duit aku mencukupi even kalau nak bagi org pinjam seratus 2 ke. tapi sekarang aku langsung x bershopping dah. even shopping makanan pun tidak (tapi makin gemuk apakah?). yang lagi pelik sekarang aku rasa duit aku asyik x mencukupi. pelik binti ajaib. setelah ku berfikir dan berfikir aku still xtau jugak kenapa sekarang duit makin kurang. every month masuk duit rm650 tu rasa macam dah x mencukupi. segala otak fikiran aku yang x jumpe jawapan tu tetibe macam jumpe jawapan petang tadi lepas tgk Al-Kuliyyah. tajuknye cari makan. ustaz Abdullah tu cakap ade 3 cara kite nak tau bahawa rezeki yang kita dapat tu berkat.

  1. rezeki tu memberikan ketenangan kepada kita. aku musykil gak apsal dah masuk duit pun aku cam x tenang gak. duit tu macam dah tau2 je xkn cukup punye. ustaz bagi contoh seorang pakcik di sebuah kampung hanya bekerja memetik kacang (betul ke ni?) gaji pun x seberapa dahtu anak ramai plak tu. 16 orang sume anaknya. tapi dia dapat ketenangan dengan rezeki yang bagi kite x seberapa tu. alhamdulillah anak2 die yang 16 orang tu pun semuanya jadi manusia2 berguna. berkat sungguh rezeki pakcik tu.
  2. rezeki itu sentiasa mencukupi. kalau kite rasa rezeki kita tu x mencukupi mungkin kurang berkat di mana2. kata ustaz mungkin sebab itulah ramai orang kaya yang merasakan rezeki diorang x cukup2. sibuk cari duot siang malam. mungkin kena check balik. mana la tau kan kurang berkatnya di mana. jadi haruslah berasa syukur dengan rezeki yang ada. yang tuhan beri pada kita tu dah mencukupi utk kite pada waktu dan ketika ini mungkin. ini yang perlu kita fikirkan.
  3. dengan rezeki itu kite semakin dekat dengan Allah. even rezeki yang kita dapat tu x seberapa kite berasa seronok untuk bersedekah. seronok nak buat kenduri2 ajak kawan2 makan. dengan rezeki tu badan kita sihat dan kita dapat mengerjakan ibadah. ustaz jugak cakap rezeki2 yang berkat ni manalah tau akan bawak kite tunaikan haji atau bina masjid. ramai manusia zaman sekarang makin banyak duit makin jauh dengan masjid. dan kita cakap rezeki yang dicari itu halal. ya betul tapi adakah cukup keberkatannya. ustaz fahmi last week berpesan "ramai orang yang berjaya mengharungi ujian kesusahan tetapi sangat sedikit orang yang berjaya mengharungi ujian kesenangan" moga kita tidak termasuk di dalam golongan yang lupa diri.



Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “ Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.”
(Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)


 nota kaki: dakwah itu satu tanggungjawab bukan satu pilihan.





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Thursday, March 11, 2010

DariNya Kita Datang

749 PM


dari Nya kita datang kepada Nya kita kembali. today dah genap 2 tahun dia pergi. the pain cant never be replaced. trying to be strong. marilah sedekahkan sekurang2nya Al-Fatihah untuk roh beliau. you will always live in out heart. tahap emosi pada ketika ini tidak tentu arah. and petang tadi terlajak tidur. macam penat sangat sampai x boleh nak bangun. dapatlah mimpi yang menyedihkan tu. everything was so clear like it really happen in front of me. it was so real that i can even feel the touch at my hands. but i regret that i dun get a chance to read what were written there before i woke up. mimpi itu adalah mainan syaian. istighfar banyak2. astaghfirullah hal aazim.





nota kaki: moga roh ayah di tempatkan bersama orang yang beriman.





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Sunday, March 7, 2010

Busuk Biar Bertempat (BBB)

4:11 PM

Courtesy Of  UstazMelaka.Net

Waktu haram bagi wanita berwangi-wangian

Waktu-waktu yang dilarang ialah ketika keluar rumah untuk ke majlis yang dibenarkan oleh syarak, di hadapan lelaki ajnabi, bertujuan untuk memikat lelaki dan ketika ke masjid untuk solat berjemaah. Keterangan yang berkaitan waktu-waktu itu ialah seperti berikut:

i-   Rasulullah saw bersabda “….seseorang wanita apabila memakai bau-bauan, kemudian melewati (melintasi) di hadapan orang ramai dalam sesuatu majlis (yang ada lelaki dan bukan muhram dengannya), maka wanita itu dikira sama (dosanya) dengan zina” (Riwayat Ahmad dan al-Tamizi)

ii-   Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur “Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa Allah swt tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi ……” (abu Daud, an-Nasaie,Ibnu Majah dan al-Baihaqi)

iii-   Dari Zainab as-Saqafi, katanya Rasulullah saw bersabda “Apabila salah seorang daripada kamu hendak ke masjid, maka janganlah memakai bau-bauan” (Riwayat Muslim dan Abu Awwanah)

iv-   Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda “Mana-mana wanita yang memakai bau-bauan, janganlah ke masjid bersolat isyak” (Riwayat Muslim dan Abu Awwanah serta Ashabussunah)
Hadis ini menyebut waktu Isyak, tetapi perawinya sepakat menyatakan bahawa larangan itu meliputi seluruh waktu solat dan Isyak dijadikan sebagai contoh kerana ketika itu paling banyak fitnah bagi wanita.
Imam Nawawi pula tidak menyebut mana-mana waktu solat bahkan dihukumkan haram bagi mana-mana wanita yang ke masjid memakai wangi-wangian.

vi-   Rasulullah saw bersabda “Setiap wanita yang memakai bau-bauan, kemudian melewati di hadapan orang ramai (yang ada lelaki bukan mahram dengannya) dengan niat supaya mereka mencium baunya, maka wanita itu dikira (berdosa) sama dengan melakukan zina”

vii-   Ibnu Hajar dalam kitabnya al-Zawajir berkata “Apabila wanita keluar rumah memakai bau-bauan dan berhias, maka itu termasuk dosa besar walaupun diizinkan oleh suaminya”

viii-   Bagi wanita yang kematian suami, ketika ia masih dalam iddah, maka haram baginya berwangi-wangian. Satu fatwa daripada Imam Syafie “wanita yang kematian suami dan masih dalam iddah (4 bulan, 10 hari), maka dia dilarang daripada memakai bau-bauan”
 
Qaliyubi pula menyatakan “Bagi wanita yang kematian suami,  semasa iddah, maka haram baginya memakai bau-bauan”




nota kaki : “Akan ada pada akhir umatku nanti wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, kepala mereka bagaikan bonggol unta, laknatlah mereka kerana mereka adalah wanita-wanita yang layak dilaknat.”




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Saturday, February 20, 2010

You Spell BITCH!

1:09 AM

next week d last week for A&E posting. overall besh and rasa cam pergi camping wih a lot of LDK. even sebenarnya xde latihan pun. but few days ago cam ada benda cam hampeh jd. arini dah x ingat sangat wat happen tapi kalau fikir rasa cam menyampah gila.

someone in d A&E. agaknya dia rasa hebat sangat kot. ok fine kitorang memang tidakllah berfungsi sangat dalam tu kan but HELLO ingat kitorang ni apa. perlukah memerli orang bila mahu minta tolong and please la even kalau kitorang ni malas sangat pun nak g A&E tu we all tahu lagi kot nak wat A&E. macam la final year ni baru 1st time kitorang jumpe mesin ECG tu kan. baru senior berapa tahun je kot tak payah la nak kecoh kot. dah engkau grad oversea apa ingat engkau yang paling hebat. walaupun saya memang x hebat tapi tidak perlulah anda jadi begitu BIATCHY ok?

its already noon and we all were ready tu balik dah pun when manusia ni ask us
"boleh tolong watkan ECG x untuk patient ni? (sila baca dengan gaya Oh My Gucci fazura k)
" owh boleh2. patient mana?" saya yang baik hati bertanya
"u all final year kan? tu guna dat machine" hello ingat kitroang ni x tau ke itu machine ECG
" aah" jawab dengan rasa ko tolong jgn bitchy sgt bleh x
" u all dah kat sini for a few days dah kan. kalau x reti wat ECG tu macam x guna la kan"
Oh My Gucci. seriously. tolong jangan look down on other people and bajet u sangat hebat. ok gelimat aku. like derrr.

saya bukanlah berniat mahu menghina atau memaki hamun sesiapa di sini. and i dun even mention a name here eventhou i know dia x baca my blog kan. but silalah ambail pengajaran. janganlah terlalu pandang ke atas sampai batu kat kaki pun x nampak. nanti kalau jatuh bangun sendiri la wei. ntah pape perumpamaan ni. haha.


~penghargaan untuk cik nat~



nota kaki: friends lets us be a "good" ho when we graduated later k.




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Saturday, January 9, 2010

I Take It As A Compliment

1213AM

i take it as a compliment when my friends

~ say yang ada orang puji semakin lawa skang. auwww. haha. terharu kot. tidak mahu memandang negatif kata2 itu. just take it in a positive way. bak kata kak nurul "wah balik dari india dah jadi macam aishwarya rai" mungkin kerna contact lens hijauku. heh!

~ berlari2 dari dapur ke ruang tamu suruh merasa hasil masakannya. terasa diriku seperti iron chef. heh. dan ada juga ketika mereka baru pulang dari kelas lalu masuk ke rumah sambil memuji keharuman masakanku yang seperti lazat gitu.

~ memuji kesungguhan bermain for batch even usaha itu hanyalah untuk mencukupkan korum so bolehlah masuk game kalau x kalah sia2 plak kan. but then still we won netball and volleyball. kudos!!!!

~ memuji kebijaksanaan menyimpan duit untuk masa depan. haha. bijak wang orang cakap. and sometimes i wonder jugak betulkah saya seorang yang bijak menguruskan wang coz siapa2 yang rapat dengan saya sure know how i spend my money. i like to look gorgeous! which means panas!!! Oh My Gucci!! every kenduri pun nak beli baju baru even my sis will really get mad coz i spend a lot but still ade orang nak give such a compliment. thanks a lot!





~credit to hash~


nota kaki: i take it as a compliment when people say i eat a lot but i still kurus kering. bwahaha.





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~


Saturday, December 12, 2009

C.I.N.T.A

3:01 AM

Cinta adalah kekuatan yang mampu
Mengubah duri jadi mawar
Mengubah cuka jadi anggur
Mengubah sedih jadi riang
Mengubah amarah jadi ramah
Mangubah musibah jadi muhibbah
Itulah cinta
~Ayatul Husna




Sekalipun cinta telah kuuraikan dan ku jelaskan panjang lebar,
Namun jika cinta kudatangi
Aku jadi malu pada keterangan ku sendiri
Meskipun lidahku telah mampu menguraikan
Namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta
Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keldai terbaring dalam lumpur
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan

~Anna Althafunnisa




nota kaki: takziah kepada Teh Afifah. Allah lebih mencintai suamimu. Al-Fatihah






~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Tuesday, December 8, 2009

TV Yang Kasihan

12:44 AM

since balik cuti sem tu, tak berhenti2 saya mengajak cik nat untuk membeli aerial tv baru kerana saya kasihan dengan tv kat rumah sewa kitorang yang hanya dapat tv3 and tv2. x ke kesian tu. walaupun dah banyak kali memujuk hinggakan iwa cakap lebih baik beli rice cooker baru dari beli aerial tv, kitorang x beli2 jugak aerial tv baru. haha. kesimpulannya baiklah jangan tengok tv. nur kasih pun dah habis bukan ada citer besh nak tengok lagi memandangkan kitorang punye feveret hanyalah nur kasih. haha. and setiap kali memujuk cik nat itulah saya mengutarakan alangkah seronoknya kalau dapat channel lain coz boleh tengok idola kecil kat tv9. haha. serius idola kecil dah menjadi realiti tv feveret saya skang sebab bila budak2 yang menyanyi macam sangat comel dan x buruk cam orang besar. haha.so last saturday kerana x dapat channel tv9 maka terpaksalah saya membuka online tv9 untuk menonton idola kecil kesayangan. hee~. last week punya episod sedih ok bila sam nak ganti tempat nurul untuk kena eliminate. sadis gila coz sam nyanyi sedap n cumil. dah la malas nak cakap dah coz korang sure kutuk gak sebab suke tengok idola kecil kan. nyampah la korang ni. sporting la sket.


but before stop, introducing my feveret contestant------> azzam (dia sangat comel n suara besh)




and last week sam nyanyi sangta besh. menusuk kalbu gitu. haha poyo.






and sam tarik diri at the ending. serius x tipu menyentuh hati. apa pasal xtau la.





nota kaki : jelita or saya yang lebih comel? haha





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Sunday, November 22, 2009

Hikmah Di Sebalik Kejadian

6:52 PM

masa last semester holiday, other than pergi elektif, almost 2 weeks la jugak duk umah goyang kaki. and kerana tiada pekerjaan tetap di rumah selain dari tengok tv, banyak masa dihabiskan dengan berfikir (atau lebih tepat berangan). and one thing yang tetibe rasa cam bersyukur masa tu is 'ada hikmah disebalik kejadian'. rasanya x payah la disebut apakah kejadian tu tapi somehow i guess it make me become someone else. maybe worse or maybe better. suatu hari tu macam tetiba ada satu feeling yang datang yang buat rasa sangat lega for all the things that happened. bila duduk lepak dengan mak petang2 sambil tengok tv i guess i start to understand it better. sekarang even the smallest thing that happen i like to think that way. "mesti hikmah di sebalik semua ni". okla mesti pening kan. jelita bagi contoh la ek.

contoh 1

sehari sebelum balik melaka, jelita mesej one friend ajak lepak kat kl and surprisingly the reply is "sape ni?" kerana jelita seorang yang berfikiran jauh so jelita x reply mesej tu. and the result is jelita sampai melaka pukul 1 lebih ahad tu. so sepetang tu jelita mengemas bilik yang macam tongkang pecah dengan intensifnya. nampak x hikmah kejadian ni. even x dapat lepak ngn member xpe la coz kalu x konfim hari isnin pun jelita x leh nak tido dalam bilik tu lagi.


contoh 2

mula2 rasa malas sangat nak pergi elektif awal2 coz sume orang x start lagi masa tu but guess wat jelita habis awal. so masa mak nak g haji jelita dah ada kat rumah. xke hikmah itu sangat besh.even duduk rumah lama2 menyebabkan perasaan malas nak balik kolej membuak2. one day masa jelita bermandi manda dengan my sis, die pun cakap the same thing. ada hikmah jugak semua ni kalau x mesti susah sekarang ni. sigh. xtau ape perasaan masa tu. sedih, lega bercampur baur.but alhamdulillah.


so after all these, jelita tought jelita dah jumpe hikmah di sebalik kejadian tu. lega rasanya. tapi why arini bila i go back 'there' tetibe timbul satu perasaan pelik. i dunno if dat is wat people 'rindu' or just 'im still stuck there'. whatever it is there is one thing for sure semua tu is history. i will never go back there again! fullstop.




nota kaki: tak mungkin kerana sayang-alyah. jika kita berhenti hari ini, kita takkan apa yang esok akan sajikan untuk kita. be glad we not given up.





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Thursday, November 19, 2009

Aiman Tak Kisah

9:02 PM

mesti siap tulis entry ni b4 kul 930. ok this is a story of Mohd Aiman Wafiy dengan makciknye yang Jelita.


Aiman: Ape die naik bukit turun bukit naik bukit turun bukit jupe tiang ade titik lepas tu tiang xde titik lepas tu jupe kolam.
Makcik: terdengar Haziq bisik jawapan kat belakang. hehe makcik dah tau (korang nak tau pikir la sendiri)
skip babak yang x penting.
Aiman: makcik tengok x cerita Cinta Dugung dan Duyung (x sure maybe terbalik kot)?
Makcik: x tengok. bukan besh pun cerita tu.
Aiman : Besh la makcik (budak2 cerita cmni pun suka). tapi sebenarnya aiman bukan suka sgt pun. aiman cuma suka lagu yang last tu je (control macho plak dia)
Makcik : lagu ape?
Aiman: aku bukanlah superman, aku juga bisa nangis (sambil menyanyi dengan agak sedapnya)
Makcik: owh lagu tu ke. ape yang Aiman suka?
Aiman : sebab budak sekolah aiman kan makcik diorang nyanyi lain. diorang nyanyi camni
"aku bukanlah superman, aku juga bisa romen". haha (aiman gelak besar)
Makcik: aiman sukala tu ek. ke aiman yang ajar kawan2 ni (dengan nada seorang makcik yang tegas)
Aiman: bukan aiman yang reka. aiman dengar je.
Makcik : gatal la aiman ni.

budak2 zaman sekarang kecik2 dah pandai bende2 camni. time kita kecik2 dulu naif je. hee~

Aiman: alaa makcik budak sekolah aiman teruk. lepas pendidikan jasmani kan, budak laki ajak budak perempuan g bilik persalinan (budak2 guna ayat skema aje). masa tu cikgu takda. diorang main lari2 la.
Makcik: ke aiman pun ikut skali.
Aiman: mana ada, aiman duduk dalam kelas je.
Makcik: alaa aiman memang la mana ade bersukan sebab tu badan dah debab. haha (sekarang saya pula gelak besar dengan diorang)
Aiman: alaa biarlah.:P aiman x kisah.


bagus aiman sebab x kisah x aktif bersukan asalkan tetap disukai cikgu sebab selalu periksa no 1. syabas bete. makcik memang bangga dengan aiman. biarlah badan debab asal jangan ikut perangai kawan2 yang x elok. gila macam makcik mithali ni. harap maklum nama sekolah aiman terpaksa dirahsiakan untuk tidak menjatuhkan nama baik sekolah. Sekian.





nota kaki: biar badan debab asal otak x lembab. hidup aiman!!






~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Monday, November 16, 2009

I Thought Im Gonna Cry

tetibe malas plak nak tulis.
esok la plak sambung. 
x larat esok nak g muar. 
chow.





nota kaki: hati sayu teringat kat mak







~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Tuesday, November 10, 2009

Don't Judge Me, You Don't Know Me

auto published entry

arini adalah 20 syawal. tapi apa yang jelita nak cerita ni berlaku pada 2 syawal. yeah balik ke melaka pada 2 syawal bukanlah satu perkara yang amat dinantikan. cam hampeh korang tau x. naik bas, naik putra lrt and sampai la kl sentral. it was almost 7pm. memandangkan janji nak balik kul 9 so i decide tu lepak dulu kat surau kl sentral tu. dengan sekilas pandang je konfim orang tau jelita baru balik kampung dengan beg hijau strikingku itu. tetibe rasa cam nak g toilet so tanpa berfikir panjang suka hati tinggal je beg hijau tu kat dalam surau. and at dat time it was empty. xde satu makhluk pun. bila balik dari toilet tengok ade selipar hijau (hijau lagi) kat pintu.perlahan2 try nak menjenguk ke dalam.


mak engkau tetibe ade sorang pompuan ni yang ku panggil budak (coz nampak cam budak lepas spm je) berlari muncul depan pintu. terkejut den dibuatnye. at first macam pandang sekilas je tapi cam terfikir eh die pakai short ke? owh alhamdulillah at least pakai short pun ingat nak solat kan even di hujung2 waktu. kitorang sembang kejap. tak tau kenapa dalam hati jelita masa tu cakap baik budak ni. wah gaya cakap macam ustazah plak dah. berdua dalam surau tu jelita just perhatikan je budak ni. after die solat die terus tido atas sejadah tu. dalam hati jelita (banyak plak dalam hati dia) cakap cam penat je die ni. 2 3 minit before maghrib tetibe budak ni terjaga and terus bersiap, dia cakap " ya Allah, macam mana boleh tertido plak ni" owh rupenye die tertido.hehe. ingatkan die saja nak tido tadi. by that time masuklah seorang ibu bersama 2 orang anak dia. budak ni dah cam malu "janganlah pandang sini, dahla pakai skirt pendek ni" owh rupenye jelita tersilap tadi bukan short pant but skirt. and jelita tersilap jugak ingatkan dia saja tido nak tunggu maghrib rupenye tertido. hehe.



lepas siap budak tu lipat telekung and sejadah die terus nak blah la. jelita hanya tersenyum je kat dia. die pun jalan ke pintu nak keluar. tetibe die patah balik and datang dekat jelita "selamat hari raya kak" jelita terkejut and senyum and wish selamat gak. tetibe terharu kat situ. serius x tipu. haha. after jelita dah maghrib and buat sume yang patut untuk habiskan masa sampai la kul 8. sambil jelita bersiap nak blah tu tetibe budak tu datang balik untuk solat maghrib. skali lagi dalam hati jelita cakap bagus jugak budak ni. and jelita pun blah. tiada lagi sesi bersenyum2


ape la yang dibebelkan panjang2 ni. macam x besh langsung cerita ni. tapi sebenarnya budak ni membuatkan jelita berfikir supaya don't judge a book by its cover. ramai yang pakai tudung pun selamba yaya je x solat. tapi janganlah salah anggap jelita suruh korang berskirt pendek plak ek. bende ni jugak buat jelita berfikir mana lebih baik-bertudung and menutup aurat tapi x solat atau berskirt pendek tapi x tinggal solat?

"berkat x berkat tu kite serah pada Allah jela dik ek"- antara garisan



~sekadar memberi gambaran~




nota kaki: x kisah orang nak cakap apa pasal aku. even u judge me, u still dunno me





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~
Blog Widget by LinkWithin

~The Prayer~

"Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah,
Dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil,
Dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang"

~Oath Of A Muslim Doctor~

"I swear by God,the Great,to regard God in carrying out my profession.To protect human life in all stages and under all circumtances,doing my utmost to rescue it from death,malady,pain and anxiety.To keep peoples' dignity,cover their privacies,and look up their secrets.To be,all the way,the instruments of God's mercy,extending my medical care to near and far,virtous and sinner,friend and enemy.To strive in the pursuit of knowledge and harness it for benefit,but not the harm,of Mankind.To revere my teacher,teach my junior,and be brother to members of medical profession.to join in piety and charity.to live my faith in private and in public,avoiding whatever blemishes me in the eyes of God,His apostie and my fellow faithful.And may God be witness to this oath"

~10 Muwasafat Tarbiyah~

~ Aqidah Yang Sejahtera
~ Ibadah Yang Sahih
~ Akhlak Yang Mantap
~ Luas Pengetahuan
~ Sihat Tubuh Badan
~ Mampu Berdikari
~ Melawan Nafsu
~ Sangat Menjaga Masa
~ Tersusun Urusannya
~ Bermanfaat Pada Orang Lain