Showing posts with label D old and bold jelita. Show all posts
Showing posts with label D old and bold jelita. Show all posts

Thursday, September 30, 2010

Bye Bye

1213 AM

im going back home tomorrow. and this time its for good. tak tau la rasa ape. arini sangat penat. awal pagi bangun g interview. balik before 1 then g lunch. after zuhur terus keluar untuk berjumpa lecturer2. haruslah berterima kasih atas segala tunjuk ajar dan macam2 lagi they had done so far. a very very much thank you all the lecturers. and i become quite emosional tetibe masa jumpe dr prachi. tetibe kan padahal bukanlah baik sangat pun dengan dia. but somehow dia yang amik myak.  long case. so haruslah terharu boleh pass even merapu je banyak. ok esok2 pagi dah kena ready nak balik plak. alhamdulillah dah siap packing barang. esok tinggal nak angkat masuk keta je. xtau la muat ke x. iwa cakap barang punyalah banyak macam balik naik lori je. haha. ok dah sakit belakang dah ni x larat sangat dah. till we meet again blog. take care. im gonna miss u!!






~seronoknye ltak gabr byk2 n besar2. haha~






nota kaki: akan merindui budak2 kecik shida, sara and naufa. thanks shida and sara for the gift!






~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Sunday, September 26, 2010

A Big Phewww!!

1030 AM

alhamdulillah. now u can officially call me a doctor!! thanks Allah. sangat relieve. even i didnt study as much as others. like Am who deserve it more but still i really want it too. Am ko memang hebat but maybe Allah nak suruh ko bertambah hebat lagi. dun give up. we will grad together next year k. Am haruslah terharu aku tulis begini di sini.



~mood menghabiskan d last moment in malacca~


xtau nak describe macam man this feeling. sangat2 bersyukur. thanks a lot to my mom especially coz i know her prayers that bring me here. without her im not sure if i can ever get thru dis. all my sisters and brothers. di atas sumbangan dari pelbagai sudut kewangan terutamanya. kalau x pass kali ni xtau la cmne nk minta duit lagi utk byr fee lagi. huhu. frens yang dekat jauh. all geng etok, taayah's and even frens from primary school. thanks a lot guys! tidak dilupakan juga my special thanks goes to my study grupmate - bayani, rahim, pakwan, kay, man, am, afie, intan, shydee and jijul u guys rox! for my housemate too kak dina, cik nat n kak fyd. terima kasih menemani jalan2 payah ini bersama. owh sgt emosional. gedik sungguh. chow!!






nota kaki: congratulations to all my fellow frens in batch 17!! we r the best!!






~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Thursday, September 23, 2010

yuhuu!!

150 PM

wow. sila kira sudah berapa lama diri ini tidak menulis di sini. ye saya buat2 bz walaupun memang sepatutnya saya bz. ok now saya dah habis exam. alhamdulillah dah habis. tapi result x keluar lagi so kena tunggu dengan berdebar lagi. dan banyak cerita besh nak cerita dulu dah jadi basi maka dah jadi x besh. bulan ni cam biasa sume org cerita pasal raya. ok raya xde cerita nak cerita pun. kesedihan di malam raya berperasaan seperti anak yatim piatu walaupun hakikatnye saya cuma anak yatim saja.

tapi bulan ni jugak banyak bende berlaku selain dari final mbbs i yang menyebabkan i macam preoccupied gila dengan study sampai cam xde life dah. bajet je ko rajin study. selain dari itu

11hb sept: dapat lagi sorang anak buah. asyik keje tambah anak buah je. anak sendiri bila lagi. ni orang lain yang suke tanya malas nak layan. kali ni my sister dapat baby boy. ridza shaheem bin ridza affendi. dah dapat sepasang korang.



 ~bersyukur sempat berjumpa tokwan di raya pertama~

13hb sept: tokwan my only tokwan yang i berkesempatan untuk berjumpa kembali ke rahmatullah pada umur 89 tahun. sedih. coz x sempat berbakti kat tokwan. i went back to melaka on 12th. d next morning my sis call bagi tau tokwan meninggal. nyesal balik awal sgt ke melaka. tapi tula kan sebab kite ni org biasa mmg xtau apa yg akan terjadi. moga roh tokwan tenang di sana.

~ini gbr gedik dalam masjid~


ok daa. saja nak update sebab kesian kat blog ni. kang lepas ni dah stat cuti makin lama la x jenguk dia. kang dah stat keje lagi lama la dia akan diabaikan. so sementara mereka masih ada berbaktilah dan hargailah mereka. pesanan khidmat masyarakat.



nota kaki: mimpi saya tentang long case betul2 jadi real. kak fyd memang terharu dengan i. ramai yang x sangka tuhan pemurah dengan hamba dia yang pemalas ni.






~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Saturday, July 24, 2010

1 Out Of 7

123 PM

alhamdulillah semalam pergi talk ustaz hasrizal. sapa x kenal beliau memang saja la tu. sangat besh even stat lambat sket n habis pun dah pukul 12. tajuknya 7 langkah kecemerlangan diri. alaa macam steven covey punye tu but this one gabung dengan imam ghazali skali. memang besh. tapi ustaz cuma sempat cakap pasal first habit je which was have controlled of your ownself. banyak sangat benda dia cakap. nak tulis pun xtau nak tulis apa. so apa2 yang ingat je la nak share k.

  1. kecemerlangan = effectiveness = berjaya berperanan
  2. bila dah berperanan maka kita akan "mengecilkan sesuatu yang sebenarnya kecil dan membesarkan sesuatu yang sebenarnya besar"
  3. kita adalah apa yang kita percaya
  4. mengecewakan adalah lebih teruk dari dikecewakan
  5. berusahalah untuk menjadi daripada mencari
  6. memberi adalah lebih bermakna daripada menerima

sekian. tak ingat dah apa. kalau ada lagi program macam ni memang nak pergi lagi. konfim!!





nota kaki: ustaz pesan "jangan ditangisi apa yang sudah hilang, syukurilah apa yang masih ada"





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Wednesday, July 14, 2010

ok im so overwhelmed!!

301 PM

x pasal2 ptg ni aku hyper. tgk punye la hyper title pun aku x caps.ni suma salah si noni. xleh nak bayangkan keciknye dunia ni. haha. dulu aku pernah masuk ukm amik pharm.hons untuk 2 weeks before fly g india. and believe it or not i still have frens there. start with deelyn as my rumate sekejap (1 week kot) masa orientation and as (1 week gak) as supposed-to-be-roomate-for-whole-sem. but neway deelyn sama matrik n dia kawan aleng so mmg dah kenal. siap ada rahsia2 lagi. haha. but back then mereka yang paling rapat dengan saya adalah budak2 gang netball. x caya wei aku main netball wakil kolej tun syed nasir. yeah betul itu nama dia. hahaa. gang netball adalah paling besh.

but since aku dengan diorang juz 2 weeks je macam nak lepak2 bersama tu kurang la. lagipun aku pk ntah2 diorang dh x igt kat aku.huhu. rupenye TIDAK!! nur nadia mohd arifin atau lebih aku kenali dengan nama noni sebab nama tu aku yang bagi.sampai skang aku x tau nama panggilan dia yg btol apa. haha. dia kawan war yang merupakan besh gurlfren aku gak from kmpp. diorang lagi la kenal sejak kecik kot. dah boleh jumpe plak dlm fb. n jumpa plak huda. owh huda i really mishhhhhhhhh u. memang saya close dengan gang2 netball tapi paling rapat adalah dengan huda. rela je dia layan lawak bebal aku. haha.

korang jom la jumpe aku nak paw gaji korang yang beribu2 tu. kata huda dah jadi lecturer kan. hehe. seriusly aku terus jadi hyper jumpe korang kat fb. tolong la terharu dengan aku.sila tunggu aku habis exam mari kite berpeleseran.





nota kaki: once a friend will forever be a friend. xoxo





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Monday, June 21, 2010

Kamu Tahu Tak

810 PM

maunye ada orang bunuh aku kalau aku habiskan soalan kat atas tu. kamu tahu tak balik kampung jumpe mak seronok? haha. yeah lagi2 kalau dah 3 bulan kamu x balik jumpe mak. mak pun macam tertunggu je kamu balik. seronok bukan. haha.

so last week nak dijadikan cerita saya balik dengan berpandukan maklumat yang saya telah google. gila engkau nak balik kampung pun nak kena google ke. apa x pernah balik kampung naik bas ke sebelum ni. luckily i google tau. sekali type "melaka bukit jalil tg malim" keluar yang tak diingini. "jalan hang tuah" ambik engkau dah la aku ni membesarkan kat perak mana tau jalan2 kat kl tu. setelah digoogle lagi maka dapatlah idea untuk naik bus ke seremban dulu then baru ambik bus kl aka jalan hang tuah. ok dari melaka kul 9 sampai seremban kul 1030. bengang betol aku. bukannye jauh sgt pun kan sejam setengah ni patut dah sampai kl dah pun. tapi xpe bersabar coz dah cuak x pernah aku sampai kat terminal 2 ni. sudahnya nak bali tiket kat mana pun xtau.

xtahu la nasib baik ke x ade sorang brother ni tetibe muncul jaul tiket nak g kl. aku pun ok kan je beli tiket tu. yang aku x boleh blah dgn brother ni dia bukan main lagi suh aku cepat."cepat dik buas nak jalan dah ni. turun je tangga ni tunggu je kat pintu depan tu" ok la aku pun terkocoh kacah (sendiri punya ayat) turun escelator keluar pintu. haprak satu bus pun xde. aku dah cuak dah. eh salah pintu ke aku ni. ok g tgk pintu blkg plak xde jugak bus sks ni. ok aku g balik kat pintu depan tggu punya tggu sampai kul 11. panas btol aku. mana busnye tadi bukan main suh aku cepat. aku pun g naik balik tny kat brother tu. "mana bas tiket ni bang" masa tu dah bergenang2 dah airmata. xkan la nak sesat kat seremban ni kot. aku rasa brother tu pun dah nampak muka aku bengang dan cam nak nangis dah die pun call driver tny kat mana. rupenye bus x sampai lagi. banyak kali la jugak die minta maaf ngan aku. sapa suh ko suh aku cepat2 td.

sekali x abih lagi nasib malang. dari seremban kul 1110 sampai kl kul 1. ok terus pakcik tg malim panggil " bus kul 1" banyak la kau kul 1 setengah jam aku tunggu dalam bas siap tahan nak terkencing 140 baru gerak. panas hati betol aku. dahnye last2 kul 4 baru aku sampai umah tercinta. korang sila bayngkan sekarang. haha dari awal citer xde satu pun yang besh lagi kan.

masuk part besh. sabtu bercucuk tanam dengan mak. ok i bangga dengan diri berjaya tanam 20 batang pokok. x ingat la apa nama pokok tu. then ikut mak pergi kenduri macam kecik2 dulu. masa kat kenduri tu tengah2 makan aku terdengar2 la orang sebut2 azian. banyak kali la jugak tapi aku x pandang la kan coz nama aku bukannya azian pun. tapi dah lama sangat aku geram aku pun pandang la makcik tu. die terus tanya aku "azian ek?" hehe aku senyum je. "bukan, itu akak saya" sekali makcik sebelah aku nak tunjukkan ketereran dia plak "ni edah kan?" hehe aku senyum lagi "bukan, itu kakak saya. saya adik bawah edah" makcik2 berkata " muka korang ni sama je adik beradik. huhu.makcik kenal azian je" rupanya aku paling x glemer dalam ramai2 adik beradik. ciss. haha. banyak lagi nak cerita tapi aku pun dah larat nak taip korang lagi la x larat nak baca kan. so daa. chow chin chow~


 ~azian berbaju hijau dan edah bertdung hitam putih. ada sama ke?~






nota kaki: kak laila tegur saya di ward tadi padahal aku cube nak lari. haha.tetibe terasa glemer balik.





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Thursday, June 17, 2010

Lesson No 5

635 PM

medicine posting done! welcome to hell. surgery here i come. semakin dekat dengan p2s2 semakin i realized im not ready yet to be a doctor. mungkin untuk menjadi final year medic student juga tidak layak. otak kosong. like Prof Choo said "u all are like cartoon." did u get wat he meant by that. kitorang ni lebih sesuai masuk raja lawak dari masuk medic school coz lawak sgt. wat examination pun bleh jadi lawak ke. haish. after all, i think i like medicine posting eventhou at first macam menyampah gila dengan dr yashodara. but at last die macam sangat fun. ok la maybe x sefun lecturer lain but he is still nice. and i had decided to balik kampung tomorrow. yeah at last eventhou not sure apakah motif utama untuk pulang pun. huhu. yet im already so excited now. harap esok tidak sesat di mana2 kerana sudah lama tidak balik umah sampaikan bus station pun dah tukar tempat sekarang.



drama dua babak
take 1 : main actor - Prof Choo
" i think we should take video during examination then we can see how pale the student is. noor, u already pale now. how much is your Hb? or are u usually this fair all the time?"
~ tq sir i take it as a compliment the latter part. haha

take 2 : main actress - Dr Lakshmi
" i think u are doing good. u pick up the cyanosis but u said he is not in distress when he already had cyanosis. but afterall i think u and s------ are the most cool during presentation. and i think u did better on systemic examination. i borrow u this cd but u have to return it tomorrow"
~ im so encouraged by the fact that im cool during presentation which i really doubt it. and vikram jealous i got the cd. haha.






~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Friday, June 11, 2010

Malas Nak Fikir Title

600 PM

dengan tidak semena diri terasa nak menggedik kat blog kecintaan. kesian hanya bercintan dengan blog. pathetic gila kau. apa yang nak cakap sebenarnye kan dah terlupa. memang la lemah ingatan betul budak sorang ni.

dulu kan. dulu. adalah satu episod sedih dalam hidup saya yang saya bajet macam paling sedih selepas kejadian pemergian ayah tu. tapi peliknye saya bersedih macam melebih2. tapi kira ok la jugak coz saya bagi tau awal2 kat diri sendiri kena get better paling lama pun in 6 months. sebab kalau lepas 6 bulan still x ok boleh dikategorikan chronic depression. x sure sangat tapi rasanya DSM-IV cakap macam tu la kot. pada yang xtau apa itu DSM-IV boleh la g google ek. hehe.

tengok2 dah lupa balik nak cerita apa. okok. masa tu biasa la kan orang bila bersedih baru nak ingat tuhan. so banyak la jugak azam baru yang saya buat yang saya rasa boleh menggembirakan saya kalau x sekarang pun mungkin di masa depan. jadi sekarang ni takde la baik bebenor tapi pada pandangan saya (pandangan diri sendiri je ni jangan percaya sangat) saya dah makin berubah at least at some parts. so sekarang bila tengok kawan2 yang dulunye bertudung sekarang menyeksi rasa macam semacam dalam hati. sedih. sebak pun ada. bukan untuk diri mereka sedih itu. tapi sedih pada diri sendiri yang tak mampu nak tunjukkan kasih sayang pada mereka ni. dulu dekat Taayah selalu orang cakap "kita taknak masuk syurga sorang2. kita nak masuk syurga ramai2." ramai kita salah anggap. atau mungkin ramai kawan kita akan salah anggap bila kite tegur mereka ingat kita ni x sayangkan mereka. mungkin lebih teruk ada yang kata kita jeleskan mereka. dahla aku dah banyak merepek kat sini. so kesimpulannya

- aurat perempuan itu adalah satu badan kecuali muka dan tapak tangan.
- pakai baju lengan sampai siku still nampak auratnye
- pakai lengkap semuanya tapi x pakai stokin still nampak auratnya (ok kutuk aku sekarang sebab aku pun kekadang je pakai)
- aku x kata aku baik. mungkin dulu aku 100 kali lagi haprak dari korang. sekarang pun aku still haprak cuma maybe dah tinggal 30 kali je.so aku nak tegur korang x reti cara baik kang ada yang merajuk setahun. so korang faham2 la sendiri. tapi aku x kisah kalau korang nak tegur apa yang aku salah. sehari pun aku x merajuk. betul x tipu.


Drama sebabak
Prof : u didnt finish clerking ur patient. God will ask u later what have u done as a doctor.
Us: hmmmm. smiling meow meow.
Prof : even God knows ur name how come u didnt know ur patient's name.
( prof bukan seorang muslim tapi beliau percaya tanggungjawab beliau sebagai doktor akan disoal kelak oleh tuhan)
aku terkesima. sedangkan seorang non-muslim menjaga amanah tuhan kepadanya mengapakah aku seorang muslim tidak berbuat demikian. aku seorang student maka aku wajib study. sekian~



~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Saturday, June 5, 2010

Wealth or Wisdom?

745 PM

hati kita makin gelap tanpa kita sedar apabila kita semakin jauh dengan ilmu. diri sendiri bole rasa akan kegelapan tu. belajar susah nak masuk dalam otak. baca buku rasa sangat mencabar. hubungan dengan manusia dan Allah pun semakin jauh. apatah aku membebel kat sini. sigh~

Suatu hari Syaidina Ali a.s ditanya tentang perbezaan antara ilmu dengan harta, lalu beliau menjawab seperti berikut:-

1. Ilmu adalah warisan dari nabi-nabi sedangkan harta adalah warisan dari Firaun, Syidad dan Namrud.

2. Orang yang berilmu banyak mempunyai kawan , sedangkan orang yang berharta akan banyak musuh.

3. Ilmu kalau di berikan kepada orang lain ia akan bertambah, harta jika diberikan kepada orang lain pasti akan berkurang.

4. Orang berilmu disebut "kariim" (mulia), sedangkan orang kaya disebut "bakhil"(kedekut)

5. Harta mesti dijaga takut dicuri atau hilang, Ilmu dia akan menjaga kita.

6. Orang yang berharta akan dihisab, sedangkan orang berilmu mendapat syafaat.

7. Harta pasti akan rosak dimakan zaman, sedangkan ilmu tidak.

8. Harta akan mengeraskan hati, ilmu akan melembutkan hati.

9.Orang berharta akan mengaku sebagi tuhan, orang berilmu pasti akan mengakui dirinya hamba Allah SWT.







drama sebabak (depan hospimart)


Abdul : assalamualaikum doctor.
Doc : waalaikummussalam.
Abdul : apa khabar doc? lama x nampak
Doc : badan sihat cuma iman je lemah. (subhanallah) ingatlah bahawa mati itu pasti. ini perkara benar bukan main2 tau.






~EVERYODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Friday, April 30, 2010

Cari Makan

937 PM

dulu x lama dulu orang cakap aku banyak duit. asyik bershopping saja kerjanya. aku xde la plak rasa aku banyak duit tapi at least aku rasa duit aku mencukupi even kalau nak bagi org pinjam seratus 2 ke. tapi sekarang aku langsung x bershopping dah. even shopping makanan pun tidak (tapi makin gemuk apakah?). yang lagi pelik sekarang aku rasa duit aku asyik x mencukupi. pelik binti ajaib. setelah ku berfikir dan berfikir aku still xtau jugak kenapa sekarang duit makin kurang. every month masuk duit rm650 tu rasa macam dah x mencukupi. segala otak fikiran aku yang x jumpe jawapan tu tetibe macam jumpe jawapan petang tadi lepas tgk Al-Kuliyyah. tajuknye cari makan. ustaz Abdullah tu cakap ade 3 cara kite nak tau bahawa rezeki yang kita dapat tu berkat.

  1. rezeki tu memberikan ketenangan kepada kita. aku musykil gak apsal dah masuk duit pun aku cam x tenang gak. duit tu macam dah tau2 je xkn cukup punye. ustaz bagi contoh seorang pakcik di sebuah kampung hanya bekerja memetik kacang (betul ke ni?) gaji pun x seberapa dahtu anak ramai plak tu. 16 orang sume anaknya. tapi dia dapat ketenangan dengan rezeki yang bagi kite x seberapa tu. alhamdulillah anak2 die yang 16 orang tu pun semuanya jadi manusia2 berguna. berkat sungguh rezeki pakcik tu.
  2. rezeki itu sentiasa mencukupi. kalau kite rasa rezeki kita tu x mencukupi mungkin kurang berkat di mana2. kata ustaz mungkin sebab itulah ramai orang kaya yang merasakan rezeki diorang x cukup2. sibuk cari duot siang malam. mungkin kena check balik. mana la tau kan kurang berkatnya di mana. jadi haruslah berasa syukur dengan rezeki yang ada. yang tuhan beri pada kita tu dah mencukupi utk kite pada waktu dan ketika ini mungkin. ini yang perlu kita fikirkan.
  3. dengan rezeki itu kite semakin dekat dengan Allah. even rezeki yang kita dapat tu x seberapa kite berasa seronok untuk bersedekah. seronok nak buat kenduri2 ajak kawan2 makan. dengan rezeki tu badan kita sihat dan kita dapat mengerjakan ibadah. ustaz jugak cakap rezeki2 yang berkat ni manalah tau akan bawak kite tunaikan haji atau bina masjid. ramai manusia zaman sekarang makin banyak duit makin jauh dengan masjid. dan kita cakap rezeki yang dicari itu halal. ya betul tapi adakah cukup keberkatannya. ustaz fahmi last week berpesan "ramai orang yang berjaya mengharungi ujian kesusahan tetapi sangat sedikit orang yang berjaya mengharungi ujian kesenangan" moga kita tidak termasuk di dalam golongan yang lupa diri.



Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “ Sedekah tidak mengurangkan harta. Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya.”
(Muslim, ad-Darimi dan Ahmad)


 nota kaki: dakwah itu satu tanggungjawab bukan satu pilihan.





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Tuesday, April 13, 2010

Seriously

1253 am

So long since the last time merapu di sini. and this will be short entry since i am so rindu tu write but got no time like seriously please believe me. sedang cuba merajinkan diri supaya diri layak untuk dipanggil exam going med student. gotta go. please blog behave when im not around. haha. till then. xoxo.




nota kaki : what didnt kill makes you stronger. i have to believe this



~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Wednesday, March 31, 2010

Cantik ke?







thanks sabri for the award. memang bertepatan la. haha..

Tuesday, March 16, 2010

Saya Suka Dia

359 PM

masa kecik2 saya suka tengok filem hindustan. setiap hari sabtu pukul 2 ptg tunggu panggung sabtu. tapi sejak saya pergi belajar dekat india dah kurang saya tengok filem hindustan. saya rasa mungkin sebab saya dah semakin bijak menilai hasil kerja seni. ouch. and dulu saya adalah peminat setia shah rukh khan. tapi kini tidak lagi. saya rasa paling besh skang adalah amir khan even bayani cakap My Name Is Khan is not bad.


sejak dia buat comeback dalam fanaa dengan kajol. saya rasa cerita dia terus jadi besh. lepas tu taare zameen par. the best hindi movie pernah saya tonton sebab xde babak orang menari dalam cerita ni. and after 3 idiots saya bertambah yakin filem amir khan sekarang adalah lebih bermutu. mempunyai mesej yang bagus kalau faham ceritanya. and the other day buka buku depan tv skali nampak cerita mir khan terus tutup buku. ghajini. cerita dia macam typical hindi movie lawan samseng and all that but menarik. tersentuh by every character in the film. and i dont think this is a new film pun but i think i start to like d abang ketak aka amir khan. mesti sume orang pun nak yekkkkkkkkkkkkkk dekat saya kan (jangkit dengan kak dina)



nota kaki: one staff nurse tell me that she pity with dentist. and she didnt like them too.





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Sunday, February 21, 2010

Ni Karya Ciplak

every week masalah sama. sampai weekend je bosan. baik g kls. tapi sampai ahad nak masuk isnin je malas. apa nak jadi ni. ish ish ish. bila weekdays berdoa supaya cepatla weekend. bila weekend berdoa supaya hidup jangan la bosan sangat dari weekdays. manusia tula x pernah bersyukur.








nota kaki: the best way to help ourselves is by helping other people - blogger boy




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Tuesday, February 9, 2010

Special Thanks

1142 PM

a few minutes left before habisnya celebration of my bufday today. it was a nice day. and here saja gedik cam nak ucapkan terima kasih secara istimewa kepada orang2 yang berkenaan. hehe. gambar x sempat la nak amik dari cik nat. so d very special thanks goes to

  1. MAK. actually i had a plan to call mak dis morning but end up buat2 bz dekat A&E and terlupa. luckily mak yang call around 11 am. yeah still in A&E but sure la boleh jawab call kan. kan dah cakap buat2 bz je. and all my sisters and brother in laws too. thanks a lot.
  2. pakcik. u noe who u are. thanks coz macam x ikhlas buat super saving (ke apa ntah namamya) untuk call aku selama sejam walaupun sebenarnya aku patut tido awal. ko yang bersalah ko tau x.dah la penat gila ade ECG course pagi tu. memang ko la yang bersalah. sory2 tersilap actually nak cakap terima kasih.
  3. azrul mitsubishi coz belanja i makan dinner dekat simply fish. dah lama nak makan di situ sambil menunggu siapa la yang layak untuk dipow. terima kasih kerana membenarkan diri anda membelanja saya di malam hari jadi saya. hee~
  4. my housemates~tasnim, cik nat, iwa and dina. u guys are awesome. thanks for d cake even ada nama tasnim jugak kat atas tu. hehe. tapi sedap2. mekacih bebanyak ek korang.
  5. to all my friends yang wish through sms and facebook. melaratkan diri balas mesej secara private coz nanti rasa macam diri x dihargai kalau balas mesej secara lari berjemaah. kurang nikmat dunia orang cakap. hehe.

~thanks kak tas for d present~

everything going smoothly today. and it even raining to reduce the heat. x pasal2 cerita pasal cuaca x sesuai langsung kot. ok everybody once again arigato gozaimasu.




nota kaki: and im officially 24 years old gorgeous lady




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~
Blog Widget by LinkWithin

~The Prayer~

"Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah,
Dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil,
Dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang"

~Oath Of A Muslim Doctor~

"I swear by God,the Great,to regard God in carrying out my profession.To protect human life in all stages and under all circumtances,doing my utmost to rescue it from death,malady,pain and anxiety.To keep peoples' dignity,cover their privacies,and look up their secrets.To be,all the way,the instruments of God's mercy,extending my medical care to near and far,virtous and sinner,friend and enemy.To strive in the pursuit of knowledge and harness it for benefit,but not the harm,of Mankind.To revere my teacher,teach my junior,and be brother to members of medical profession.to join in piety and charity.to live my faith in private and in public,avoiding whatever blemishes me in the eyes of God,His apostie and my fellow faithful.And may God be witness to this oath"

~10 Muwasafat Tarbiyah~

~ Aqidah Yang Sejahtera
~ Ibadah Yang Sahih
~ Akhlak Yang Mantap
~ Luas Pengetahuan
~ Sihat Tubuh Badan
~ Mampu Berdikari
~ Melawan Nafsu
~ Sangat Menjaga Masa
~ Tersusun Urusannya
~ Bermanfaat Pada Orang Lain