hari ini jelita sangat malas untuk buat ape2. tekak still pedih2 sampai dah terkeluar sputum stained with blood. poyo je kan. kepala pun berdenyut2 x berenti2. hari tu masa cuti banyak plak kudrat jalan2 kat sunway pyramid n midvalley kan. hehe. yeah mungkin jelita perlu sambung cuti lagi supaya kurang sakit. boleh ke camtu?
bangun lepas subuh pagi tadi, kepala macam pusing2 (plus malas nk iron labcoat) so dengan tekad yang teguh jelita buat keputusan untuk tidak pergi ke hospital pagi tadi. lepas mandi2 ingat nak study untuk pbl petang tu tapi bleh terlelap balik sambil baca buku tu. well u know me. luckily, petang tu ade energy sket nak g pbl. cuaca pun x berapa panas so kurang sket sakit kepala tu. batuk2 still x stop n dah start running nose lak. jelita pun start fikir yang bukan2 " adakah ini swine flu a.k.a A(h1n1) tu". nauzzubillah hi min zalik. minta jauhkan. harap maklum jelita x makan ek makhluk haram tu.
cerita pasal swine flu ni tetibe teringat masa jalan2 kat midvalley aritu. my brother in law tanya ape maksud dah sampai level 5? (ada sape2 nak tlg jawab). jelita dengan yakin memberikan jawapan yang pada pandangan jelita tidaklah tepat langsung. dan jika di jawab untuk exam memang xkan diberi markah kesian pun (suka ati aku je reka2 fact)
mungkin kerana pening kepala yang masih ada bisa2nya jelita mula bercerita merepek di sini. before stop jelita nak pesan supaya banyakkan minum air coz sekarang ni sangatlah panas. kurangkan air berais. pesanan untuk diri jelita juga. next time i'll try citer pasal A(H1N1) plak itupun kalu sempat do the research la k. so bolehla jawab soklan my brother in law tu dengan tepat dan padat gitu. until then, muhasabah la diri. sakit itu Allah beri untuk menghapuskan dosa2 kita. moga sakit itu mendekatkan lagi kita denganNya. InsyaAllah.
~ERTI HIDUP PADA MEMBERI~
0 Pengkritik Bebas:
Post a Comment