Alhamdulillah akhirnya berjaya jugak jelita mengupdate blog. haha. rasa macam lama je x mengupdate blog dengan entry yang lebih bermakna. sila nilai sendiri adakah entry ni penuh makna. haha.
Alhamdulillah duit buku RM1000 yang MARA janjikan masih belum masuk. ALHAMDULILLAH sebab still ade lagi duit nak buat belanja hari. syukur2 masih berjaya menggrab satu long cardigan yang baru. hehe.
Alhamdulillah isnin lepas dah habis end posting surgery at least for clinical part. so dah habislah clinical end posting for this semester. ALHAMDULILLAH even mula2 macam tak ade case yang menarik tertarik untuk diambil for exam tapi jelita beranikan diri ambil jugak case nasopharyngeal carcinoma. tawakal je even x pernah ambil case ni before this and dengan jiwa kental tetiba time exam punya bijak g pilih case tu. and ALHAMDULILLAH even i wont say i did really well but i guess for a first timer like me it is not that bad la. haha. adakah ini satu bentuk masuk bakul angkat sendiri? and thanks to sahabat yang sanggup berpenat lelah demi jelita. moga jasa kalian dibalas di hari kemudian.
Alhamdulillah masih sihat dalam keadaan ramai orang diserang demam2, batuk and symptoms of H1N1. ALHAMDULILLAH even dah dua kali accident bulan ni masih selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. mungkin panjang lagi umur ni. hinggakan semua orang menyarankan supaya jelita tidak lagi menaiki kereta siapa2 takut orang tu plak accident lepas ni. macam perempuan pembawa sial je. ceh!
Alhamdulillah lagi berapa hari je lagi nak masuk Ramadhan. ok seriously yang ni berjaya buat hati jelita paling rasa happy and bersyukur. even tak tahu sempat ke x nak berRamadhan lagi ke x. hati jadi berbunga2 rasa macam menang kereta BMW lepas masuk pertandingan Tropicana Twister. perasaan ni macam lebih hebat dari beruk diberi bunga. apakah? sorry2 jelita tak tahu pun macam mana perasaan beruk ketika dia dapat bunga tersebut. terasa diri sangat excited sampai tidak terluah dengan kata2. phewittt ayat memang x boleh diberi penghargaan langsung. ceh!
jelita sure korang sume pun mesti rasa cam happy dah nak berpuasa. cepat je masa berlalu. puasa yang lepas jelita sempat berpuasa dari melaka ke perak hingga ke perlis. tahun ni nampak gayanya x dapat lah. baju raya macam tak tahu mak dah jahit ke belum. tapi jelita plan nak beli yang dah siap terus lagi senang tapi masih bergantung pada keadaan ekonomi waktu tu nanti. apakah cerita pasal raya dah ni. puasa pun belum lagi. okok baik stop now before lagi banyak benda dimerepekkan. lastly jomla kite banyakkan amal ibadah di bulan Ramadhan nanti. mana la tau maybe ini adalah Ramadhan terakhir buat kita.
nota kaki: minta2 la boleh balik beraya dengan senang hati. benci la exam ni.
~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY CARES~
2 Pengkritik Bebas:
iye cik, ini entry yg bermakna & mengingatkan.
(bukan "ada makna", hehe..)
terima kasih
selamat bepose..
seb baek ade orang yg faham maksud yg nak disampaikan..hehe...
selamat berpose di india...hehe...
Post a Comment