Monday, June 21, 2010

Kamu Tahu Tak

810 PM

maunye ada orang bunuh aku kalau aku habiskan soalan kat atas tu. kamu tahu tak balik kampung jumpe mak seronok? haha. yeah lagi2 kalau dah 3 bulan kamu x balik jumpe mak. mak pun macam tertunggu je kamu balik. seronok bukan. haha.

so last week nak dijadikan cerita saya balik dengan berpandukan maklumat yang saya telah google. gila engkau nak balik kampung pun nak kena google ke. apa x pernah balik kampung naik bas ke sebelum ni. luckily i google tau. sekali type "melaka bukit jalil tg malim" keluar yang tak diingini. "jalan hang tuah" ambik engkau dah la aku ni membesarkan kat perak mana tau jalan2 kat kl tu. setelah digoogle lagi maka dapatlah idea untuk naik bus ke seremban dulu then baru ambik bus kl aka jalan hang tuah. ok dari melaka kul 9 sampai seremban kul 1030. bengang betol aku. bukannye jauh sgt pun kan sejam setengah ni patut dah sampai kl dah pun. tapi xpe bersabar coz dah cuak x pernah aku sampai kat terminal 2 ni. sudahnya nak bali tiket kat mana pun xtau.

xtahu la nasib baik ke x ade sorang brother ni tetibe muncul jaul tiket nak g kl. aku pun ok kan je beli tiket tu. yang aku x boleh blah dgn brother ni dia bukan main lagi suh aku cepat."cepat dik buas nak jalan dah ni. turun je tangga ni tunggu je kat pintu depan tu" ok la aku pun terkocoh kacah (sendiri punya ayat) turun escelator keluar pintu. haprak satu bus pun xde. aku dah cuak dah. eh salah pintu ke aku ni. ok g tgk pintu blkg plak xde jugak bus sks ni. ok aku g balik kat pintu depan tggu punya tggu sampai kul 11. panas btol aku. mana busnye tadi bukan main suh aku cepat. aku pun g naik balik tny kat brother tu. "mana bas tiket ni bang" masa tu dah bergenang2 dah airmata. xkan la nak sesat kat seremban ni kot. aku rasa brother tu pun dah nampak muka aku bengang dan cam nak nangis dah die pun call driver tny kat mana. rupenye bus x sampai lagi. banyak kali la jugak die minta maaf ngan aku. sapa suh ko suh aku cepat2 td.

sekali x abih lagi nasib malang. dari seremban kul 1110 sampai kl kul 1. ok terus pakcik tg malim panggil " bus kul 1" banyak la kau kul 1 setengah jam aku tunggu dalam bas siap tahan nak terkencing 140 baru gerak. panas hati betol aku. dahnye last2 kul 4 baru aku sampai umah tercinta. korang sila bayngkan sekarang. haha dari awal citer xde satu pun yang besh lagi kan.

masuk part besh. sabtu bercucuk tanam dengan mak. ok i bangga dengan diri berjaya tanam 20 batang pokok. x ingat la apa nama pokok tu. then ikut mak pergi kenduri macam kecik2 dulu. masa kat kenduri tu tengah2 makan aku terdengar2 la orang sebut2 azian. banyak kali la jugak tapi aku x pandang la kan coz nama aku bukannya azian pun. tapi dah lama sangat aku geram aku pun pandang la makcik tu. die terus tanya aku "azian ek?" hehe aku senyum je. "bukan, itu akak saya" sekali makcik sebelah aku nak tunjukkan ketereran dia plak "ni edah kan?" hehe aku senyum lagi "bukan, itu kakak saya. saya adik bawah edah" makcik2 berkata " muka korang ni sama je adik beradik. huhu.makcik kenal azian je" rupanya aku paling x glemer dalam ramai2 adik beradik. ciss. haha. banyak lagi nak cerita tapi aku pun dah larat nak taip korang lagi la x larat nak baca kan. so daa. chow chin chow~


 ~azian berbaju hijau dan edah bertdung hitam putih. ada sama ke?~






nota kaki: kak laila tegur saya di ward tadi padahal aku cube nak lari. haha.tetibe terasa glemer balik.





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Thursday, June 17, 2010

Lesson No 5

635 PM

medicine posting done! welcome to hell. surgery here i come. semakin dekat dengan p2s2 semakin i realized im not ready yet to be a doctor. mungkin untuk menjadi final year medic student juga tidak layak. otak kosong. like Prof Choo said "u all are like cartoon." did u get wat he meant by that. kitorang ni lebih sesuai masuk raja lawak dari masuk medic school coz lawak sgt. wat examination pun bleh jadi lawak ke. haish. after all, i think i like medicine posting eventhou at first macam menyampah gila dengan dr yashodara. but at last die macam sangat fun. ok la maybe x sefun lecturer lain but he is still nice. and i had decided to balik kampung tomorrow. yeah at last eventhou not sure apakah motif utama untuk pulang pun. huhu. yet im already so excited now. harap esok tidak sesat di mana2 kerana sudah lama tidak balik umah sampaikan bus station pun dah tukar tempat sekarang.



drama dua babak
take 1 : main actor - Prof Choo
" i think we should take video during examination then we can see how pale the student is. noor, u already pale now. how much is your Hb? or are u usually this fair all the time?"
~ tq sir i take it as a compliment the latter part. haha

take 2 : main actress - Dr Lakshmi
" i think u are doing good. u pick up the cyanosis but u said he is not in distress when he already had cyanosis. but afterall i think u and s------ are the most cool during presentation. and i think u did better on systemic examination. i borrow u this cd but u have to return it tomorrow"
~ im so encouraged by the fact that im cool during presentation which i really doubt it. and vikram jealous i got the cd. haha.






~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Tuesday, June 15, 2010

My Lifesaver

1240 PM

used to hate myself to the max. sedih to the max because of that. im learning to love myself again. but the most hardest thing is when u start to feel bad without knowing why and how. mahu pulang kampung atau tidak weekend ini. serba salah plak dibuatnye.

I’m overboard and I need your love
Pull me up
I cant swim on my own
Its too much
Feels like I’m drowning without your love
So throw yourself out to me
My lifesaver


nota kaki: pulanglah kepangkuan-Nya.





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~ 

Saturday, June 12, 2010

Terus Hanyut

900 PM

pernah x kite dengar lagu apa2 pun kita translatekan lagu tu dari sudut ketuhanan. lagu cintan jiwang tangkap leleh semua pakai sapu korang view macam lagu nasyid. pernah x?..kalau x pernah nah amik lirik ni cube try define in islamic way. kalau korang berjaya sila belanja diri sendiri. kalau x berjaya sila denda diri sendiri macam kat Taayah dulu2 siapa lambat solat denda solat sunat rawatib setiap kali solat. itu denda korang xde orang nak check pun tapi ikut kejujuran korang sendiri. so pandai2 la ek.


Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa


Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja


~gambar gedik santai nebby kawen~





nota kaki: selamat pengantin baru nebby. kamu sangat santek tadi~




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Friday, June 11, 2010

Malas Nak Fikir Title

600 PM

dengan tidak semena diri terasa nak menggedik kat blog kecintaan. kesian hanya bercintan dengan blog. pathetic gila kau. apa yang nak cakap sebenarnye kan dah terlupa. memang la lemah ingatan betul budak sorang ni.

dulu kan. dulu. adalah satu episod sedih dalam hidup saya yang saya bajet macam paling sedih selepas kejadian pemergian ayah tu. tapi peliknye saya bersedih macam melebih2. tapi kira ok la jugak coz saya bagi tau awal2 kat diri sendiri kena get better paling lama pun in 6 months. sebab kalau lepas 6 bulan still x ok boleh dikategorikan chronic depression. x sure sangat tapi rasanya DSM-IV cakap macam tu la kot. pada yang xtau apa itu DSM-IV boleh la g google ek. hehe.

tengok2 dah lupa balik nak cerita apa. okok. masa tu biasa la kan orang bila bersedih baru nak ingat tuhan. so banyak la jugak azam baru yang saya buat yang saya rasa boleh menggembirakan saya kalau x sekarang pun mungkin di masa depan. jadi sekarang ni takde la baik bebenor tapi pada pandangan saya (pandangan diri sendiri je ni jangan percaya sangat) saya dah makin berubah at least at some parts. so sekarang bila tengok kawan2 yang dulunye bertudung sekarang menyeksi rasa macam semacam dalam hati. sedih. sebak pun ada. bukan untuk diri mereka sedih itu. tapi sedih pada diri sendiri yang tak mampu nak tunjukkan kasih sayang pada mereka ni. dulu dekat Taayah selalu orang cakap "kita taknak masuk syurga sorang2. kita nak masuk syurga ramai2." ramai kita salah anggap. atau mungkin ramai kawan kita akan salah anggap bila kite tegur mereka ingat kita ni x sayangkan mereka. mungkin lebih teruk ada yang kata kita jeleskan mereka. dahla aku dah banyak merepek kat sini. so kesimpulannya

- aurat perempuan itu adalah satu badan kecuali muka dan tapak tangan.
- pakai baju lengan sampai siku still nampak auratnye
- pakai lengkap semuanya tapi x pakai stokin still nampak auratnya (ok kutuk aku sekarang sebab aku pun kekadang je pakai)
- aku x kata aku baik. mungkin dulu aku 100 kali lagi haprak dari korang. sekarang pun aku still haprak cuma maybe dah tinggal 30 kali je.so aku nak tegur korang x reti cara baik kang ada yang merajuk setahun. so korang faham2 la sendiri. tapi aku x kisah kalau korang nak tegur apa yang aku salah. sehari pun aku x merajuk. betul x tipu.


Drama sebabak
Prof : u didnt finish clerking ur patient. God will ask u later what have u done as a doctor.
Us: hmmmm. smiling meow meow.
Prof : even God knows ur name how come u didnt know ur patient's name.
( prof bukan seorang muslim tapi beliau percaya tanggungjawab beliau sebagai doktor akan disoal kelak oleh tuhan)
aku terkesima. sedangkan seorang non-muslim menjaga amanah tuhan kepadanya mengapakah aku seorang muslim tidak berbuat demikian. aku seorang student maka aku wajib study. sekian~



~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Monday, June 7, 2010

Lelaki Semakin Sikit?

544 PM

sudah tersilap mengepost entry. dah la panjang plak tu entry sebelum ni padahal nak tulis pasal bende lain. ok sebenarnye saya nak post benda ni ye kawan2. hee~

Daripada Anas r.a. berkata, "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku.

Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus limapuluh orang perempuan."

H.R. Bukhari Muslim



sekian~

Berkawan Biar Seribu, Berkasih Biar Satu

521 PM

taknak cakap banyak. nanti orang menyampah. dah lama tiada gambar2 di blog ni. pentingkah. ntah. apa yang nak disampaikan kat cni adalah hasil ikut suka hati aku nak tulis apa. rasa cam nak membebel sini la jadi mangsanya. sedang berfikir apakah tindakan yang harus diambil pada minggu ini.padahal hari ni baru hari isnin banyaknye jemputan kahwin rakan2.

1. sangat rindu dan mahu pergi kenduri safiyyah. aku sayang engkau sampai mati piyah. piyah la kawan sebenar2 kawan. hanya piyah yang rela putus kawan dengan aku demi nak tegur tentang agamaku. betapa ku rasakan kasih sayang piyah selalu dekat dengan aku walaupun sudah bertahun x bertemu. masih ku ingat surat yang piyah kirimkan ke rumahku kerana bimbangnye beliau akan hidupku yang makin jauh hanyut di laut duniawi. terima kasih piyah. aku memang nak pergi kenduri ko tapi aku x janji. macam ade bende yang menghalang.

2. kenduri nebby pun hari yang sama dengan piyah. hari sabtu. walaupun aku tidak la rapat mana dengan cik nebby kerana berkenalan pun secara tak sengaja mengikut rakan intec yang lain. tapi seperti tidak senonoh la pula kalau tak pergi kenduri beliau sebab kendurinye kat melaka je. 30 min pun x sampai takat nak pergi rumah nebby tu. serba salah dibuatnye. hati nak pergi kenduri piyah tapi akal cakap rumah nebby cukup la.

3. kenduri kak lun. beliau ni senior setahun di sekolah rendah. yang ni aku konfim dia x mengharapkan sgt pun aku dtg. tapi jika aku berniat pergi ke kenduri beliau maka dapat la aku buat alasan pada diri sendiri nak balik kampung yang dah dekat 3 bulan aku x balik. dahsyat bukan. itu bermakna sudah hampir 3 bulan jugak la aku x jumpe mak adik dan kakak2 yang lain except epah. mujur duk subang je bleh g lepak sana.

4. next week aku ade end posting medicine yang aku rasa mcam ada harapan nak fai lsebab kemungkinan besar prof choo tak pun dr yashodara yang akan ambik. dan aku punye short case sangat la lemau sket pun x crispy. macam mana ni. aku tension. siap buat alasan tidak mahu mengikut kursus kahwin kononnye nak study. tapi serius macam x jalan je. sama la macam menolak undangan untuk pergi majlis bertunang kak mira last week konon untuk study padahal satu haprak pun aku tak study. sorry kak mira.



nota kaki: tahniah dan ucap selamat kepada semua member2 yang kahwen, tunang dan sebagainya sepanajng tahun ni. aku sampai naik pokai nak g kenduri semua orang.




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Saturday, June 5, 2010

Wealth or Wisdom?

745 PM

hati kita makin gelap tanpa kita sedar apabila kita semakin jauh dengan ilmu. diri sendiri bole rasa akan kegelapan tu. belajar susah nak masuk dalam otak. baca buku rasa sangat mencabar. hubungan dengan manusia dan Allah pun semakin jauh. apatah aku membebel kat sini. sigh~

Suatu hari Syaidina Ali a.s ditanya tentang perbezaan antara ilmu dengan harta, lalu beliau menjawab seperti berikut:-

1. Ilmu adalah warisan dari nabi-nabi sedangkan harta adalah warisan dari Firaun, Syidad dan Namrud.

2. Orang yang berilmu banyak mempunyai kawan , sedangkan orang yang berharta akan banyak musuh.

3. Ilmu kalau di berikan kepada orang lain ia akan bertambah, harta jika diberikan kepada orang lain pasti akan berkurang.

4. Orang berilmu disebut "kariim" (mulia), sedangkan orang kaya disebut "bakhil"(kedekut)

5. Harta mesti dijaga takut dicuri atau hilang, Ilmu dia akan menjaga kita.

6. Orang yang berharta akan dihisab, sedangkan orang berilmu mendapat syafaat.

7. Harta pasti akan rosak dimakan zaman, sedangkan ilmu tidak.

8. Harta akan mengeraskan hati, ilmu akan melembutkan hati.

9.Orang berharta akan mengaku sebagi tuhan, orang berilmu pasti akan mengakui dirinya hamba Allah SWT.







drama sebabak (depan hospimart)


Abdul : assalamualaikum doctor.
Doc : waalaikummussalam.
Abdul : apa khabar doc? lama x nampak
Doc : badan sihat cuma iman je lemah. (subhanallah) ingatlah bahawa mati itu pasti. ini perkara benar bukan main2 tau.






~EVERYODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~
Blog Widget by LinkWithin

~The Prayer~

"Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah,
Dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil,
Dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang"

~Oath Of A Muslim Doctor~

"I swear by God,the Great,to regard God in carrying out my profession.To protect human life in all stages and under all circumtances,doing my utmost to rescue it from death,malady,pain and anxiety.To keep peoples' dignity,cover their privacies,and look up their secrets.To be,all the way,the instruments of God's mercy,extending my medical care to near and far,virtous and sinner,friend and enemy.To strive in the pursuit of knowledge and harness it for benefit,but not the harm,of Mankind.To revere my teacher,teach my junior,and be brother to members of medical profession.to join in piety and charity.to live my faith in private and in public,avoiding whatever blemishes me in the eyes of God,His apostie and my fellow faithful.And may God be witness to this oath"

~10 Muwasafat Tarbiyah~

~ Aqidah Yang Sejahtera
~ Ibadah Yang Sahih
~ Akhlak Yang Mantap
~ Luas Pengetahuan
~ Sihat Tubuh Badan
~ Mampu Berdikari
~ Melawan Nafsu
~ Sangat Menjaga Masa
~ Tersusun Urusannya
~ Bermanfaat Pada Orang Lain