rajin pulak jelita update blog sekarang ek. ok xde kena mengena dengan title entry ni. actually tetibe jelita cam nak muhasabah diri malam ni. so jelita nak berkongsi tabiat buruk jelita yang dari dulu sampai sekarang susah sangat nak ubah. memandangkan jelita duk hostel dari form 1 so perasaan setiap kali nak balik rumah tu memang seronok. and 1 perangai buruk dekat rumah adalah kemalasan yang amat untuk mengaji Al-Quran. kalau duduk tempat lain selain rumah insyaAllah rajin la jugak jelita baca quran setiap lepas maghrib tapi kalau balik rumah memang liat sangat jadinya. lebih2 lagi bila balik rumah ada adik beradik yang lain. bertambah malas jadinya dengan semangat nak main dengan anak sedara lagi. haha xde kaitan pun kot.
and last holiday jelita gagahkan diri untuk ubah perangai buruk ni. memang memerlukan sepenuh tenaga la jugak padahal xde orang lain pun kat rumah. and bertahan la beberapa malam je. hehe. but ada satu malam tu lepas mengaji, jelita pun baring2 sambil nak tunggu isyak. so dari tak buat apa jelita pun amik quran dan baca tafsir. lega, berdosa and kerdil. itula yang jelita rasa masa tu. so kat sini jelita nak kongsi sikit ayat2 yang jelita rasa cam terkesan gitu. mana tau terkesan kat korang jugak ke kan. hehe.
Az-Zumar (39: 8)
- Dan apabila manusia itu ditimpa kemudharatan, dia memohon pertolongan kepada Tuhannya dengan kembali kepada-Nya; kemudian apabila Tuhan memberikan nikmatNya kepada dirinya, lupalah dia akan kemudharatn yang pernah dia berdoa kepada Allah untuk menghilangkannya sebelum itu, dan dia mengada-adakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan manusia dari jalanNya. Katakanlah: "bersenang-senanglah dengan kekafiranmu itu sementara waktu; sesungguhnya kamu termasuk penghuni neraka."Az-Zumar (39:49)
- Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata "Sesungguhnya aku diberi nikmat iu hanyalah kerana kepintaranku". Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.Az-Zumar (39:53)
- Katakanlah : " Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa- dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"Az-Zumar (39:70)
- Dan disempurnakan bagi tiap-tiap jiwa, balasan apa yang telah dikerjakannya dan Dia lebih mengetahui apa yang mereka kerjakan.dulu ada orang pernah berpesan pada jelita, "wanita itu adalah senjata syaitan yang tersembunyi, so berusahalah supaya tak termasuk dalam golongan wanita2 senjata syaitan". thanks a lot for that.
nota kaki: Maka apakah mereka tidak memerhatikan Al-Quran ataukah hati mereka terkunci? (47:24)
~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~
2 Pengkritik Bebas:
salam singgah..
bila baca n3 ni.. macam terkena batang hidung CM pula!semoga ia menjadi peringatan kpd kita..
salam..
alhamdulillah kalau n3 ni memberi manfaat....
Post a Comment