Showing posts with label makanan hati si jelita. Show all posts
Showing posts with label makanan hati si jelita. Show all posts

Friday, July 2, 2010

36:9

106 PM

Albert (bukan nama sebenar) seorang lelaki keturunan kadazan. beliau bercinta dengan Mei Ying (bukan nama sebenar) seorang gadis berbangsa cina dan beragama buddha. Albert sebenarnya x percaya pada agama dan tanpa beliau mengetahui sebenarnya Mei Ying senyap2 masuk Islam kerana khuatir akan penerimaan Albert. So, di suatu hari yang agak2 hening Mei Ying bagi sepucuk surat dekat Albert. pendek, ringkas dan padat je surat tu. lebih kurang macam ni la bunyi surat tu kalau dibaca.

" Dan Kami adakan satu tutup di hadapan mereka dan satu tutup di belakangnya, lalu Kami tutup mata mereka, sehingga mereka tiada melihat suatu apapun"

Maka nak dijadikan cerita suatu hari rumah Albert di masukki pencuri. tapi sebelum pencuri tu masuk Albert dah nampak diorang kat luar rumah dengan parang pedang dsb. Albert dah terketar2 ketakutan. ada 3 orang pencuri bersenjata tu macam mana dia nak lawan sedangkan silat pun dia x belajar dulu. Dan tak semena2nya Albert tetibe teringat akan surat Mei Ying bagi hari tu. dalam duk terketar2 dia pun bertinggung kat tepi tingkap sambil baca surat tu banyak2 kali. Pelik bin ajaib. Albert terkejut teramat seorang pencuri pun x perasan yang dia duk kat tepi tingkap tu padahal ada sorang tu berdiri sebelah dia je. Maka terselamat la Albert pada malam itu dengan rasa kagum beliau. sejak hari itu Albert asyik tertanya2 dalam hati ayat apa la tu sampai boleh wat magik camtu. So, dia sangat bersemangat nak tanya Mei Ying pasal benda tu.


Kasihan Albert. tak sempat jumpe n tanya Mei Ying lagi Mei ying accident dan meninggal di tempat kejadian. dariNya kita datang dariNya juga kita kembali. Albert sangat sedih kerana beliau sangat cintakan Mei Ying. Dan di waktu2 dia sedih ni datanglah seorang ustaz mendekati Albert. Lalu Albert pun menceritakan apa yang berlaku. Ustaz pun bertanya kepada Albert


U: betulkah kamu betul2 sayangkan Mei Ying?
A: betul ustaz. saya nak hidup dengan dia sampai bila2.
U: mahukah kamu bersama dengannya di akhirat kelak.
A: sudah tentu ustaz
U: kamu akan masuk syurga. Mei Ying juga akan masuk syurga. tapi syurga kamu berdua tidak sama kerana syurga Mei Ying adalah untuk orang2 islam sahaja. mahukah kamu masuk syurga bersama Mei Ying? 
A: mahu ustaz.



dan sejak dari hari itu Albert memeluk Islam dan mula yakin Islam itu adalah agama yang benar. malah beliau juga menemui sendiri apakah sebenarnya ayat yang diberikan Mei Ying kepadanya dulu. Sesungguhnya Hidayah Allah itu adalah hadiah.Dan bersyukurlah mereka yang menjadi manusia terpilih untuk menerima hadiah paling berharga itu. Allahua'lam.







nota kaki: perlukah kita berdoa supaya rakan2 non muslim kita yang menghina Islam supaya menerima balasan atau haruskah kita berdoa agar mereka turut diberikan hidayah Allah. Sesungguhnya hati yang gelap itu takkan dapat melihat kebenaran.





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Friday, June 11, 2010

Malas Nak Fikir Title

600 PM

dengan tidak semena diri terasa nak menggedik kat blog kecintaan. kesian hanya bercintan dengan blog. pathetic gila kau. apa yang nak cakap sebenarnye kan dah terlupa. memang la lemah ingatan betul budak sorang ni.

dulu kan. dulu. adalah satu episod sedih dalam hidup saya yang saya bajet macam paling sedih selepas kejadian pemergian ayah tu. tapi peliknye saya bersedih macam melebih2. tapi kira ok la jugak coz saya bagi tau awal2 kat diri sendiri kena get better paling lama pun in 6 months. sebab kalau lepas 6 bulan still x ok boleh dikategorikan chronic depression. x sure sangat tapi rasanya DSM-IV cakap macam tu la kot. pada yang xtau apa itu DSM-IV boleh la g google ek. hehe.

tengok2 dah lupa balik nak cerita apa. okok. masa tu biasa la kan orang bila bersedih baru nak ingat tuhan. so banyak la jugak azam baru yang saya buat yang saya rasa boleh menggembirakan saya kalau x sekarang pun mungkin di masa depan. jadi sekarang ni takde la baik bebenor tapi pada pandangan saya (pandangan diri sendiri je ni jangan percaya sangat) saya dah makin berubah at least at some parts. so sekarang bila tengok kawan2 yang dulunye bertudung sekarang menyeksi rasa macam semacam dalam hati. sedih. sebak pun ada. bukan untuk diri mereka sedih itu. tapi sedih pada diri sendiri yang tak mampu nak tunjukkan kasih sayang pada mereka ni. dulu dekat Taayah selalu orang cakap "kita taknak masuk syurga sorang2. kita nak masuk syurga ramai2." ramai kita salah anggap. atau mungkin ramai kawan kita akan salah anggap bila kite tegur mereka ingat kita ni x sayangkan mereka. mungkin lebih teruk ada yang kata kita jeleskan mereka. dahla aku dah banyak merepek kat sini. so kesimpulannya

- aurat perempuan itu adalah satu badan kecuali muka dan tapak tangan.
- pakai baju lengan sampai siku still nampak auratnye
- pakai lengkap semuanya tapi x pakai stokin still nampak auratnya (ok kutuk aku sekarang sebab aku pun kekadang je pakai)
- aku x kata aku baik. mungkin dulu aku 100 kali lagi haprak dari korang. sekarang pun aku still haprak cuma maybe dah tinggal 30 kali je.so aku nak tegur korang x reti cara baik kang ada yang merajuk setahun. so korang faham2 la sendiri. tapi aku x kisah kalau korang nak tegur apa yang aku salah. sehari pun aku x merajuk. betul x tipu.


Drama sebabak
Prof : u didnt finish clerking ur patient. God will ask u later what have u done as a doctor.
Us: hmmmm. smiling meow meow.
Prof : even God knows ur name how come u didnt know ur patient's name.
( prof bukan seorang muslim tapi beliau percaya tanggungjawab beliau sebagai doktor akan disoal kelak oleh tuhan)
aku terkesima. sedangkan seorang non-muslim menjaga amanah tuhan kepadanya mengapakah aku seorang muslim tidak berbuat demikian. aku seorang student maka aku wajib study. sekian~



~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Monday, June 7, 2010

Lelaki Semakin Sikit?

544 PM

sudah tersilap mengepost entry. dah la panjang plak tu entry sebelum ni padahal nak tulis pasal bende lain. ok sebenarnye saya nak post benda ni ye kawan2. hee~

Daripada Anas r.a. berkata, "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku.

Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus limapuluh orang perempuan."

H.R. Bukhari Muslim



sekian~

Tuesday, March 30, 2010

Berat Padi Berisi

8:00 PM

tiada kaitan langsung pun title tu. just wondering which one is better. sila buat pilihan anda

  1. diri bijak pandai tapi bongkak dan sombong malah sering memandang rendah terhadap orang lain
  2. tidak berapa pandai tapi suka berbuat baik dan tidak sombong diri sebab xde bende nak disombongkan malah tidak memandang serong kepada insan lain
  3. memang x pandai pun tapi sangat suka menolong orang malah tidak kisah dikritik dan dihina. yakin rezeki tuhan ada di mana2.
dan janganlah kamu menjadi seperti firaun dan qarun yang terus hidup di dalam kesenangan tanpa menyedari bahawa kesenangan itu adalah tanda hilangnya kasih sayang Allah terhadap hambanya.




nota kaki: Oh God please save my soul and heart.



~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Monday, March 8, 2010

Petua PCM

1230 AM

setelah beberapa hari berposting PCM di Jasin, saya rasa saya seorang yang malas nak ambik proper history coz most of the time akan habis dengan sesi membina rapport (konon2 jela) bersama patient which is good i guess. and makcik2 and pakcik2 kat sini memang baek2. even saya macam malas2 je tanya diorang soklan tapi diorang bercerita dengan semangat dari hal anak hinggalah hal pokok2 di kebun. tidakkah saya sangat baek melayan kerenah mereka. and makcik2 and pakcik2 ini juga telah menurunkan beberapa petua kepada kami2 budak2 baru belajar.

  • kepada sesiapa yang ada penyakit gout boleh try petua ni. bila kena attack gout tu means masa tetibe sakit tu datang ( u noe wat i mean?) boleh sapu minyak tanah atau nama lain minyak gas. agaknye la. tapi haruslah menggunakan minyak tanah yang telah digunakan. maksudnya minyak yang korang dah letak dalam pelita and pelita tu dah korang nyalakan. macam tu la lebih kurang. sapukan je minyak tu kat tempat yang sakit.
  • today 1 makcik cakap her husband ada sakit gout. so i thot at first nak share la petua di atas tapi bila dia cakap pakcik tu dah ok maka saya batalkan je hasrat murni tu. then dia yang bagi petua kat saya. makcik cakap kalau nak mata yang sihat dan elok rajin2 la baca quran setiap kali selepas subuh. (tersenyum kambing diriku sebentar di situ) coz mata makcik tu memang still elok. i think better than mine. and she is 62 years old compare to me yang baru 12 kan. hehe. makcik pesan baca la everyday even sikit pun cukup la. akan berusaha kelak.

so renung2kan dan selamat beramal.



nota kaki: i just haven't met you yet.




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Monday, February 15, 2010

100th Post

1116 AM

perasaan ketika ini macam x tentu arah. bukan sebab terharu ke apa dah berjaya ke 100th post for dis blog. but ada benda yang asyik kacau otak ni. macam lagu celine dion tu "its all coming back to me now". xtau nak cakap sedih ke, frust ke x sure dengan diri sendiri. but hati memang macam x tenang since semalam. kenapalah x boleh tumpang gembira or pura2 tersenyum. i dunno if it still hurt. pelik dengan diri sendiri jugak. haish. so entry kali ni hanyalah untuk sesi luahan perasaan yang orang lain x payah nak faham. let me keep it as a secret. insyaAllah ada hikmahnya. everything happens for a reason kan even x nampak lagi apa reasonnya or saja2 buat x nampak. rasa macam dah pernah tulis entry dengan ayat yang sama camni. haishh. datang balik dah penyakit hati minah seorang ni.

"Bersyukurlah kepada Allah kerana mengurniakan orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang menipu kamu kerana dialah orang yang meningkatkan pengetahuan kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana mengadakan orang yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah orang yang memupuk sifat berdikari kamu. Bersyukurlah kepada Allah kerana menciptakan orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah orang yang memperhebatkan ability kamu. Dan bersyukurlah kepada Allah kerana menjadikan orang yang menyeksa kamu kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu"...Ya Allah,moga dipelihara hati yg selalu mengeluh ini.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216


nota kaki: love is the best medicine for a broken heart - hwang jini



~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Friday, January 29, 2010

Masjid Fat'hur Rahman

1204 PM

semalam, tersinggah dekat masjid fat'hur rahman untuk solat maghrib. and sempat menangkap sebaris ayat dari kuliah maghrib yang sedang berlangsung.

"seringan-ringan azab di neraka adalah diletakkan bara api neraka di bawah kedua tapak kaki hingga menggelegak otak mereka. sehinggakan mereka yang terseksa itu menyangkakan bahawa merekalah manusia yang mendapat azab paling teruk di neraka sedangkan itulah seringan-ringan azab di neraka"

renung2kan dan selamat beramal.


nota kaki:






~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Monday, November 23, 2009

Tabiat Buruk Saya

8:22 PM

rajin pulak jelita update blog sekarang ek. ok xde kena mengena dengan title entry ni. actually tetibe jelita cam nak muhasabah diri malam ni. so jelita nak berkongsi tabiat buruk jelita yang dari dulu sampai sekarang susah sangat nak ubah. memandangkan jelita duk hostel dari form 1 so perasaan setiap kali nak balik rumah tu memang seronok. and 1 perangai buruk dekat rumah adalah kemalasan yang amat untuk mengaji Al-Quran. kalau duduk tempat lain selain rumah insyaAllah rajin la jugak jelita baca quran setiap lepas maghrib tapi kalau balik rumah memang liat sangat jadinya. lebih2 lagi bila balik rumah ada adik beradik yang lain. bertambah malas jadinya dengan semangat nak main dengan anak sedara lagi. haha xde kaitan pun kot.

and last holiday jelita gagahkan diri untuk ubah perangai buruk ni. memang memerlukan sepenuh tenaga la jugak padahal xde orang lain pun kat rumah. and bertahan la beberapa malam je. hehe. but ada satu malam tu lepas mengaji, jelita pun baring2 sambil nak tunggu isyak. so dari tak buat apa jelita pun amik quran dan baca tafsir. lega, berdosa and kerdil. itula yang jelita rasa masa tu. so kat sini jelita nak kongsi sikit ayat2 yang jelita rasa cam terkesan gitu. mana tau terkesan kat korang jugak ke kan. hehe.


Az-Zumar (39: 8)
- Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon pertolongan kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmatNya kepada dirinya, lupalah dia akan kemudharatn yang pernah dia berdoa kepada Allah untuk menghilangkannya sebelum itu, dan dia mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan manusia dari jalanNya. Katakanlah: "bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka."


Az-Zumar (39:49)
- Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata "Sesungguhnya aku diberi nikmat iu hanyalah kerana kepintaranku". Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.


Az-Zumar (39:53)
- Katakanlah : " Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa- dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"


Az-Zumar (39:70)
- Dan disempurnakan bagi tiap-tiap jiwa, balasan apa yang telah dikerjakannya dan Dia lebih mengetahui apa yang mereka kerjakan.



dulu ada orang pernah berpesan pada jelita, "wanita itu adalah senjata syaitan yang tersembunyi, so berusahalah supaya tak termasuk dalam golongan wanita2 senjata syaitan". thanks a lot for that.







nota kaki: Maka apakah mereka tidak memerhatikan Al-Quran ataukah hati mereka terkunci? (47:24)




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Tuesday, November 10, 2009

Don't Judge Me, You Don't Know Me

auto published entry

arini adalah 20 syawal. tapi apa yang jelita nak cerita ni berlaku pada 2 syawal. yeah balik ke melaka pada 2 syawal bukanlah satu perkara yang amat dinantikan. cam hampeh korang tau x. naik bas, naik putra lrt and sampai la kl sentral. it was almost 7pm. memandangkan janji nak balik kul 9 so i decide tu lepak dulu kat surau kl sentral tu. dengan sekilas pandang je konfim orang tau jelita baru balik kampung dengan beg hijau strikingku itu. tetibe rasa cam nak g toilet so tanpa berfikir panjang suka hati tinggal je beg hijau tu kat dalam surau. and at dat time it was empty. xde satu makhluk pun. bila balik dari toilet tengok ade selipar hijau (hijau lagi) kat pintu.perlahan2 try nak menjenguk ke dalam.


mak engkau tetibe ade sorang pompuan ni yang ku panggil budak (coz nampak cam budak lepas spm je) berlari muncul depan pintu. terkejut den dibuatnye. at first macam pandang sekilas je tapi cam terfikir eh die pakai short ke? owh alhamdulillah at least pakai short pun ingat nak solat kan even di hujung2 waktu. kitorang sembang kejap. tak tau kenapa dalam hati jelita masa tu cakap baik budak ni. wah gaya cakap macam ustazah plak dah. berdua dalam surau tu jelita just perhatikan je budak ni. after die solat die terus tido atas sejadah tu. dalam hati jelita (banyak plak dalam hati dia) cakap cam penat je die ni. 2 3 minit before maghrib tetibe budak ni terjaga and terus bersiap, dia cakap " ya Allah, macam mana boleh tertido plak ni" owh rupenye die tertido.hehe. ingatkan die saja nak tido tadi. by that time masuklah seorang ibu bersama 2 orang anak dia. budak ni dah cam malu "janganlah pandang sini, dahla pakai skirt pendek ni" owh rupenye jelita tersilap tadi bukan short pant but skirt. and jelita tersilap jugak ingatkan dia saja tido nak tunggu maghrib rupenye tertido. hehe.



lepas siap budak tu lipat telekung and sejadah die terus nak blah la. jelita hanya tersenyum je kat dia. die pun jalan ke pintu nak keluar. tetibe die patah balik and datang dekat jelita "selamat hari raya kak" jelita terkejut and senyum and wish selamat gak. tetibe terharu kat situ. serius x tipu. haha. after jelita dah maghrib and buat sume yang patut untuk habiskan masa sampai la kul 8. sambil jelita bersiap nak blah tu tetibe budak tu datang balik untuk solat maghrib. skali lagi dalam hati jelita cakap bagus jugak budak ni. and jelita pun blah. tiada lagi sesi bersenyum2


ape la yang dibebelkan panjang2 ni. macam x besh langsung cerita ni. tapi sebenarnya budak ni membuatkan jelita berfikir supaya don't judge a book by its cover. ramai yang pakai tudung pun selamba yaya je x solat. tapi janganlah salah anggap jelita suruh korang berskirt pendek plak ek. bende ni jugak buat jelita berfikir mana lebih baik-bertudung and menutup aurat tapi x solat atau berskirt pendek tapi x tinggal solat?

"berkat x berkat tu kite serah pada Allah jela dik ek"- antara garisan



~sekadar memberi gambaran~




nota kaki: x kisah orang nak cakap apa pasal aku. even u judge me, u still dunno me





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Friday, August 7, 2009

Hantu Night Posting

1:05AM

sepanjang minggu ni from monday sampai friday, jelita was supposed to have night posting for surgery posting kat emergency and trauma department aka A&E. but selasa xde coz class kat campus je and jumaat plak jelita wat cuti sendiri dah malas nak stay kat ctu sampai kul 9 malam everynite. poyo gile je doktotr2 kat ctu rilek je kan. haha. apsal panjang plak intro ni. hehe

okla actually nak cerita on last thursday nite tu only jelita and jannah je girl yang ade. and sungguh bertuah coz dis college anta bus sekolah max muatan 44 orang tu untuk amik kitorang yang berdue kan. selalunye van je yang datang amik but x tau la nape malam tu bus yang datang. so jelita pun terus amik seat on d 2nd row coz nak tido sambil baring2 wat cam bus tu aku yang punya. malu la nak baring betul2 belakang pakcik driver kan. hehe. saya kan jelita. so baring tutup mata berusaha nak tido even sepanjang hari pun asyik tido je.

after lebih kurang 15 mins bus dah gerak tetibe gedebuk!! ade bunyi bende jatuh xtau dari mana. tapi yang sure bunyi tu memang dari dalam bus. so pakcik pun dah jelnguk2 kat belakang nak cari ape yang terjatuh tu. jelita pun terus x jadi nak tido and terjenguk2 la jugak nak tengok ape yang jatuh. but luckily kitorang x jupe ape2. lucky ke tu? tapi coz lampu sume pun terpadam n bus sangat gelap kitorang pun stop cari. sampai satu jalan tu tetibe jam la plak. pelik btol boleh jam jalan kul 10 malam ni. dah la kat muar je pun. so pakcik pun take this time bukak lampu n cari ape barang yang jatuh tu. jelita pun bersama2 la cari gak. sebenarnye jelita cari cam xnak cari je coz takut kalau duk jenguk2 kat bawah seat tu tetibe nampak ade kepala orang ke ade kaki orang ke. wahhhh larikk. sangat takut ok. dah la jelita duk paling belakang even 2nd row je. huhu. tapi buat berani je and rupe2nye jalan jam sebab ade accident kat depan tu. dah cuak gak takut kot ade road block ke ape jelita ic pun xde. haha. ade muka indon ke jelita ni? haha. okok serius ni. jelita nampak la ade satu mayat bertutup ngan kain pelekat petak2 kat tepi jalan. innalillah. ade orang mati rupenye accident tu.dahla tengah takut2 ape bende yang gedebuk tu tengok ade accident plak. suspen betol la. xtau accident ape. and terus je sambung tido balik. haha. cam hampeh je.

and petang tadi diri sendiri telah teraccident bersama cik fidiey and cik nat. lemah jantung tengok motor tu jatuh tergolek2 depan mata. ok motor tu yang salah ok. bukan kitorang. but alhamdulillah budak tu x mati ke kan. kalau x jelita and frens kena masuk jail ke? haha. apakah? teringat kat manipal dulu pun jelita pernah terlanggar orang. tapi motor dengan motor la. seb baek xde pape.


moral of the story berhati2 di jalan raya. hiduplah untuk memberi makna kepada orang lain. wah sangat baek. apekah entry ni. sket pun xde citer hantu. adalah sape kata xda. jelita nak pesan sila jangan jadi hantu di jalan raya. x mau2.so korang layan jela lagu lenka ni ek. skang jelita tengah layan lenka. hee~







nota kaki: boleh jadi hantu ke siang2?




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY CARES~

Monday, August 3, 2009

Kalau Sakit Kena Makan Ubat Ke?

2:14 PM

sekarang kecoh je pasal H1N1. and jelita macam xde perasaan je. sungguh jahat kamu ni!. eh eh mana ade xde perasaan lak. jelita tumpang sedih tau kawan2 sakit. (atta n Yang cepat sembuh ek).tapi kolej ni kental xtutup2 lagi even semua kolej lain dah tutup kan. orang selalu cakap kalau sakit kena cari ubat. betul la tu kot agaknye. tapi jelita kadang2 x yakin gak nak makan ubat kalau sakit. kadang2 bukan x yakin tapi lebih kepada malas. apakah?

tapi jelita sebenarnya nak bercakap pasal ubat hati. kalau kita susah, kita mesti lebih rajin sembahyang. lebih rajin berdoa banyak2 n panjang2 betul x? yeah memang betul. even siapa pun x kire bangsa ape and agama ape. kalau susah mesti minta tolong dengan tuhan betul x? mesti akan at least cakap OMG. hehe.

bila kite sedih kita lebih sanggup nak bangun malam solat sunat.
bila kita nak exam mesti lebih rajin wat solat hajat.
bila kita tertekan mesti labih banyak buat solat taubat.

tapi kenapa bila kita kurang susah n senang sikit, kita kurang nak bangun solat dan doa banyak2. dah memang manusia itu terciptanya jadi pelupa. kita semua memang macam tu. jelita sendiri pernah melalui fasa hidup ni. banyak bangun malam, banyak puasa sunat and lebih menjaga hati. tapi bila senang sikit lupa daratan la kan. apakah yang dah dimelalut ni. just untuk peringatan diri sendiri yang nampak macam dah kurang berterima kasih pada Allah. even cakap xde duit masih boleh g shopping macam. tu pun masih x bersyukur ke? even cakap xde duit still boleh makan sedap2. haha. orang cina cakap x baek cakap xde duit. cakap la kurang duit je. haha. apakah dah lari tajuk ni.


actually hati jelita sekarang macam suka fikir macam2. apakah? takut nak exam agaknye lalu berkata pada diri sendiri tolong kurangkan memblog atau berhenti je la dulu. (chewah2 cam x caya je ni. haha) wateva memang kalau sakit kena pergi cari ubatnya. ubat hati la yang paling senang nak cari tapi selalu x dapat. sebab tu hati x sihat2. sihat kejap lepas tu sakit balik. istighfar banyak2. eh eh dah berapa syaaban ek arini? tetiba plak merepek lagi. korang pernah dengar x lagu opick tombo ati? jelita rasa lagu ni jelita first dengar masa kat india dulu dah x ingat berapa tahun dah. tapi baru last week jelita faham ape yang lirik die nak sampaikan. ya Allah punyela lembab otak jelita ni. bukan ape sebab die cakap jawa kan. so mana la jelita yang x berdarah jawa mahupun banjar ni nak faham. so ape yang jelita dapat dari lagu tu ialah ubat hati. akhirnye jumpe jugak ubat yang satu ni.

  1. Rajin baca quran dan maknanye. jelita tahu ramai yang rajin baca quran tapi x ramai yang rajin baca tafsirnye kan. jelita pun camtu gak korang xyah la mengata plak ek. so jom la ramai2 kite jadi rajin baca maknanye skali barulah bermakna sikit hidup.
  2. Rajin melakukan solat di malam hari. maksudnye bukan la suruh sola isyak lambat2 tapi sila bangun untuk solat sunat di 2/3 malam. ewah sedap je cakap kan. hehe
  3. Selalu bersama dengan orang2 soleh. mendalam maksudnye ni sebenarnya tapi x semestinye kite kena duk kat masjid 24jam je nak duduk ngan orang soleh.banyak cara lain. lu pikir la sendiri.
  4. Banyakkan puasa. x kire la puasa sunat, puasa ganti or puasa ape2pun. insyaAllah hati akan jadi lebih tenang.
  5. Banyakkanlah berzikir di tengah2 malam. sebab ape korang tau sebab waktu tengah2 malam2 ni orang cakap doa kite senang dimakbulkan. jelita xde dalil for this sorry. hehe.
okla korang layan la peterpan punye version ek. biasa la jelita nak yang rock2 je. haha






 nota kaki: ujian Allah itu adalah tanda Dia masih menyanyangi kite. moga dalam rahmatNya.






~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY CARES~

Saturday, August 1, 2009

Menggatal Atau Anggun?

10:12 AM

sambil2 nak tunggu blogger boy loading, jelita nak cerita pasal aktiviti membuang masa di hujung minggu. entry ini mungkin akan ade banyak gambar je kurang tulisan atau banyak tulisan dari gambar atau kurang kedua2nya atau lebih kedua2nya. ikut suka jelita la nak tulis n letak pic banyak ke sket. hehe.

around 8PM jumaat malam sabtu (takut korang terdisoriented dengan masa) jelita join bayani n d gang pergi main air panas dekat air panas gadek (kalau x silap la nama die cmni kot) dekat alor gajah. jauh la jugak nak pergi. before that singgah makan kat sri percik dulu. biasa2 je food die tapi boleh tahan mahal dengan nasi paprik RM4.50. mahal ke korang? jelita x biasa makan mahal2 ni. haha.




~agaknye sebab ni la kot die mahal sket.hoho~


after makan, around kul 9 (terlepas tengok nur kasih) baru kitorang gerak ke air panas. konon besh la kan g main air panas malam2 time sejuk ni. tapi jelita x mandi pun coz malas nak bawak baju. and luckily x mandi coz agak geli melihat makhluk2 lelaki ade kat dalam kolam tu jugak. euwwww sian kat bayani. haha. sory la beb. tapi yang peliknye after dah busan main, diorang sume pergi la mandi kan and tetibe je kaki jelita start menggatal eh silap kaki mana ade menggatal la. kaki cume gatal je. hehe. kenapa diorang yang mandi basah satu badan x gatal2, jelita yang rendam kaki je boleh gatal2 plak. konfim air tu ___________. xnak cakap. x sampai hati. haha. n around 11 lebih kitorang pun balik la. thanks to bayani yang sudi jemput jelita join d group.



~mereka yang mandi- manda~

~jelita yang just menyibuk kat tepi kolam~


ok enough cerita air panas. skang nak cerita seminar wanita anggun plak. dush dush nama die fulamak sungguh anggun diri ini ku rasakan. by the way, seminar ni actually more suitable untuk orang yang dah berkahwin. siapa2 yang memerlukan khidmat nasihat rumahtangga boleh la g jupe Pak Utih. beliau banyak buat lawak je. haha. but jelita love Dr Hafidzah punye session, "Cantik Di Dalam, Cantik Di Luar" (macam moto jelita je kan-beauty inside out). entrance fee pun cume RM10 je kire okla coz die bagi coffee break, lunch and tea break gak (apakah beza coffee n tea break? haha).


~alamak ade nama lak kat bawah tu. hehe~

lupe plak nak bagi tau program ni dekat Petronas Penapisan Melaka dekat Sg Udang. hihi. agak jauh la nak pergi. dah malas nak cerita la korang. layan jela pics ek. nak tau lebih lanjut try la jenguk kat SINI

~jangan pandang depan. sila pandang belakang~

~forum : aku wanita anggun~

~sempat bergosip time seminar~

~we all happy gila dapat bergambar ngn Dr Hafidzah~

~macam sebak plak time ni. rindu kat mak~

~sempat jadi babysitter yang berjaya time seminar~

okok before terlupe nak share sket tips Pak Utih bagi semalam kat anak2 dara. coz die kesian kan ada anak dara yang datang jugak seminar ni. haha. treng teng teng. tips memilih calon suami special from Pak Utih.
  1. sila dapatkan pandangan orang tua sebelum kamu menerima hatinya ( xyah explain la ek. korang faham2 sendiri sudah)
  2. pastikan solatnye sempurna (Pak Utih cakap kalau baru nak belajar solat time nak ngorat baek x pyh. haha)
  3. Jejaka itu sanggup menghubungkan kedua2 keluarga (kalau die xnk jumpe family korang baek korang tinggalkan jela die)
  4. Harus terlibat dengan aktiviti masyarakat (this show dat he can be a leader. trust Pak Utih. die lagi tau la kot)
  5. Boleh mengawal nafsunya. (malas nak explain la yang ni)
  6. berpendapatan halal (sila jangan tanya gaji beliau berapa tapi tanya die keje ape)
  7. Jika die sudah berkahwin, die tak memburuk2kan isteri die (mungkin Pak Utih nak cakap anak dara boleh kahwin dengan laki orang kot. haha)
okla lain kali jelita share lagi ape yang dapat kat seminar ni. bagi banyak2 pun bukan korang ingat. konfim!



~bersama Pak Utih yang Power~


nota kaki: adakah sudah anggun diriku atau masih jelita seperti dulu. haha.





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY CARES~

Wednesday, July 29, 2009

Mai Sini Semua Cek Nak Cerita

7:55 PM

ok seriusly tajuk tu x patut jadi title entry tapi patut jadi nama blog anda saja. haha. actually rasa cam rindu plak kat blog jelita ni coz dah berapa hari x bagi die entry baru. teringat2 ayat perli rahim kepada jelita yang rajin update blog but malas tulis case. okla back to the hot story yang bajet je hot. teng teng teng.

di satu malam yang hening di dalam sebuah Myvi berkaler silver. malasla wat ayat skema dah. penat otak nak pikir. jelita n mael d singer di seat belakang (saja xnk cakap fiza ade skali) memulakan rancangan mari mencari menantu. haha. adoyai apsal la wat tajuk rancangan camtu.maka bermulalah sesi forum kite pada malam itu.

Mael: Che'ah, lelaki macam mana yang che'ah suke? (ayat diubah supaya lepas nak masuk rancangan mencari menantu)
Jelita: X kisah la macam mana pun. orang perempuan skang x kisah sangat. (dalam hati mestila nak yang encem cam Jared Padalecki ke. haha)
Jannah: Mestilah nak yang kaya (tetibe si driver menyampuk)
Jelita: haha. (dalam hati cakap betul3)
Mael: berapa hantaran korang nak minta nanti?
Jelita : x kisah la berapa pun. nanti orang ingat nak jual body ke ape plak kan. (adakah jawapan ini cukup diplomatik?)
Mael : agak2nye berapa la paling tinggi?
Jelita: alaa artis pun hantaran 10k je. rilek je. (ayat mengelak nak cakap aku nak 50 k. haha)
Mael: Che'ah nak laki keje ape? nak doktor jugak ke?
Jelita: x kisah la keje ape pun (sila menyampah jawapan ala celebrity ni) tapi doc cam bosan je. hehe.
Mael: okla bape gaji die?
Jelita : x kisah la ( pleasela memang xleh bg jwpn lain agaknye). tapi at least 10k la. haha. gelak kuat2.
Mael: ewah2. cakap x kisah tapi demand jugak. haha. dahtu kena kaya la ni.
Jelita : x kaya pun xpe. x kisah. tapi at least bawak kereta mewah.haha lagi.

Haha. this time memang semua orang gelak kuat ok. Jelita dah x betul!! tahu mesti sume orang cakap cmni.

Mael: keta mewah tu cmne? keta sport suke x?
Jelita: bukan la keta mewah sgt tapi suke keta 4WD. haha. harrier ke, lexus, murano. wah2!!

by this time semua makhluk perosak didalam kereta kecik warna merah eh silap warna silver itu dah x tahan nak gelak lagi mendengar jawapan2 bengong dari jelita.

Jelita: xde la mael. orang perempuan sekarang ni dah x kisah la sume tu. diorang dah boleh cari duit sendiri. diorang nak cari laki yang baek hati, beragama enough la asal x sakitkan hati. (ayat ini sungguh x boleh blah. but man out there take note about this k)
Jannah: betul2. xnak la laki suke sakitkan hati (tetibe si driver menyampuk lagi). hehe.


rancangan akan disambung selepas iklan. terlalu banyak penaja coz rancangan mencari menantu ini sangat menarik sampai xde sambungan dah. haha. sila salahkan fiza kerana telah meletak dadah ape ntah dalam kerepek bawang tu sampai mael n jelita jadi sewel malam itu. haha. ok dah penat gelak sorang cam orang gile. mesti korang x faham kan apa yang jelita gelakkan. lantak korang la.buhbye.

~doa khas untuk mael d singer~




nota kaki: masih terkesan dengan cerita hantu accident bayani semalam. takut beb.



~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY CARES~

Friday, July 24, 2009

Tips Kecantikan Secara Semulajadi

3:10 PM


sebelum ni jelita pernah share tips untuk putihkan muka. ramai yang cakap x sanggup nak buat semua petua tu kan. biasa la tu. sume orang bz xde masa nak buat bende2 camtu. so kali ni jelita nak bagi petua yang lagi senang. konfim waktu2 bile pun boleh buat. xde hal punye.
renung2kan dan selamat beramal. hehe.


1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan terus lap dengan tuala ke ape ke, biarkanje die menitis dan kering sendiri. Lepas tu ambillah sejadah, solat, zikir, dan berdo'a. contoh doa : Ya Allah Kau cantikkanlah wajahku ini seperti cantiknye Nabi Yusuf A.S

2. Untuk hilangkan stress, banyakkanlah 'olahraga'. which mean dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berhubung teruslah dengan Allah SWT dengan zikir dan do'a. kali ni korang doa la lain sket. hehe.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN. kan kite nak jelita inside out. hehe.

4. Untuk bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur. so nanati orang suke kite. diorang pun doakan yang baek2 je.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis.. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, banyakkan sayuran, buah-buahan, dan air suam.




5 je kali ni. cukupla tu kan. bannyak2 pun bukannye korang nak ikut sangat. hehe. diharapkan ade la manfaatnye tips kecantikan untuk kali ini. kite bertemu lagi dalam rancangan Spa C. hehe. Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manfaat kepada manusia lain. daa~



nota kaki: siapa ade tips nak hilangkan ulcer. dah 2 minggu dah ni. sakitnye nak makan.




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY CARES~

Monday, July 6, 2009

In Pain

9:44 PM


"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya," - Surah Al-Baqarah ayat 286


korang mesti selalu dengarkan ayat ni. x pun orang selalu cakap. tuhan bagi ujian tu sebab die tau kite kuat. orang lain plak cakap. kalau tuhan bagi ujian sebab Dia tahu kite mampu tanggung semua tu. aduhhh. memang betul. tapi camne kalau kite dah buat macam2 nak settlekan problem yang banyak2 tu tapi still x jupe jalan penyelesaian. kenapa kite selalu rasa kite x kuat pun nak dapat semua test2 hebat tu. betul ke kite kuat?

jelita hanyalah membebel sebab mata beliau sakit+pedih+merah+berair. baru sakit mata dah bising2. tapi sakit hati jugak ni. at least sakit mata boleh bagitau sign and symptom die. sakit hati cmne nak tau? sabar2. sakit tu mengurangkan dosa2 kecik. dahla ari2 buat dosa. x dpt kurangkan dosa besar, dosa kecik pun okla kan. dosa2 kecik tu kalau dikumpul2 dibuat selalu boleh jadi dosa besar jugak tau. sabar. redha. barulah sakit pun dapat pahala. sigh. InsyaAllah.



nota kaki: moga diampunkan dosa2 ku kecik dan besar.




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY CARES~

Tuesday, June 23, 2009

Al-Fatihah

5:03 PM


al-fatihah jelita sedekahkan kepada wan siti farihan. student 5 bestari mrsm jeli 03 di atas pemergian beliau hari ini. punca kematian masih belum dapat dikenal pasti. semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang beriman. amin


berita di sini

lagi berita
lagi dan lagi



nota kaki: insaf. mati itu tidak terlewat walau sesaat





~ERTI HIDUP PADA MEMBERI~

Sunday, June 14, 2009

I Want To Be A Superwoman

10:00 PM



lepas zuhur tadi jelita keluar lunch ngn my besh gulfren amizanah. kitrg makan dekat ujung pasir. coz jelita want to eat asam pedas n dunno kedai lain yg buka siang wif asam pedas yg sedap. kedai tu yg jelita tau konfim buka for lunch. after dat we went to keluargaku shopping baju n we met her bf and her future mother in law. hehe. but bukan cerita ni yang jelita nak story kat sini.


sambil iron baju petang tadi, jelita watch a korean muvi "a man who was a superman". initially jelita rasa cam bosannye cerite ni coz cerita pasal one crazy guy who believed he is a superman. but bila tengok sampai habis. there are a lot of gud message dalam dis muvi. n very touching la d ending tu. hehe.


n watching dis muvi make jelita really thinks of what we are capble of. ramai yang sihat tubuh badan, otak cerdas, cergas tapi mensia2kan nikmat tuhan tu kan. in dis muvi dis crazy guy really want to help people. he want to change world to a better place. he know dat we cant change past but future is something dat we can only change. sgt2 sedih bila at the end dia selamatkan d little girl from the fire. he flied from the window coz there is no way out n he believed he can fly. he know he will die but he already have a organ donor card. sgt berertikan hidup macam tu.


kalau kita fikirkan berapa ramai antara kite yang sanggup bangun dalam bus bg seat kat makcik tua utk duduk. ramai yg buat xtau je kan. but we are not insane. maybe kena jadi orang gila dulu kot baru nak tolong org. jelita hope when jelita become a doctor one day, jelita will do my very best to help people. jelita should help people more than dis insane guy. InsyaAllah. im a superwoman! one quote from this muvi "strength doesnt open the big iron doors but a small key. we all have the key inside us to open the door to a new future"





nota kaki: sgt mahu tonton ketika cinta bertasbih






~ERTI HIDUP PADA MEMBERI~

Wednesday, June 3, 2009

He's The One

11:58pm


La Tahzan, Chapter 11





"Setiap tangis akan berhujung dengan senyuman, ketakutan akan berakhir dengan rasa aman dan kegelisahan akan sirna dengan kedamaian".

"Kobaran api tidak mampu membakar tubuh Nabi Ibrahim ‘Alahissalaam. Lautan luas tidak kuasa menenggelamkan Kalimur-Rahman(Musa ‘Alaihissalaam)".

"Ketika bersembunyi dari kejaran kaum kafir dalam sebuah gua, Nabi Muhammad Shallallu ‘alahissalaam yg ma’sum mengkhabarkan kepada Abu Bakar radhiyallahu’anhu, bahawa Allah Yang Maha Tunggal dan Maha Tinggi ada bersama mereka".



Maka, janganlah merasa terhimpit sejengkal pun kerana setiap keadaan pasti berubah.



"DAN SEBAIK2 IBADAH ADALAH MENANTI KEMUDAHAN DENGAN SABAR"






~ERTI HIDUP PADA MEMBERI~

Sunday, May 31, 2009

Syukur

8:35 pm



hari ni jelita nak buka cerita dengan doa nabi musa memohon ampun setelah menzalimi diri sendiri.

(قَالَ رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي فَاغْفِرْ لِي فَغَفَرَ لَهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ ( ١٦

Ia merayu (dengan sesalnya): "Wahai Tuhanku, Sesungguhnya Aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku". (maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (28:16)


masa mula2 jelita start nak tulis blog ni, hati and jiwa jelita memang tak tenang. so jelita harap sangat masa tu dengan menulis dapat kurangkan semua perasaan tu. dan disebabkan tu jugak la jelita namakan blog ni la tahzan ya qalb supaya hati jelita takkan bersedih lagi untuk perkara duniawi yang tak bermanfaat. memang jelita just cerita my daily life je kat sini. but somehow it makes me feel better. watever it is we should always ask everything from Allah. then everything will be just fine. have faith. so sebagai memberi penghargaan dengan nama blog ni so jelita nak petik sikit petikan dari first chapter buku la tahzan.



{Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta pada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan.}
(QS. Ar-Rahman: 29)

Ketika laut bergemuruh, ombak menggunung, dan angin bertiup kencang menerjang, semua penumpang kapal akan panik dan menyeru: "Ya Allah!"

Ketika seseorang tersesat di tengah gurun pasir, kendaraan menyimpang jauh dari jalurnya, dan para kafilah bingung menentukan arah perjalanannya, mereka akan menyeru: "Ya Allah!"

Ketika musibah menimpa, bencana melanda, dan tragedi terjadi, mereka yang tertimpa akan selalu berseru: "Ya Allah!"

Ketika pintu-pintu permintaan telah tertutup, dan tabir-tabir permohonan digeraikan, orang-orang mendesah: "Ya Allah!"

Ketika semua cara tak mampu menyelesaikan, setiap jalan terasa menyempit, harapan terputus, dan semua jalan pintas membuntu, mereka pun menyeru: "Ya Allah!"

Ketika bumi terasa menyempit dikeranakan himpitan persoalan hidup, dan jiwa terasa tertekan oleh beban berat kehidupan yang harus Anda pikul, menyerulah: "Ya Allah!"

Kuingat Engkau saat alam begitu gelap gulita,
dan wajah zaman berlumuran debu hitam
Kusebut nama-Mu dengan lantang di saat fajar menjelang,
dan fajar pun merekah seraya menebar senyuman indah

Ya Allah, gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan, jadikan kesedihan itu awal kebahagian, dan sirnakan rasa takut ini menjadi rasa tenteram.

Ya Allah, dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan, dan padamkan bara jiwa dengan air keimanan.

Wahai Rabb, anugerahkan pada mata yang tak dapat terpejam ini rasa kantuk dari-Mu yang menenteramkan. Tuangkan dalam jiwa yang bergolak ini kedamaian. Dan, ganjarlah dengan kemenangan yang nyata.

Wahai Rabb, tunjukkanlah pandangan yang kebingungan ini kepada cahaya-Mu. Bimbinglah sesatnya perjalanan ini ke arah jalan-Mu yang lurus. Dan pimpinlah orang-orang yang menyimpang dari jalan-Mu merapat ke hidayah-Mu.

Ya Allah, sirnakan keraguan terhadap fajar yang pasti datang dan memancar terang, dan hancurkan perasaan yang jahat dengan secercah sinar kebenaran. Hempaskan semua tipu daya setan dengan bantuan bala tentara-Mu.

Ya Allah, sirnakan dari kami rasa sedih dan duka, dan usirlah kegundahan dari jiwa kami semua.
Kami berlindung kepada-Mu dari setiap rasa takut yang mendera. Hanya kepada Mu kami bersandar dan bertawakal. Hanya kepada Mu kami memohon dan hanya dari Mu setiap pertolongan. Cukuplah Engkau sebagai pelindung kami kerana Engkaulah sebaik-baik Pelindung dan Penolong.


Amin Ya Rabbal Alamin.





~ERTI HIDUP PADA MEMBERI~

Thursday, May 28, 2009

Kenapa?

8:39 pm

kenapa jelita malas study?
kenapa jelita asyik rasa tak sedap hati?
kenapa jelita macam tak faham diri sendiri?
kenapa jelita suka fikir yang bukan2?
kenapa jelita kuat tido sekarang ni?
kenapa jelita tak boleh nak abiskan 1 long case every nite?
kenapa jelita tak sedar diri exam dah dekat?



haish...mengeluh lagi. tak baiknya mengeluh.



kenapa jelita suka mengeluh?
kenapa jelita susah nak belajar bersyukur?
kenapa jelita banyak cakap, kurang kerja?
kenapa jelita belajar susah nak ingat?
kenapa jelita x rasa happy bila belajar?
kenapa jelita rasa macam terpaksa baca buku?



haish...macam mana nak suka. nak happy kalu hati tak ikhlas?




kenapa jelita suka merepek?
kalau ada sape2 nak tolong jawab. dipersilakan



Astaghfirullahala'zim





nota kaki: kenapa jelita asyik ingat orang kat jepun tu? cepatlah balik!!!!






~ERTI HIDUP PADA MEMBERI~
Blog Widget by LinkWithin

~The Prayer~

"Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah,
Dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil,
Dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang"

~Oath Of A Muslim Doctor~

"I swear by God,the Great,to regard God in carrying out my profession.To protect human life in all stages and under all circumtances,doing my utmost to rescue it from death,malady,pain and anxiety.To keep peoples' dignity,cover their privacies,and look up their secrets.To be,all the way,the instruments of God's mercy,extending my medical care to near and far,virtous and sinner,friend and enemy.To strive in the pursuit of knowledge and harness it for benefit,but not the harm,of Mankind.To revere my teacher,teach my junior,and be brother to members of medical profession.to join in piety and charity.to live my faith in private and in public,avoiding whatever blemishes me in the eyes of God,His apostie and my fellow faithful.And may God be witness to this oath"

~10 Muwasafat Tarbiyah~

~ Aqidah Yang Sejahtera
~ Ibadah Yang Sahih
~ Akhlak Yang Mantap
~ Luas Pengetahuan
~ Sihat Tubuh Badan
~ Mampu Berdikari
~ Melawan Nafsu
~ Sangat Menjaga Masa
~ Tersusun Urusannya
~ Bermanfaat Pada Orang Lain