Friday, August 28, 2009

Balik Kampung

4:42 PM

at last dapat balik rumah. even sekejap je. but this maybe 2nd last time balik before exam. raya harap2nye dapat la balik. dah la tak beli pun tiket nak balik. ade ke patut macam tu. actually banyak sangat nak cerita cot cet kat sini tapi sekejap lagi maybe intan dah sampai. so xleh buat entry panjang2. nowadays memang busy sket lagi2 dah nak dekat exam ni. tambah2 lagi dah nak dekat dengan end posting surgery. keje bertimbun2 sampai rasa malas nak buat dah. pape pun balik kampung tanam jagung tu penting. hehe. ok daa~



nota kaki: selamat hari merdeka untuk semua.





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY CARES~

Friday, August 21, 2009

Hurmmm

3:54 PM

jelita sedang berfikir2 untuk merajinkan diri ke dapur n masak sambal ikan bilis goreng.eh betul ke nama die camni. so nanti boleh simpan and buat lauk time sahur. tapi malas mengatasi segalanya. haha.

actually jelita tidaklah berniat untuk membuat post tentang ikan bilis mahu pun sambal. tapi jelita sedang mencari formula bagaimana untuk membuat dan memberikan diagnosis yang lengkap. (diagnosis ini valid untuk penyakit je ek) korang faham  x maksud jelita ni apa? maksudnye macam bila doktor tanya "so what is your diagnosis?" jelita boleh jawab dengan lancar n the diagnosis is complete. siapa boleh bagi formula yang senang? ntah pape je soklan ni. dahla nak g fikir la kejap. daa~


~sedap kan korang wat sahur~


nota kaki: salam ramadhan untuk semua




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY CARES~

Tuesday, August 18, 2009

Alhamdulillah

5:21 PM

Alhamdulillah akhirnya berjaya jugak jelita mengupdate blog. haha. rasa macam lama je x mengupdate blog dengan entry yang lebih bermakna. sila nilai sendiri adakah entry ni penuh makna. haha.

Alhamdulillah duit buku RM1000 yang MARA janjikan masih belum masuk. ALHAMDULILLAH sebab still ade lagi duit nak buat belanja hari. syukur2 masih berjaya menggrab satu long cardigan yang baru. hehe.

Alhamdulillah isnin lepas dah habis end posting surgery at least for clinical part. so dah habislah clinical end posting for this semester. ALHAMDULILLAH even mula2 macam tak ade case yang menarik tertarik untuk diambil for exam tapi jelita beranikan diri ambil jugak case nasopharyngeal carcinoma. tawakal je even x pernah ambil case ni before this and dengan jiwa kental tetiba time exam punya bijak g pilih case tu. and ALHAMDULILLAH even i wont say i did really well but i guess for a first timer like me it is not that bad la. haha. adakah ini satu bentuk masuk bakul angkat sendiri? and thanks to sahabat yang sanggup berpenat lelah demi jelita. moga jasa kalian dibalas di hari kemudian.

Alhamdulillah masih sihat dalam keadaan ramai orang diserang demam2, batuk and symptoms of H1N1. ALHAMDULILLAH even dah dua kali accident bulan ni masih selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. mungkin panjang lagi umur ni. hinggakan semua orang menyarankan supaya jelita tidak lagi menaiki kereta siapa2 takut orang tu plak accident lepas ni. macam perempuan pembawa sial je. ceh!

Alhamdulillah lagi berapa hari je lagi nak masuk Ramadhan. ok seriously yang ni berjaya buat hati jelita paling rasa happy and bersyukur. even tak tahu sempat ke x nak berRamadhan lagi ke x. hati jadi berbunga2 rasa macam menang kereta BMW lepas masuk pertandingan Tropicana Twister. perasaan ni macam lebih hebat dari beruk diberi bunga. apakah? sorry2 jelita tak tahu pun macam mana perasaan beruk ketika dia dapat bunga tersebut. terasa diri sangat excited sampai tidak terluah dengan kata2. phewittt ayat memang x boleh diberi penghargaan langsung. ceh!




jelita sure korang sume pun mesti rasa cam happy dah nak berpuasa. cepat je masa berlalu. puasa yang lepas jelita sempat berpuasa dari melaka ke perak hingga ke perlis. tahun ni nampak gayanya x dapat lah. baju raya macam tak tahu mak dah jahit ke belum. tapi jelita plan nak beli yang dah siap terus lagi senang tapi masih bergantung pada keadaan ekonomi waktu tu nanti. apakah cerita pasal raya dah ni. puasa pun belum lagi. okok baik stop now before lagi banyak benda dimerepekkan. lastly jomla kite banyakkan amal ibadah di bulan Ramadhan nanti. mana la tau maybe ini adalah Ramadhan terakhir buat kita.





nota kaki: minta2 la boleh balik beraya dengan senang hati. benci la exam ni.




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY CARES~

Wednesday, August 12, 2009

Yeah Dah Nak Raya

1:32 AM

ok sebenarnya jelita nak buat post pasal bende lain n tetibe baru sedar dah agak lewat dah ni. so wat quick post jela. len kali la citer panjang2.


hehe apakah ini? jelita nak promote blog kakak jelita yang jual tudung yang comel2. sila jenguk blog beliau di www.mama-rijja-store.blogspot.com . x tipu memang cute pun. hehe.





nota kaki: siapa nak order ngn jelita pun boleh. jelita try bg discount for kos penghantaran. 




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY CARES~

Sunday, August 9, 2009

Tag Adik Manis

12:02AM

 jelita dah mengantuk sebab dah malas nak siapkan case surgery yang berlambak2 tu so konon2nya untuk menghilangkan ngantuk jom la jawab tag ni. even jelita ni sebenarnya malas nak jawab tag2 orang tapi yang ni buat la jugak supaya hilang ngantuk. jelita telah di tag oleh adik manis. sapekah itu biar jelita je yang tau.

1. Beside ur lips, where is the favourite spot to get kissed?
mata? cam cute je cam dalam citer pride tu.

2. How did u feel when u woke up this morning?
malasnye nak bangun coz malas nak tulis case surgery!!

3. Who was the last person / people you took photo with?
tak ingat la. maybe pak utih kot. haha.

4. Would u consider urself spoiled?
ofcos not. im good.

5. Have you ever had a best friend who was of the opposite sex?
not really sure. che wan kot. he claimed he is my besfren. haha

6. Do you want someone to be dead?
patut ke berkemahuan camtu. xnak la.

7. What does your last text message say?
changes of plan. we join C1 at melaka class with prof Sen. ya Allah malasnye jelita nak pergi kelas ni.

8. What are you thinking right now ?
bile nak siap case surgery ni. x larat nak fikir dah.

9. Do you want someone to be with you right now ?
im fine to be alone in my room now. no need anybody else. cis ayat bongkak

10. What was the time you went to bed last night ?
kul 12 kot. lepas isyak tertido dengan telekung2 skali.

11. Where did you buy the tee you are wearing now ?
im not wearing tee. pakai kaftan je beli masa g kelantan lepak ngn elida dulu.

12. Is someone on your mind right now?
xde sape kot. x dpat fikir otak penat.

13. Who was the last person who text you ?
vikram la kot yang bg mesej change of plan tu.

TEN Lucky Person to do this quiz
xtau la nak tag sape. sape2 nak wat buat la tapi nak letak la jugak nama kat cni.
1. Bayani
2. Kak Fyd
3. Kak Pah (saja gedik nak letak nama kak pah)
4. Rahim aka banji
5. Rashid (even aku tau ko xkan buat)
6. Ilyani aka kesayangan
7. Kak Dina 
8. Shida (mesti bosan skang dah nk balik msia kan)
9. Hyuuga (sebab xtau dah nak letak nama sape)
10. Izza Montel

14. Who is no.2 having a relationship with ?
Fizo Omar kot xpun Fahrin Ahmad

15. Is no.3 a male or a female?
female

16. If no.7 and no.1 get together , would it be a good?
nope coz kak dina dah jadi tunangan orang

17. What is no.1 studying about?
tengah study obg kot takut Dr Som dah mark. haha.

18. When was the last time you chatted with them?
x payah nak chat2 jupe face to face lagi senang.

19. Is no.4 single?
yeah! n only available after finish mbbs. ni ayat beliau sendiri. x caya tanya la die.

20. Say something about no. 2.
my rumate. sangat obses dengan sarip dol kampung dusun. tapi masih setia pada Fizo Omar.

21. What do you think about no.3 & no.5 being together?
Kak pah ngn rashid? haha. ok jugak kot. syariza jangan marah aku.

22. Describe no.9.
nak describe ape ek. mat bunga. xtau la. nak kenal beliau pergi la sini.

23. What will you do if no.6 and no.7 fight ?
kak dina gaduh ngn yani ke. alahai xtau la teman nak buat ape. bagi nasihat la kot. jelita kan baek hati. hehe.

24. Do you like 8?
suka...sebab shida budak baek. rindu dengan dia.

25. How about 10?
izza montel. montel tu special jelita sorang je yang boleh panggil camtu. minah kepoh sorang ni berjiwa besar. trust me.

habis pun soklan die. hilang dahla ngantuk jelita. nak sambung wat case ke ek?


nota kaki: sila hargai masa anda. jangan suke membazir x tentu pasal.




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY CARES~

Friday, August 7, 2009

Hantu Night Posting

1:05AM

sepanjang minggu ni from monday sampai friday, jelita was supposed to have night posting for surgery posting kat emergency and trauma department aka A&E. but selasa xde coz class kat campus je and jumaat plak jelita wat cuti sendiri dah malas nak stay kat ctu sampai kul 9 malam everynite. poyo gile je doktotr2 kat ctu rilek je kan. haha. apsal panjang plak intro ni. hehe

okla actually nak cerita on last thursday nite tu only jelita and jannah je girl yang ade. and sungguh bertuah coz dis college anta bus sekolah max muatan 44 orang tu untuk amik kitorang yang berdue kan. selalunye van je yang datang amik but x tau la nape malam tu bus yang datang. so jelita pun terus amik seat on d 2nd row coz nak tido sambil baring2 wat cam bus tu aku yang punya. malu la nak baring betul2 belakang pakcik driver kan. hehe. saya kan jelita. so baring tutup mata berusaha nak tido even sepanjang hari pun asyik tido je.

after lebih kurang 15 mins bus dah gerak tetibe gedebuk!! ade bunyi bende jatuh xtau dari mana. tapi yang sure bunyi tu memang dari dalam bus. so pakcik pun dah jelnguk2 kat belakang nak cari ape yang terjatuh tu. jelita pun terus x jadi nak tido and terjenguk2 la jugak nak tengok ape yang jatuh. but luckily kitorang x jupe ape2. lucky ke tu? tapi coz lampu sume pun terpadam n bus sangat gelap kitorang pun stop cari. sampai satu jalan tu tetibe jam la plak. pelik btol boleh jam jalan kul 10 malam ni. dah la kat muar je pun. so pakcik pun take this time bukak lampu n cari ape barang yang jatuh tu. jelita pun bersama2 la cari gak. sebenarnye jelita cari cam xnak cari je coz takut kalau duk jenguk2 kat bawah seat tu tetibe nampak ade kepala orang ke ade kaki orang ke. wahhhh larikk. sangat takut ok. dah la jelita duk paling belakang even 2nd row je. huhu. tapi buat berani je and rupe2nye jalan jam sebab ade accident kat depan tu. dah cuak gak takut kot ade road block ke ape jelita ic pun xde. haha. ade muka indon ke jelita ni? haha. okok serius ni. jelita nampak la ade satu mayat bertutup ngan kain pelekat petak2 kat tepi jalan. innalillah. ade orang mati rupenye accident tu.dahla tengah takut2 ape bende yang gedebuk tu tengok ade accident plak. suspen betol la. xtau accident ape. and terus je sambung tido balik. haha. cam hampeh je.

and petang tadi diri sendiri telah teraccident bersama cik fidiey and cik nat. lemah jantung tengok motor tu jatuh tergolek2 depan mata. ok motor tu yang salah ok. bukan kitorang. but alhamdulillah budak tu x mati ke kan. kalau x jelita and frens kena masuk jail ke? haha. apakah? teringat kat manipal dulu pun jelita pernah terlanggar orang. tapi motor dengan motor la. seb baek xde pape.


moral of the story berhati2 di jalan raya. hiduplah untuk memberi makna kepada orang lain. wah sangat baek. apekah entry ni. sket pun xde citer hantu. adalah sape kata xda. jelita nak pesan sila jangan jadi hantu di jalan raya. x mau2.so korang layan jela lagu lenka ni ek. skang jelita tengah layan lenka. hee~







nota kaki: boleh jadi hantu ke siang2?




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY CARES~

Monday, August 3, 2009

Kalau Sakit Kena Makan Ubat Ke?

2:14 PM

sekarang kecoh je pasal H1N1. and jelita macam xde perasaan je. sungguh jahat kamu ni!. eh eh mana ade xde perasaan lak. jelita tumpang sedih tau kawan2 sakit. (atta n Yang cepat sembuh ek).tapi kolej ni kental xtutup2 lagi even semua kolej lain dah tutup kan. orang selalu cakap kalau sakit kena cari ubat. betul la tu kot agaknye. tapi jelita kadang2 x yakin gak nak makan ubat kalau sakit. kadang2 bukan x yakin tapi lebih kepada malas. apakah?

tapi jelita sebenarnya nak bercakap pasal ubat hati. kalau kita susah, kita mesti lebih rajin sembahyang. lebih rajin berdoa banyak2 n panjang2 betul x? yeah memang betul. even siapa pun x kire bangsa ape and agama ape. kalau susah mesti minta tolong dengan tuhan betul x? mesti akan at least cakap OMG. hehe.

bila kite sedih kita lebih sanggup nak bangun malam solat sunat.
bila kita nak exam mesti lebih rajin wat solat hajat.
bila kita tertekan mesti labih banyak buat solat taubat.

tapi kenapa bila kita kurang susah n senang sikit, kita kurang nak bangun solat dan doa banyak2. dah memang manusia itu terciptanya jadi pelupa. kita semua memang macam tu. jelita sendiri pernah melalui fasa hidup ni. banyak bangun malam, banyak puasa sunat and lebih menjaga hati. tapi bila senang sikit lupa daratan la kan. apakah yang dah dimelalut ni. just untuk peringatan diri sendiri yang nampak macam dah kurang berterima kasih pada Allah. even cakap xde duit masih boleh g shopping macam. tu pun masih x bersyukur ke? even cakap xde duit still boleh makan sedap2. haha. orang cina cakap x baek cakap xde duit. cakap la kurang duit je. haha. apakah dah lari tajuk ni.


actually hati jelita sekarang macam suka fikir macam2. apakah? takut nak exam agaknye lalu berkata pada diri sendiri tolong kurangkan memblog atau berhenti je la dulu. (chewah2 cam x caya je ni. haha) wateva memang kalau sakit kena pergi cari ubatnya. ubat hati la yang paling senang nak cari tapi selalu x dapat. sebab tu hati x sihat2. sihat kejap lepas tu sakit balik. istighfar banyak2. eh eh dah berapa syaaban ek arini? tetiba plak merepek lagi. korang pernah dengar x lagu opick tombo ati? jelita rasa lagu ni jelita first dengar masa kat india dulu dah x ingat berapa tahun dah. tapi baru last week jelita faham ape yang lirik die nak sampaikan. ya Allah punyela lembab otak jelita ni. bukan ape sebab die cakap jawa kan. so mana la jelita yang x berdarah jawa mahupun banjar ni nak faham. so ape yang jelita dapat dari lagu tu ialah ubat hati. akhirnye jumpe jugak ubat yang satu ni.

  1. Rajin baca quran dan maknanye. jelita tahu ramai yang rajin baca quran tapi x ramai yang rajin baca tafsirnye kan. jelita pun camtu gak korang xyah la mengata plak ek. so jom la ramai2 kite jadi rajin baca maknanye skali barulah bermakna sikit hidup.
  2. Rajin melakukan solat di malam hari. maksudnye bukan la suruh sola isyak lambat2 tapi sila bangun untuk solat sunat di 2/3 malam. ewah sedap je cakap kan. hehe
  3. Selalu bersama dengan orang2 soleh. mendalam maksudnye ni sebenarnya tapi x semestinye kite kena duk kat masjid 24jam je nak duduk ngan orang soleh.banyak cara lain. lu pikir la sendiri.
  4. Banyakkan puasa. x kire la puasa sunat, puasa ganti or puasa ape2pun. insyaAllah hati akan jadi lebih tenang.
  5. Banyakkanlah berzikir di tengah2 malam. sebab ape korang tau sebab waktu tengah2 malam2 ni orang cakap doa kite senang dimakbulkan. jelita xde dalil for this sorry. hehe.
okla korang layan la peterpan punye version ek. biasa la jelita nak yang rock2 je. haha






 nota kaki: ujian Allah itu adalah tanda Dia masih menyanyangi kite. moga dalam rahmatNya.






~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY CARES~

Saturday, August 1, 2009

Menggatal Atau Anggun?

10:12 AM

sambil2 nak tunggu blogger boy loading, jelita nak cerita pasal aktiviti membuang masa di hujung minggu. entry ini mungkin akan ade banyak gambar je kurang tulisan atau banyak tulisan dari gambar atau kurang kedua2nya atau lebih kedua2nya. ikut suka jelita la nak tulis n letak pic banyak ke sket. hehe.

around 8PM jumaat malam sabtu (takut korang terdisoriented dengan masa) jelita join bayani n d gang pergi main air panas dekat air panas gadek (kalau x silap la nama die cmni kot) dekat alor gajah. jauh la jugak nak pergi. before that singgah makan kat sri percik dulu. biasa2 je food die tapi boleh tahan mahal dengan nasi paprik RM4.50. mahal ke korang? jelita x biasa makan mahal2 ni. haha.




~agaknye sebab ni la kot die mahal sket.hoho~


after makan, around kul 9 (terlepas tengok nur kasih) baru kitorang gerak ke air panas. konon besh la kan g main air panas malam2 time sejuk ni. tapi jelita x mandi pun coz malas nak bawak baju. and luckily x mandi coz agak geli melihat makhluk2 lelaki ade kat dalam kolam tu jugak. euwwww sian kat bayani. haha. sory la beb. tapi yang peliknye after dah busan main, diorang sume pergi la mandi kan and tetibe je kaki jelita start menggatal eh silap kaki mana ade menggatal la. kaki cume gatal je. hehe. kenapa diorang yang mandi basah satu badan x gatal2, jelita yang rendam kaki je boleh gatal2 plak. konfim air tu ___________. xnak cakap. x sampai hati. haha. n around 11 lebih kitorang pun balik la. thanks to bayani yang sudi jemput jelita join d group.



~mereka yang mandi- manda~

~jelita yang just menyibuk kat tepi kolam~


ok enough cerita air panas. skang nak cerita seminar wanita anggun plak. dush dush nama die fulamak sungguh anggun diri ini ku rasakan. by the way, seminar ni actually more suitable untuk orang yang dah berkahwin. siapa2 yang memerlukan khidmat nasihat rumahtangga boleh la g jupe Pak Utih. beliau banyak buat lawak je. haha. but jelita love Dr Hafidzah punye session, "Cantik Di Dalam, Cantik Di Luar" (macam moto jelita je kan-beauty inside out). entrance fee pun cume RM10 je kire okla coz die bagi coffee break, lunch and tea break gak (apakah beza coffee n tea break? haha).


~alamak ade nama lak kat bawah tu. hehe~

lupe plak nak bagi tau program ni dekat Petronas Penapisan Melaka dekat Sg Udang. hihi. agak jauh la nak pergi. dah malas nak cerita la korang. layan jela pics ek. nak tau lebih lanjut try la jenguk kat SINI

~jangan pandang depan. sila pandang belakang~

~forum : aku wanita anggun~

~sempat bergosip time seminar~

~we all happy gila dapat bergambar ngn Dr Hafidzah~

~macam sebak plak time ni. rindu kat mak~

~sempat jadi babysitter yang berjaya time seminar~

okok before terlupe nak share sket tips Pak Utih bagi semalam kat anak2 dara. coz die kesian kan ada anak dara yang datang jugak seminar ni. haha. treng teng teng. tips memilih calon suami special from Pak Utih.
  1. sila dapatkan pandangan orang tua sebelum kamu menerima hatinya ( xyah explain la ek. korang faham2 sendiri sudah)
  2. pastikan solatnye sempurna (Pak Utih cakap kalau baru nak belajar solat time nak ngorat baek x pyh. haha)
  3. Jejaka itu sanggup menghubungkan kedua2 keluarga (kalau die xnk jumpe family korang baek korang tinggalkan jela die)
  4. Harus terlibat dengan aktiviti masyarakat (this show dat he can be a leader. trust Pak Utih. die lagi tau la kot)
  5. Boleh mengawal nafsunya. (malas nak explain la yang ni)
  6. berpendapatan halal (sila jangan tanya gaji beliau berapa tapi tanya die keje ape)
  7. Jika die sudah berkahwin, die tak memburuk2kan isteri die (mungkin Pak Utih nak cakap anak dara boleh kahwin dengan laki orang kot. haha)
okla lain kali jelita share lagi ape yang dapat kat seminar ni. bagi banyak2 pun bukan korang ingat. konfim!



~bersama Pak Utih yang Power~


nota kaki: adakah sudah anggun diriku atau masih jelita seperti dulu. haha.





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY CARES~
Blog Widget by LinkWithin

~The Prayer~

"Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah,
Dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil,
Dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang"

~Oath Of A Muslim Doctor~

"I swear by God,the Great,to regard God in carrying out my profession.To protect human life in all stages and under all circumtances,doing my utmost to rescue it from death,malady,pain and anxiety.To keep peoples' dignity,cover their privacies,and look up their secrets.To be,all the way,the instruments of God's mercy,extending my medical care to near and far,virtous and sinner,friend and enemy.To strive in the pursuit of knowledge and harness it for benefit,but not the harm,of Mankind.To revere my teacher,teach my junior,and be brother to members of medical profession.to join in piety and charity.to live my faith in private and in public,avoiding whatever blemishes me in the eyes of God,His apostie and my fellow faithful.And may God be witness to this oath"

~10 Muwasafat Tarbiyah~

~ Aqidah Yang Sejahtera
~ Ibadah Yang Sahih
~ Akhlak Yang Mantap
~ Luas Pengetahuan
~ Sihat Tubuh Badan
~ Mampu Berdikari
~ Melawan Nafsu
~ Sangat Menjaga Masa
~ Tersusun Urusannya
~ Bermanfaat Pada Orang Lain