Showing posts with label sihat dan ceria bersama jelita. Show all posts
Showing posts with label sihat dan ceria bersama jelita. Show all posts

Wednesday, February 3, 2010

Benci!!

1203 AM

as been expected. saya makan macam orang gila last weekend and arini g hospital terus timbang berat ambik kau dah jadi 50.5kg. ok i HATE it bila my weight ade 5 kat depan tu. wth. rasanya kena diet x makan nasi 2 weeks la. mana tau kot2 bleh turun 4 kilo terus. haha. i wish je la. kalau dah pagi tghari ptg sampai ke malam duk menguyah je ade hati nak diet lagi. tapi honestly, saya paling benci diet. ape kess wei nak diet2. apa alternative lain yang ada ni. x sanggup2 nak tgk pinggang cam tambah inci. i wont let that happen. NEVER!

~sekadar hiasan~



nota kaki: lagi mimpi nak dapat sexy legs. dalam mimpi pun x dapat. CESS




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Sunday, January 31, 2010

Saya Suka Makan!

450 PM

saya suka makan.
hari-hari saya makan.
tapi saya makin suka makan.
duit saya habis beli makanan.
sekarang saya bukan saja xde duit nak shopping
tapi untuk beli makanan pun dah x cukup
saya makan semua benda
tolak apa2 yang x boleh dimakan.
saya rasa berat badan saya dah jadi 50 kg
tapi saya nak kaki kecil and cun
macam mana nak dapat kalau asyik makan.
tapi saya suka makan.
rasa macam nak keluar pergi beli makanan lagi
tapi duit saya dah habis beli makanan.
dah saya xnak gemuk
so saya akan terus makan.
tapi sikit2 kerap2.
boleh x?
tapi duit 600 yang dulunya cukup2 makan dah x cukup untuk tampung budget makan saya lagi.
arghhhhh


~nak kaki camni bleh x?~




nota kaki: kenapa saya suka makan ek? Apa la aku merepek merapu meraban ni.




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Tuesday, January 12, 2010

Abracadabra!

1241 AM

currently trying to learn steps of this dance. not appropriate for those below 18. may need parental guidance. haha. jom lets dance together.

 ~d real singer do it~



 ~tutorial for dummies~





nota kaki: sure got sexy legs after this. haha.




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~






Wednesday, December 30, 2009

The Last Entry

1212 AM

entry ni adalah entry yang terakhir. untuk tahun ini. heh. since last week macam2 nak cerita kat cni tapi diri ini tersangatlah busy sampai kadang2 rasa cam nak mengamuk ngn semua org. x pasal2 kot. start last week dengan night posting 12 hours tu ditambah dengan common programme yang wat pening kepala je. and boleh plak diorang nak add on end posting exam plak. memang terbaek.

and now dah masuk poting psychiatry. lega rasa rilek sket. tapi everyday ade game la plak. monday futsal then netball selasa. siap lebam2 la kaki. dah macam budak kena dera dah ni. suppose arini ade volley. sebab hujan so kena posponed ke next week. haish x abih lagi la game ni. penat den. sakit2 satu badan dibuatnya.

but teringt last week sangat besh. mak baru balik dari mekah. bufday celebration anak2 and sis yang dah menjadikan rumah tu cam kfc cawangan sungkai. haha. hari2 celebrate bufday lagi la terbaek.and last weekend jgak g kenduri zipang kawen. ni pun terbaek gak. gila besh jumpe member2 taayah yang rasa cam ada la gak dekat 7 tahun x jumpe. gila terharu ramai lagi yang boleh cam n ingat wajah ayu ini. haha. and otw nak ablik emalak boleh plak jumpe nuoi kat bus station. rupenye die pun nak g melaka and bus yang sama. apalagi kitorang pun wat cam bas sndiri la kan. sian gila makcik seblah tu konfim xleh tido dengar gelak tawa kitorang. haha. and tomorrow im going back to subang. lepak2 before g block exam isnin depan. haha terbaek betul merosakkan mood cuti new year.

and lately my laptop dah menunjukkan symptoms2 keuzurannya. xtau la kena virus ke ape cam dah bengong menyebabkan bertambah malas rasa nak online. so rasanya akan bertambah berhabuk lagi la blog ni. hehe. orry entry ni xde gambar coz x transfer pun lagi gbr dr cam. malas teramat.





nota kaki: bilikku macam tongkang pecah malas and busy punya pasal




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Thursday, November 19, 2009

Aiman Tak Kisah

9:02 PM

mesti siap tulis entry ni b4 kul 930. ok this is a story of Mohd Aiman Wafiy dengan makciknye yang Jelita.


Aiman: Ape die naik bukit turun bukit naik bukit turun bukit jupe tiang ade titik lepas tu tiang xde titik lepas tu jupe kolam.
Makcik: terdengar Haziq bisik jawapan kat belakang. hehe makcik dah tau (korang nak tau pikir la sendiri)
skip babak yang x penting.
Aiman: makcik tengok x cerita Cinta Dugung dan Duyung (x sure maybe terbalik kot)?
Makcik: x tengok. bukan besh pun cerita tu.
Aiman : Besh la makcik (budak2 cerita cmni pun suka). tapi sebenarnya aiman bukan suka sgt pun. aiman cuma suka lagu yang last tu je (control macho plak dia)
Makcik : lagu ape?
Aiman: aku bukanlah superman, aku juga bisa nangis (sambil menyanyi dengan agak sedapnya)
Makcik: owh lagu tu ke. ape yang Aiman suka?
Aiman : sebab budak sekolah aiman kan makcik diorang nyanyi lain. diorang nyanyi camni
"aku bukanlah superman, aku juga bisa romen". haha (aiman gelak besar)
Makcik: aiman sukala tu ek. ke aiman yang ajar kawan2 ni (dengan nada seorang makcik yang tegas)
Aiman: bukan aiman yang reka. aiman dengar je.
Makcik : gatal la aiman ni.

budak2 zaman sekarang kecik2 dah pandai bende2 camni. time kita kecik2 dulu naif je. hee~

Aiman: alaa makcik budak sekolah aiman teruk. lepas pendidikan jasmani kan, budak laki ajak budak perempuan g bilik persalinan (budak2 guna ayat skema aje). masa tu cikgu takda. diorang main lari2 la.
Makcik: ke aiman pun ikut skali.
Aiman: mana ada, aiman duduk dalam kelas je.
Makcik: alaa aiman memang la mana ade bersukan sebab tu badan dah debab. haha (sekarang saya pula gelak besar dengan diorang)
Aiman: alaa biarlah.:P aiman x kisah.


bagus aiman sebab x kisah x aktif bersukan asalkan tetap disukai cikgu sebab selalu periksa no 1. syabas bete. makcik memang bangga dengan aiman. biarlah badan debab asal jangan ikut perangai kawan2 yang x elok. gila macam makcik mithali ni. harap maklum nama sekolah aiman terpaksa dirahsiakan untuk tidak menjatuhkan nama baik sekolah. Sekian.





nota kaki: biar badan debab asal otak x lembab. hidup aiman!!






~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Friday, July 24, 2009

Tips Kecantikan Secara Semulajadi

3:10 PM


sebelum ni jelita pernah share tips untuk putihkan muka. ramai yang cakap x sanggup nak buat semua petua tu kan. biasa la tu. sume orang bz xde masa nak buat bende2 camtu. so kali ni jelita nak bagi petua yang lagi senang. konfim waktu2 bile pun boleh buat. xde hal punye.
renung2kan dan selamat beramal. hehe.


1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan terus lap dengan tuala ke ape ke, biarkanje die menitis dan kering sendiri. Lepas tu ambillah sejadah, solat, zikir, dan berdo'a. contoh doa : Ya Allah Kau cantikkanlah wajahku ini seperti cantiknye Nabi Yusuf A.S

2. Untuk hilangkan stress, banyakkanlah 'olahraga'. which mean dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berhubung teruslah dengan Allah SWT dengan zikir dan do'a. kali ni korang doa la lain sket. hehe.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN. kan kite nak jelita inside out. hehe.

4. Untuk bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur. so nanati orang suke kite. diorang pun doakan yang baek2 je.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis.. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, banyakkan sayuran, buah-buahan, dan air suam.




5 je kali ni. cukupla tu kan. bannyak2 pun bukannye korang nak ikut sangat. hehe. diharapkan ade la manfaatnye tips kecantikan untuk kali ini. kite bertemu lagi dalam rancangan Spa C. hehe. Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manfaat kepada manusia lain. daa~



nota kaki: siapa ade tips nak hilangkan ulcer. dah 2 minggu dah ni. sakitnye nak makan.




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY CARES~

Wednesday, July 22, 2009

July Babies Blast Party

 12:53 AM

mengapakah jelita x tido lagi ni. esok dahla ade pbl dengan Dr Veena. tadi dah kena warning dah. hoho. lepas makan burger ayam special tadi x ngantuk plak. x boleh jadi ni. kena paksa tido esok nak kena pergi muar. wah malasnye!!!! X kire nak update jugak blog. haha.



 ~bufday gurls n boys. kak yana n kak syikin menyibuk di ctu~

 ~kanak2 riang ria~


 ~bab makan korang memang laju je kan~


 ~penjaga makanan yang setia~

 ~yuna di zaman baru nak belajar main gitar~


 ~agak blur sebab kak yana cameraman jeles~


 ~apsal ternganga tu. ish2~

gambar2 ni sume adalah time kitorang g picnic kat ayer keroh lake. mencelebrate birthday budak2 bulan 7. kire okla coz skang sume orang dah bz. dah xde masa nak buat party2 picnic2 ni kan. huhu. nanti la dah abih exam kite wat lagi picnic ek korang.



nota kaki: memang seronok lepak2 buang masa time exam dah dekat. haha




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY CARES~

Tuesday, July 21, 2009

Mak Yang Lebih Jelita

4:53 PM


today is my mum birthday. selamat hari lahir yang ke 61. Alhamdulillah Allah panjangkan umur mak. moga terus dipanjangkan umur n murah rezeki selalu so bleh bg sket kat anak die yang jelita ni. haha. pagi tadi dah try call mak adela 2 kali je. hehe. tapi cam biasa la mak x angkat fon. typical mak yang xpenah sedar orang call. pehtu nanti die call balik n claim kitorang yang call die. oh my mum is so funny n cute too. haha.


~memang kurang jelita di sini. kesedaran diri~



nota kaki: tetibe rindu plak nak makan lontong mak




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY CARES~

Monday, July 20, 2009

Intisari Rancangan

10:25 AM

Awesome! (sila baca dengan nada Vikram after keluar dari kelas Dermatology Dr Kader). hehe. life is just so awesome nowadays. is it? last week jelita went back to my sis house at subang. oh my. as been expected. you should not bring any book along because you wont even flip a page of it. haha. ok so let me tell you the list of movie i watched at tv during last weekend. seriusly dah macam x jumpe tv 10 tahun. bukan la jakon tapi agak cam tenuk la gak. apakah ini?

jelita arrived at subang around 6++ pm. sampai2 je ohmygod mana plak diorang ni g. xde orang kat umah. time2 ni la nak g shopping kat mydin plak kan. so terpaksa la jelita menapakkan kaki ke atas rapidkl tu untuk pergi ke mydin lak. even mydin usj tu bkn la jauh mn pun kan. hehe. so balik umah after dinner with kfc. smpai around 9 ++ pm. alamak terlupe ade nur kasih malam ni. haha. so the list started
  • Nur Kasih
  • The Return
  • I Survived A Japanese Gameshow (serius lawak citer ni. korang sume sila tengok. gelak guling2 ok tengok all those american kena bodohkan ngn orang jepun. orang jepun memang bijak)
  • Click (ni after dah bangun pagi esoknye la tau)
  • Titanic (berpuluh kali tengok still excited. cam sengal je kan)
  • Mr Bean's Holiday (lagi x larat nak tengok muvi ni dah. sampai boleh hafal satu2 dah)
  • The Game Plan (tengok jugak lagi coz dat girl is cute)
  • 13 Going On 30 (maafkanlah jelita yang kejenye duk dpn tv je)
  • Babel ( citer slow gile n complicated plak tu tapi diriku layan je)
  • Die Hard 4 ( separuh je coz dah nak balik melaka balik)
actually sume muvi ni xde la ditonton secara berturut2 pun. hari2 yang lain. ye2 silalah maki marah jelita yang x sedar diri bahawa beliau ade exam n tengah posting surgery skang. hehe. but on sunday, we going out for lunch. we all pergi makan kat wangsa maju. restoran cheng ho. milik tetap amy search. memang poyo bajet celebrity kan g makan restoran2 artis. haha. the food is ok-ok la. not very sedap pun. but cam excited coz nampak ade restoran zahid af n nita kat sebelah tu plak. haha. okok jelita tau memang poyo ok. terima kasih la kepada kakak jelita yang terpengaruh dengan jalan-jalan cari makan. n mekasih gak kat maria tunku sabri coz gaya die makan yang cam besh tu sampai ade orang terpengaruh ni. haha.


~isabella vs karisma~


~mereka yang turut terpengaruh dengan jjcm. mekasih2~



~sempat camwhore otw nak g toilet~


~sila teka ape ada dalam dessert ni. nampak seperti lazat bukan?~



~chinese islamic food. patut order sirip ikan yu ke kan.hehe~


~ni cafe zahid af yang cam lagi ramai orang pergi.huhu~


and jelita also is a very baek hati babysitter ok. even bukanlah rajin sangat nak jaga budak2 ni. memang bertuah gilelah muhamad farid azaim coz dapat dijaga oleh aunty jelita die ni. haha. ye2 saya tau jelita tu memang suke perasan pun. haha.


~see see nyenyak gile die tido. pandai betul aunty jelita bagi tido~


nota kaki: kalau nak g makan restoran zahid plak jgn lupe ajak lepas ni. haha.


~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY CARES~

Thursday, July 2, 2009

80 Days

11:44 PM

petang tadi, on the way nak balik umah after pbl nampak wei hao n anson kat gazebo. so pergi la singgah kejap lepak2 ngn diorg. macam lama gila x hang out ngn diorg ni. and to my surprise anson tetibe panggil jelita sombong. wah jelita mana ade sombong la anson. juz too busy dats y dah x bleh nak gile2 dengan u macam dulu kan. nak kata bz sangat skang..hurm xde la bz sgt. sbb jelita malas nak study. tapi kalau ikutkan memang patut bz ok. 80 days left!! wth. matila jelita. susah gile nak start study ni. dah berusaha macam2 ni. susahnye nak study. tension. after berfikir sepanjang malam ( poyo gile) so jelita telah list kan pro n cons langkah2 untuk study :

  1. sila pergi library every nite. tapi kalau duk kat library nanti suke tgk org kuar masuk. last2 x study gak. cmne ni?
  2. sila jangan online selama 80 days. wahhh boleh ke tu. konfim x. sebab kalau x on laptop je maksudnye tido. kalau tido je maksudnye x on laptop. apakah?
  3. kurangkan makan. supaya x cepat mengantuk. eh cam x boleh je. coz lepas lunch je konfim ngantuk. kalu x tido nanti cam drowsy la plak. haish.
  4. jangan duk dalam bilik coz nanti nak on laptop. dah on laptop nak tulis blog plak. dahtu nak wat ape ni?
  5. wat grup study. tapi xde sape nak wat grup skali. coz jelita is a very slow learner. orang xlarat nak ajar. haha.
dah x larat nak fikir. sebab semuanye x membantu pun. rajin la. rajin la. rajin la. the best solution is __________? (fill in the blank please)




nota kaki: please wish me luck for my end posting next wednesday. sigh.





~HIDUPLAH UNTUK MEMBERI SEBANYAK-BANYAKNYA~

Monday, June 29, 2009

Lippy

2:58 PM

sila jangan endahkan tajuk entry ini. teringat time kelas ortho tadi. dOc tu cakap kalu those swelling kecil we just called it lippy (maybe i spelled it wrongly) but if it bigger we called it osteophytes. im not really sure coz mengantuk dalam kelas ortho tadi. hakhak.

tomorow is already july. jelita like dat. even my aim to finish some topic x tercapai, ade 1 aim yang almost tercapai. even cam ade kurang here n there. xpe2. jangan lemah semangat. this july kena lagi kuat. go go chaiyok. dulu jelita dah banyak kali aim bende ni n selalu jugak fail in the midway. rasa sangat seronok coz this time almost berjaya. aim seterusnya kena betol2 berjaya on july.

about my eyes, jelita dah jupe the best solution for it. so if u guys perasan, my eyes now is black on the left and brown on the right. cool kan. haha. sungguh la merepek.



nota kaki: Lord, im doing all i can to be a betterman



~ERTI HIDUP PADA MEMBERI~

Saturday, June 20, 2009

Penat

10:55 PM

jelita agak penat pada ketika dan saat ini. nak tau kenapa sila lihat aktiviti arini:

  1. 740 AM - bertolak untuk ke dusun. aktiviti riadah di dusun anjuran dr mai n husband, dr zainal. sampai araound 830 AM di parit melana. terus masuk ke dusun mencari durian dan rambutan. buah-buahan lain x masak lagi. makan2 sampai orang lain sume dah balik.
  2. 1130 AM - bertolak pulang ke rumah. on the way singgah litar kat ayer keroh saja buang masa g tengok motor clubprix. minah rempit gila jelita ni. haha. sekejap saja bcoz pass masuk dah abih. kena tengok dari luar cam panas gila. so baiklah balik rumah je.
  3. 1230 PM - sampai rumah. terus ready2 nak masak untuk lunch. dah ngantuk tapi jelita berjaya jugak masak sup ayam. makan solat n tido.
  4. 400 PM - bangun tido layan facebook jap. lepas solat asar teman cik fidiey antakan kak eza ke klinik perdana. singgah jap kat tesco tengok2 barang tapi x beli pape pun.
  5. 700 PM - mandi, solat maghrib n terus bersiap nak ke 'suprise party bufday cik fidiey' kat tomyam klsik at bukit beruang. makan2 n tangkap2 gambar. dah ngantuk lagi.
  6. 1000 PM - sampai rumah lepas balik dari party. solat isyak. transfer gambar n now tengah tulis blog ni. mata dah nak tutup sangat ni. ngantuk gila. daa~
layan jela gambar2 untuk aktiviti arini.


-beriadah di dusun





- suprise party cik fidiey





nota kaki: bila la nak study ni. duk main2 je ni.



~ERTI HIDUP PADA MEMBERI~

Tuesday, June 16, 2009

Keputihan

12:32 PM

harap maklum. enrty ni adalah untuk wanita 18 tahun ke atas saja. haha.

pagi tadi lepas solat subuh, perut jelita still meragam. sakit die memulas2. so dengan pantasnya terus g toilet. tapi perut still sakit jugak. adoyaiii. dalam otak dah fikir ponteng je la kelas pagi ni. serius x larat ni. so jelita pun mesej intan to confirm if we have ccu dis morning. seb baek la ward work je. so jelita pun ponteng la kan ape lagi. hehe. bukan sengaja tau tp perut sakit gila. (ramai la yang x percaya tu). nak tau x nape jelita sakit perut. semua salah teh kinohimitsu. hampeh btol. sape suh jelita g minum kan.

3:45 PM

jelita nak sambung cerita tadi. baru balik dr hosp melaka. ada short case ngn dr ahmad maujad. beliau sgt kelakar. haha. perut dh ok sket tapi lapar gile!!! (jelita menaip blog ni sambil makan mee goreng mamak. lazat skali )


nampak gaya macam dah lari topik je ni kan. okla keputihan tu adalah keputihan pada muka ek. bukan tempat lain. hehe. jelita saja nak share kat sini coz lately macam ramai (xdela ramai sgt) tegur jelita. diorang cakap muka makin cerah dan nampak kulit cam licin gile (ayat tambahan). diantara ayat2 pelik dari kawan2.


elfiz: " muka che'ah nampak cam makin cerah la. lawa pakai tudung hitam. menyerlah" (lebih kurang camni la ayat dia. x igt dowh)

kak pah n lubna : "cici ni pakai ape ni? meh citer kat kitrg ape rahsianya. makin berseri2 ni"

nora : "memang kulit u lawa camni ek. macam licin gila. baru lagi ke or selama ni memang i yang x perasan?"

kak tas : "kulit che'ah makin cerah la. sebab duduk kat cahaya ke or sebab dah lama x perhati"


itu di antaranya la. dan jelita hanya membalas semua persoalan tersebut dengan senyum kambing. hehe. so kat sini nak cerita la sket. semua ni start bila my Mr F bising suruh try macam2 petua untuk kulit yang lebih cantek. di antara petua beliau yang jelita amalkan ialah

  1. minum soya everyday. even jelita x suke soya, jelita gagahkan jugak but now jelita dah ganti dengan low fat milk. every day at least for breakfast. kalu rajin lagi be4 sleep.
  2. makan bayam for 2 weeks non stop. silalah pelbagaikan menu supaya anda tidak busan.
  3. mandi dengan limau purut everyday. tapi selalu jelita just buat time mandi malam je coz pagi kalut nak g kelas.
  4. skrub muka dengan tomato yang dah dilenyek. jarang buat coz malas nak lenyek2kan tomato tu.
  5. sila pakai payung ke mana saja. lebih bagus kalu payung ade UV protection ( bak kata Mr F)
  6. selalu minum air tembikai or makan buah die fresh2. (konon nak merahkan kulit la)
banyak lagi la pesanan2 and petua yang Mr F bagi kat jelita tapi jelita x larat nak buat sume. yela nak cari benda lagi. nak buat itu ini lagi. mula2 jelita buat la dalam malas2 gak tapi rasa cam lambat sangat effect dia. maybe untuk long term baru nampak kot kan. so jelita pun tambah la inisiatif sendiri. antaranya ialah

  1. menggunakan set lengkap safi balqis (except body lotion la. malas la nak berlosyen2 plak)
  2. minum b-white ( but only for a few months. dah stop coz xde duit n effect lambat sgt)
  3. pakai faoundation silky girl uv 25 untuk elakkan uv rays yang menggelapkan.
  4. pakai lip cream cherry pink bioglo untuk lembapkan bibir.
  5. baca selawat setiap kali basuh muka (time wuduk n waktu2 lain gak)
~sebelum~


~selepas~ada bezakah?

itu jela penambahan yang jelita buat. so kalu korang nak try boleh la. dan yang byk2 bertny tu inilah jawapannya. tapi jelita memang x pakai make up such as blusher, eyeliner ke ape2 la. just toner n moisterizer je. kalu korang dtg umah pun jelita memang bersiap lepas mandi even x g mana2. sama je macam nak g kelas or kuar jalan2. aim terbaru jelita : menegakkan tulang belakang n hilangkan itam bawah mata. terima kasih x terhingga for my dearie Mr F kerna memaksa jelita buat sume ni. muahhhxx. orang lain jgn jeles. hee~






nota kaki: entry ini tidak mengandungi unsur bongkak atau riak. harap maklum.


~ERTI HIDUP PADA MEMBERI~

Monday, June 8, 2009

Wee Wee~

10:58 pm


tak tau nape nak wat title entry ni camtu. saja jelita bosan. xnk tulis ape2 pun. layan jela gbr2 last weekend at my home n cameron highland which jelita managed to go there with bayani, kak fyd and my sis.































nota kaki: macam x puas bergambar ngn sume org





~ERTI HIDUP PADA MEMBERI~

Thursday, June 4, 2009

Hostel Day

12:21 PM


around pukul 11 lebih tadi we finished our hostel day. actually jelita xda hati pun nak pergi tapi bila fikir duduk kat bilik pun konfim malas nak study, so jelita pun pergilah ikut kak pah, lubna n fiza. hehe. luckily diorg ni sanggup angkut jelita bawak g skali. kalau x memang x pegi la kan. but okla since bleh tgk perfomance yg besh even food die cam hampeh gila.



~pengangkut2 jelita yang berjaya~



~cacat lepas makan food x sedap~



~backbenchers~



esok hari jumaat. yeah. jelita memang suka jumaat coz dah nak weekend. x payah bangun awal pagi pegi muar dah. suka2. this week jelita nak balik kampung. ade kenduri kawen kat umah. sape yang kawen? takpe2 bukan jelita k. haha. konfim la bukan. bulan june ramai betul orang kawen. member2 sek jelita dulu pun ramai buat kenduri bulan 6 ni. tapi jelita x boleh nak pergi kenduri sape2 pun. uhuk2 sedihnye. seronok tengok member2 kawen. jeles plak rasa. haha. kon fim korang jeles gak kan. haha. tetibe rasa cam dah tua plak jelita ni. sume member2 pun dah kawen. dah beranak pinak dah pun. jelita la jugak belajar pun x abis lagi kan. takpe2 teruskan usaha (usaha nak kawen ke usaha nak belajar?) huhu.

so jelita rasa this entry will be the last entry for this week. till we meet again next week. daa~





nota kaki: nak kawen gak (merenyam betol)




~ERTI HIDUP PADA MEMBERI~

Saturday, May 30, 2009

Hooray

10:15 am


dari hari jumaat jelita nak tulis entry ni tapi asyik penat n x sempat je. so ari ni jelita nak citer kisah2 di hujung minggu. belum hujung lagi kot jumaat n sabtu. hehe. last friday family cik fidiey dtg dr kl untuk jalan cuti2 sekolah. so jelita decided nak masak mee bandung on dat day. turn out mee tu x sesedap masa jelita masak dekat manipal dulu. adakah skill memasak jelita dah makin hampeh? tak tak (xnk ngaku). ni semua mesti sebab perencah adabi yang x sebesh perencah mee bandung muar adam tu. huhu. but okla coz pak wan pun cakap bolehlah even tau puji x ikhlas. haha. n malam tu family cik fidiey sampai jelita dah tido. n bila bangun pukul 12 tu tengok periuk dah siap basuh lagi. dats mean diorang makan la sampai habis jugak kan. hehe. so not really bad la i supposed. huhu.






~mee bandung yang tak jadi~



and on saturday, family cik fidiey nak jalan2 pusing melaka. so jelita pun temankan cik fidiey ikut family dia jalan2 after kitorang abih kelas kul 10 tu. blehla tlg jd cameragirl. hehe. actually boleh save time banyak but macam2 jadi dengan sesat beberapa kali. at least bolehlah jugak jelita membantu cik fidiey nak cari jalan2 yang pening kat town tu. so jelita temankan adik cik fidiey jalan2 kat a famosa (panasnye masa tu), n around dat area jela. after dat, we all pegi makan n solat kat masjid selat. jelita la yang insist nak suh bawak g masjid tu coz jelita suke pemandangan die kat laut tu. lawa sangat. hehe. after eye on malaysia , kitrg g zoo melaka. dis part memang menghabiskan sume energy kitrg. uzair je still semangat tengok binatang2 tu. memang dari awal pun die yang semangat kot nak g zoo. haha. ok la jelita malas nak upload pic kat blog ni. so check it out dengan facebook jelita jela k. daa~





nota kaki: thanks to hj noh to support my expenses as well. hehe




~ERTI HIDUP PADA MEMBERI~

Monday, May 18, 2009

Special Thanks

8:25PM


dis entry is special tribute to rahim a.k.a banji di atas jasa baek beliau membelanja jelita nasi kerabu semalam. jelita sangat suka ok. even dah makan dinner sbnrnya ptg tu tapi boleh makan lagi nasi kerabu tu sambil layan ghost epi 5. besh2. sampai terlupe nak amik pic coz semangat sangat makan. toce2 to rahim. lain kali belanja la lagi. hehe.

jelita juz nak tulis tu je. so layan jela gambar2 masa bufday bayani ari tu dekat kfc batu berendam. happening dengan adanya kerjasama jelita dan oleen membuat pop kuiz bertajuk "sejauh manakah anda mengenali kfc?" haha. it was fun. kesian kat rahim yang menjadi mangsa 1st kitrg.


~Kek Bayani~





















~ERTI HIDUP PADA MEMBERI~

Monday, April 27, 2009

Hingga Ku Menutup Mata

Isnin-27 April 2009-2.23 am

hee~
actually baru habis tengok citer luna fantasiku. mesti korang x pernah dgr kn tajuk citer ni. camne ntah tetibe bleh terbuka gua.com terjumpe lak citer tu. jalan citer ok la gak tapi pelakon sume kaku. muke dah ade tapi bile cakap terus fail. lagi2 si midus ngan luna tu. lawak betul. sesuai la untuk tgk time masa lapang( sambil buat sdl ophthal tau) haha. lapang ke?




luna



midus

dari petang tadi memang tengok citer je. start ngan ghost 2nd episod terus sambung ngan embun mutiara epi 5 n 6. bak kata kak fyd "embun mutiara ni pun nak tengok ke?"..hee~
kan jelita dah bagi tau before this. cakap la ape pun. ade aku kisah?
hari ini jelita telah mendapat satu idea baru untuk memantapkan lagi kejelitaan jelita yang sedia ada. sila muntah darah sekarang. ada aku kisah? cepatlah kalian teka apakah idea bernas itu. hehe. senaman menegakkan tulang belakang. menambahkan kejelitaan ke tu?. x kisah la. yang penting senaman ni bagus untuk jelita macam saya so orang lain kalu nak jelita jugak jangan lupe try ek. hehe. lakhir kata, hidup sihat tanpa dadah. gud nite~



~ERTI HIDUP PADA MEMBERI~
Blog Widget by LinkWithin

~The Prayer~

"Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah,
Dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil,
Dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang"

~Oath Of A Muslim Doctor~

"I swear by God,the Great,to regard God in carrying out my profession.To protect human life in all stages and under all circumtances,doing my utmost to rescue it from death,malady,pain and anxiety.To keep peoples' dignity,cover their privacies,and look up their secrets.To be,all the way,the instruments of God's mercy,extending my medical care to near and far,virtous and sinner,friend and enemy.To strive in the pursuit of knowledge and harness it for benefit,but not the harm,of Mankind.To revere my teacher,teach my junior,and be brother to members of medical profession.to join in piety and charity.to live my faith in private and in public,avoiding whatever blemishes me in the eyes of God,His apostie and my fellow faithful.And may God be witness to this oath"

~10 Muwasafat Tarbiyah~

~ Aqidah Yang Sejahtera
~ Ibadah Yang Sahih
~ Akhlak Yang Mantap
~ Luas Pengetahuan
~ Sihat Tubuh Badan
~ Mampu Berdikari
~ Melawan Nafsu
~ Sangat Menjaga Masa
~ Tersusun Urusannya
~ Bermanfaat Pada Orang Lain