Wednesday, March 31, 2010

Speechless

1;15 AM




nota kaki: i dont have any heart or tears left to offer you ~ lee daegil






~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Cantik ke?







thanks sabri for the award. memang bertepatan la. haha..

Tuesday, March 30, 2010

Berat Padi Berisi

8:00 PM

tiada kaitan langsung pun title tu. just wondering which one is better. sila buat pilihan anda

  1. diri bijak pandai tapi bongkak dan sombong malah sering memandang rendah terhadap orang lain
  2. tidak berapa pandai tapi suka berbuat baik dan tidak sombong diri sebab xde bende nak disombongkan malah tidak memandang serong kepada insan lain
  3. memang x pandai pun tapi sangat suka menolong orang malah tidak kisah dikritik dan dihina. yakin rezeki tuhan ada di mana2.
dan janganlah kamu menjadi seperti firaun dan qarun yang terus hidup di dalam kesenangan tanpa menyedari bahawa kesenangan itu adalah tanda hilangnya kasih sayang Allah terhadap hambanya.




nota kaki: Oh God please save my soul and heart.



~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Thursday, March 18, 2010

At Last

934 AM

yeah. at last balik rumah arini. dengan diiringi oleh bebudak mmmc ni. merancang untuk konvoi ke rumah kak dina. and stop untuk bermalam di my safe heaven. sangat excited untuk kesekian kalinya tapi sedih coz sume orang dah xde kat umah. apsal la cuti selalu x sama ngn cuti sekolah kan. kalau x boleh jumpe kanak2 ribena. rindunya bebudak. entry ini sangat tidak bermotif malah tidak berperasaan juga. owh kak dina bakal menjadi isteri orang malam ni. wahh. semoga mahligai yang dibina sentiasa berada di dalam rahmat Allah. im so happy for u sis. tiada lagi berpelesaran cari makan pusing melaka selepas ni. uhuk. and kak tasnim too is going back for good. wah dah xde orang untuk dikacau di kala kebosanan. yesterday pergi membawa masa2 terakhir bersama kak tas di tempat mungkar. haha. sorry kak tas. tidak berniat mengajak orang baik buat bende jahat. ni cik nat la ni. wateva it is we gonna mish both of u. eh kak dina masih bersama cuma maybe hujung minggu je dia xde. hehe. tetibe entry ni telah ada perasaan. mata tetibe diplopia. stop now.


 ~selamat pengantin baru kak dina~


~bye2 kak tasnim nanti jumpe lagi~



nota kaki: aim to go to kmpp. rindu dia punya char keow tiau.





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Tuesday, March 16, 2010

Saya Suka Dia

359 PM

masa kecik2 saya suka tengok filem hindustan. setiap hari sabtu pukul 2 ptg tunggu panggung sabtu. tapi sejak saya pergi belajar dekat india dah kurang saya tengok filem hindustan. saya rasa mungkin sebab saya dah semakin bijak menilai hasil kerja seni. ouch. and dulu saya adalah peminat setia shah rukh khan. tapi kini tidak lagi. saya rasa paling besh skang adalah amir khan even bayani cakap My Name Is Khan is not bad.


sejak dia buat comeback dalam fanaa dengan kajol. saya rasa cerita dia terus jadi besh. lepas tu taare zameen par. the best hindi movie pernah saya tonton sebab xde babak orang menari dalam cerita ni. and after 3 idiots saya bertambah yakin filem amir khan sekarang adalah lebih bermutu. mempunyai mesej yang bagus kalau faham ceritanya. and the other day buka buku depan tv skali nampak cerita mir khan terus tutup buku. ghajini. cerita dia macam typical hindi movie lawan samseng and all that but menarik. tersentuh by every character in the film. and i dont think this is a new film pun but i think i start to like d abang ketak aka amir khan. mesti sume orang pun nak yekkkkkkkkkkkkkk dekat saya kan (jangkit dengan kak dina)



nota kaki: one staff nurse tell me that she pity with dentist. and she didnt like them too.





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Sunday, March 14, 2010

Anda Hebat!!

714 PM

d counting start now. i mean like NOW!! a big round of applause to kakak2 and abang2 di 16th batch. OMG now im super senior. wah kalau jadi super junior pun lagi besh. (i mean super junior d korean singer k). berdebar2 takut gelisah warghhhhhhhhhhh. really need to study. seriously x jumpe lagi semangat itu di mana2. mungkin perlu pulang ke pangkuan ibu untuk minta azimat itu. x ready langsung. camne ni. its less than 150 days left. silalah che'ah berajin2 supaya mendapat A dalam semua part tidak seperti dulu yang hanya cukup2 makan.


and today all of sudden dipaksa kak dina untuk memasak macaroni. masak punya masak sekali mak engkau punya la banyak. maka membuat kenduri kesyukuran kecil2an untuk kak sasa, kak faeiz and kak sya. disamping tidak dilupakan kak fyd and bayani. and only then i realized how much i love to cook for people. why i end up in med school instead of being a cook. gila kentang boleh bukak kedai bakery cam dalam CAKE BOSS tu. cake beliau sangat marvelous. tidak perlu merepek lagi sekian.





nota kaki: sangat rindu kampung halaman. tak dapat dibendung lagi





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Thursday, March 11, 2010

DariNya Kita Datang

749 PM


dari Nya kita datang kepada Nya kita kembali. today dah genap 2 tahun dia pergi. the pain cant never be replaced. trying to be strong. marilah sedekahkan sekurang2nya Al-Fatihah untuk roh beliau. you will always live in out heart. tahap emosi pada ketika ini tidak tentu arah. and petang tadi terlajak tidur. macam penat sangat sampai x boleh nak bangun. dapatlah mimpi yang menyedihkan tu. everything was so clear like it really happen in front of me. it was so real that i can even feel the touch at my hands. but i regret that i dun get a chance to read what were written there before i woke up. mimpi itu adalah mainan syaian. istighfar banyak2. astaghfirullah hal aazim.





nota kaki: moga roh ayah di tempatkan bersama orang yang beriman.





~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Monday, March 8, 2010

Petua PCM

1230 AM

setelah beberapa hari berposting PCM di Jasin, saya rasa saya seorang yang malas nak ambik proper history coz most of the time akan habis dengan sesi membina rapport (konon2 jela) bersama patient which is good i guess. and makcik2 and pakcik2 kat sini memang baek2. even saya macam malas2 je tanya diorang soklan tapi diorang bercerita dengan semangat dari hal anak hinggalah hal pokok2 di kebun. tidakkah saya sangat baek melayan kerenah mereka. and makcik2 and pakcik2 ini juga telah menurunkan beberapa petua kepada kami2 budak2 baru belajar.

  • kepada sesiapa yang ada penyakit gout boleh try petua ni. bila kena attack gout tu means masa tetibe sakit tu datang ( u noe wat i mean?) boleh sapu minyak tanah atau nama lain minyak gas. agaknye la. tapi haruslah menggunakan minyak tanah yang telah digunakan. maksudnya minyak yang korang dah letak dalam pelita and pelita tu dah korang nyalakan. macam tu la lebih kurang. sapukan je minyak tu kat tempat yang sakit.
  • today 1 makcik cakap her husband ada sakit gout. so i thot at first nak share la petua di atas tapi bila dia cakap pakcik tu dah ok maka saya batalkan je hasrat murni tu. then dia yang bagi petua kat saya. makcik cakap kalau nak mata yang sihat dan elok rajin2 la baca quran setiap kali selepas subuh. (tersenyum kambing diriku sebentar di situ) coz mata makcik tu memang still elok. i think better than mine. and she is 62 years old compare to me yang baru 12 kan. hehe. makcik pesan baca la everyday even sikit pun cukup la. akan berusaha kelak.

so renung2kan dan selamat beramal.



nota kaki: i just haven't met you yet.




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Sunday, March 7, 2010

Busuk Biar Bertempat (BBB)

4:11 PM

Courtesy Of  UstazMelaka.Net

Waktu haram bagi wanita berwangi-wangian

Waktu-waktu yang dilarang ialah ketika keluar rumah untuk ke majlis yang dibenarkan oleh syarak, di hadapan lelaki ajnabi, bertujuan untuk memikat lelaki dan ketika ke masjid untuk solat berjemaah. Keterangan yang berkaitan waktu-waktu itu ialah seperti berikut:

i-   Rasulullah saw bersabda “….seseorang wanita apabila memakai bau-bauan, kemudian melewati (melintasi) di hadapan orang ramai dalam sesuatu majlis (yang ada lelaki dan bukan muhram dengannya), maka wanita itu dikira sama (dosanya) dengan zina” (Riwayat Ahmad dan al-Tamizi)

ii-   Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur “Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa Allah swt tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi ……” (abu Daud, an-Nasaie,Ibnu Majah dan al-Baihaqi)

iii-   Dari Zainab as-Saqafi, katanya Rasulullah saw bersabda “Apabila salah seorang daripada kamu hendak ke masjid, maka janganlah memakai bau-bauan” (Riwayat Muslim dan Abu Awwanah)

iv-   Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda “Mana-mana wanita yang memakai bau-bauan, janganlah ke masjid bersolat isyak” (Riwayat Muslim dan Abu Awwanah serta Ashabussunah)
Hadis ini menyebut waktu Isyak, tetapi perawinya sepakat menyatakan bahawa larangan itu meliputi seluruh waktu solat dan Isyak dijadikan sebagai contoh kerana ketika itu paling banyak fitnah bagi wanita.
Imam Nawawi pula tidak menyebut mana-mana waktu solat bahkan dihukumkan haram bagi mana-mana wanita yang ke masjid memakai wangi-wangian.

vi-   Rasulullah saw bersabda “Setiap wanita yang memakai bau-bauan, kemudian melewati di hadapan orang ramai (yang ada lelaki bukan mahram dengannya) dengan niat supaya mereka mencium baunya, maka wanita itu dikira (berdosa) sama dengan melakukan zina”

vii-   Ibnu Hajar dalam kitabnya al-Zawajir berkata “Apabila wanita keluar rumah memakai bau-bauan dan berhias, maka itu termasuk dosa besar walaupun diizinkan oleh suaminya”

viii-   Bagi wanita yang kematian suami, ketika ia masih dalam iddah, maka haram baginya berwangi-wangian. Satu fatwa daripada Imam Syafie “wanita yang kematian suami dan masih dalam iddah (4 bulan, 10 hari), maka dia dilarang daripada memakai bau-bauan”
 
Qaliyubi pula menyatakan “Bagi wanita yang kematian suami,  semasa iddah, maka haram baginya memakai bau-bauan”




nota kaki : “Akan ada pada akhir umatku nanti wanita-wanita yang berpakaian tapi telanjang, kepala mereka bagaikan bonggol unta, laknatlah mereka kerana mereka adalah wanita-wanita yang layak dilaknat.”




~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~

Saturday, March 6, 2010

Moody Itu Apa?

1;24 AM


saya rasa macam arini saya moody tapi takde sorang pun yang terjejas dengan kemoodyan saya. maka saya confuse. betul ke saya moody arini. malah walaupun saya moody saya masih bisa keluar bergosip dengan cik bayani. and sume kasut bayani pilih saya x bagi harapan kat dia suh beli. mungkin itu disebabkan saya moody?

saya rasa memang saya moody arini sebab dalam hati ada taman rasa sebak. cam nak nangis pun ada. tetibe rasa rindu gile dengan sume geng etok terutamanya dilah dan shera juga mon and fara. ye x tahu kenapa. jadi saya rasa memang saya moody pun arini. jupe orang yang x disangka2 arini tapi saya layan orang macam biasa je. xde moody2 pun. macam mana ek rasa moody tu? malah saya rasa happy arini dengar cerita2 bahagia cik bayani. bukankah itu maksudnya saya sebenarnya x moody.

~ni bukan gambar malam ini. ini dari arkib~



nota kaki: saya rasa saya seorang yang x reti marah. dan berharap saya akan senang memaafkan jua.



~EVERYBODY KNOWS BUT NOBODY REALLY KNOWS~
Blog Widget by LinkWithin

~The Prayer~

"Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah,
Dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil,
Dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang"

~Oath Of A Muslim Doctor~

"I swear by God,the Great,to regard God in carrying out my profession.To protect human life in all stages and under all circumtances,doing my utmost to rescue it from death,malady,pain and anxiety.To keep peoples' dignity,cover their privacies,and look up their secrets.To be,all the way,the instruments of God's mercy,extending my medical care to near and far,virtous and sinner,friend and enemy.To strive in the pursuit of knowledge and harness it for benefit,but not the harm,of Mankind.To revere my teacher,teach my junior,and be brother to members of medical profession.to join in piety and charity.to live my faith in private and in public,avoiding whatever blemishes me in the eyes of God,His apostie and my fellow faithful.And may God be witness to this oath"

~10 Muwasafat Tarbiyah~

~ Aqidah Yang Sejahtera
~ Ibadah Yang Sahih
~ Akhlak Yang Mantap
~ Luas Pengetahuan
~ Sihat Tubuh Badan
~ Mampu Berdikari
~ Melawan Nafsu
~ Sangat Menjaga Masa
~ Tersusun Urusannya
~ Bermanfaat Pada Orang Lain