Friday, July 2, 2010

36:9

106 PM

Albert (bukan nama sebenar) seorang lelaki keturunan kadazan. beliau bercinta dengan Mei Ying (bukan nama sebenar) seorang gadis berbangsa cina dan beragama buddha. Albert sebenarnya x percaya pada agama dan tanpa beliau mengetahui sebenarnya Mei Ying senyap2 masuk Islam kerana khuatir akan penerimaan Albert. So, di suatu hari yang agak2 hening Mei Ying bagi sepucuk surat dekat Albert. pendek, ringkas dan padat je surat tu. lebih kurang macam ni la bunyi surat tu kalau dibaca.

" Dan Kami adakan satu tutup di hadapan mereka dan satu tutup di belakangnya, lalu Kami tutup mata mereka, sehingga mereka tiada melihat suatu apapun"

Maka nak dijadikan cerita suatu hari rumah Albert di masukki pencuri. tapi sebelum pencuri tu masuk Albert dah nampak diorang kat luar rumah dengan parang pedang dsb. Albert dah terketar2 ketakutan. ada 3 orang pencuri bersenjata tu macam mana dia nak lawan sedangkan silat pun dia x belajar dulu. Dan tak semena2nya Albert tetibe teringat akan surat Mei Ying bagi hari tu. dalam duk terketar2 dia pun bertinggung kat tepi tingkap sambil baca surat tu banyak2 kali. Pelik bin ajaib. Albert terkejut teramat seorang pencuri pun x perasan yang dia duk kat tepi tingkap tu padahal ada sorang tu berdiri sebelah dia je. Maka terselamat la Albert pada malam itu dengan rasa kagum beliau. sejak hari itu Albert asyik tertanya2 dalam hati ayat apa la tu sampai boleh wat magik camtu. So, dia sangat bersemangat nak tanya Mei Ying pasal benda tu.


Kasihan Albert. tak sempat jumpe n tanya Mei Ying lagi Mei ying accident dan meninggal di tempat kejadian. dariNya kita datang dariNya juga kita kembali. Albert sangat sedih kerana beliau sangat cintakan Mei Ying. Dan di waktu2 dia sedih ni datanglah seorang ustaz mendekati Albert. Lalu Albert pun menceritakan apa yang berlaku. Ustaz pun bertanya kepada Albert


U: betulkah kamu betul2 sayangkan Mei Ying?
A: betul ustaz. saya nak hidup dengan dia sampai bila2.
U: mahukah kamu bersama dengannya di akhirat kelak.
A: sudah tentu ustaz
U: kamu akan masuk syurga. Mei Ying juga akan masuk syurga. tapi syurga kamu berdua tidak sama kerana syurga Mei Ying adalah untuk orang2 islam sahaja. mahukah kamu masuk syurga bersama Mei Ying? 
A: mahu ustaz.



dan sejak dari hari itu Albert memeluk Islam dan mula yakin Islam itu adalah agama yang benar. malah beliau juga menemui sendiri apakah sebenarnya ayat yang diberikan Mei Ying kepadanya dulu. Sesungguhnya Hidayah Allah itu adalah hadiah.Dan bersyukurlah mereka yang menjadi manusia terpilih untuk menerima hadiah paling berharga itu. Allahua'lam.







nota kaki: perlukah kita berdoa supaya rakan2 non muslim kita yang menghina Islam supaya menerima balasan atau haruskah kita berdoa agar mereka turut diberikan hidayah Allah. Sesungguhnya hati yang gelap itu takkan dapat melihat kebenaran.





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~
blog comments powered by Disqus
Blog Widget by LinkWithin

~The Prayer~

"Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah,
Dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil,
Dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang"

~Oath Of A Muslim Doctor~

"I swear by God,the Great,to regard God in carrying out my profession.To protect human life in all stages and under all circumtances,doing my utmost to rescue it from death,malady,pain and anxiety.To keep peoples' dignity,cover their privacies,and look up their secrets.To be,all the way,the instruments of God's mercy,extending my medical care to near and far,virtous and sinner,friend and enemy.To strive in the pursuit of knowledge and harness it for benefit,but not the harm,of Mankind.To revere my teacher,teach my junior,and be brother to members of medical profession.to join in piety and charity.to live my faith in private and in public,avoiding whatever blemishes me in the eyes of God,His apostie and my fellow faithful.And may God be witness to this oath"

~10 Muwasafat Tarbiyah~

~ Aqidah Yang Sejahtera
~ Ibadah Yang Sahih
~ Akhlak Yang Mantap
~ Luas Pengetahuan
~ Sihat Tubuh Badan
~ Mampu Berdikari
~ Melawan Nafsu
~ Sangat Menjaga Masa
~ Tersusun Urusannya
~ Bermanfaat Pada Orang Lain