esok ada end posting surgery. terbaek. tadi keluar jalan2 buang masa cam dah hebat sangat je ko ngn surgery. keluar bersama bayani menjumpa jali dan dua orang lagi rakan beliau. mekacih jali kerana telah menyembuhkan kembali laptop saya. percaya x saya menulis blog menggunakan laptop sendiri setelah sekian lama. terharu. jangan lupa harga member2 ek. hehe. malam ni final world cup. spain vs holland. sebenarnya dua2 saya sokong sebab spain ada fabregas (even dia asyik duk kat bench je) and holland ada von Persie. ye memang mereka kacak. tetapi saya bukanlah menyukai kedua2nya kerana mereka kacak tapi kerana mereka gunners. dan saya mengaku sebagai peminat gunners yang hanya kenal mereka berdua saja. mungkin sameer juga. ada lagikah beliau di gunners. apa2 lah yang penting gunners forever. dan david villa juga encem. tolong jangan salahkan perempuan suka tengok bola kerana player2 yang encem. adakah menjadi satu kesalahan untuk orang encem terer bermain bola? tidak bukan so rilek2 sudah jangan duk gelabah ok. harus bertahankah malam ini demi spain? matilah end posting esok.
~pernahkah korang tgk orang beraksi cmni dalam muzium?~
nota kaki: sudah la tidak study mahu pulang rumah lagi minggu depan. bagaimanakah ini?
~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~